Dikuasakan oleh Blogger.

SANAD

>> Rabu, 7 November 2007



SANAD
MUKADIMAH

Secara umum, persoalan sanad berkaitan secara langsung dengan ilmu Mustalahul Hadith, walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa keseluruhan ilmu-ilmu Islam sebenarnya terpelihara dengan adanya sistem sanad ini sama ada menyentuh persoalan Kaifiyyatut Tahammul. Satu-satu ilmu itu mahupun persoalan peribadi-peribadi yang terlibat dalam satu-satu sanad. Kesemuanya adalah demi menjamin ketulenan dan keaslian serta memastikan kesenimbungan ilmu-ilmu warisan Islam agar terus dipelajari generasi demi generasi. Berkata Ibnu Sirrin : bermaksud : Sesungguhnya ilmu ini adalah amanah sebahagian daripada agama maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambilnya (mempelajarinya)

TAKRIF SANAD :

Daripada segi bahasa, sanad bermaksud iaitu yang diberi sandaran kepadanya. Manakala daripada segi istilah ia bermaksud salasilah peribadi-peribadi yang disebut (Ar-Rijal) menurut Ilmu Hadith dan Qurra' menurut ilmu Qiraat.

KEPENTINGAN SANAD :

Untuk memastikan kebenaran sesuatu perkara yang disampaikan. Dalam konteks ilmu Qiraat, sanad berfungsi untuk memastikan kebenaran dan ketepatan satu-satu bacaan sama ada ia bersumber benar-benar daripada Rasulullah SAW sepertimana yang diajar oleh Jibril as atau pun tidak. Maka bacaan-bacaan yang sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah SAW dikumpulkan dan dinamakan (qiraat sepuluh yang Mutawatir). Kalimah (Mutawatir)sendiri menjelaskan kepada kita tentang darjat sanad-sanad Qiraat Sepuluh itu yang mencapai darjat mutawatir sepertimana yang dita’rifkan oleh ulamak: Maksudnya: sesuatu yang dipindahkan oleh satu-satu kumpulan dari kumpulan yang seperti mereka yang mustahil mereka itu berpakat untuk melakukan pendustaan dan ini berlaku daripada awal sanad hingga ke akhir sanad (iaitu Rasulullah SAW)

Sanad yang sahih juga menjadi salah satu rukun daripada rukun-rukun Al-Qiraat iaitu Al-Quran itu sendiri. Ini dijelaskan oleh Imam Ibnul Jazari dalam matannya yang dpt dibuat kesimpulannya iaitu : Jumhur ulamak Qiraat berpendapat (sah isnad) disini tidak memadai dengan sahnya sanad bahkan hendaklah mencapai darjat mutawatir. Selain itu dua rukun yang lain ialah :
1. Mestilah bertepatan dengan Nahu Bahasa Arab walaupun dengan satu wajah dan;
2. Mestilah bertepatan dengan Resam Uthmani .

"QIRAAT, RIWAYAT TURUQ DAN WUJUH".
Tiga daripada istilah-istilah ini digunapakai oleh ulamak-ulamak Qiraat bagi merujuk satu-satu bacaan tertentu kepada sumber-sumber tertentu. Qiraat adalah istilah yang merujuk kepada imam-imam yang sepuluh itu. Riwayat pula adalah istilah yang merujuk kepada bacaan rawi yang mengambil bacaan dari imam masing-masing. Manakala Turuq atau tariq merujuk kepada Qari yang mengambil bacaan mereka daripada para rawi dan seterusnya.

Contoh: Qiraat (Imam) A’sim ,(Riwayat) Hafs ,(Tariq)Amru b.As.Sabah (Tariq)Abi Jaafar . Manakala wujuh pula adalah bacaan bagi satu-satu qari, seperti pada Mad Aridh Lissukun terdapat 3 wajah bagi semua Qiraat iaitu 2,4 dan 6 harakat Qasr,Tawasut dan Isyba' .

ORANG YANG LAYAK MEMPEROLEHI SANAD:

Ialah mereka yang bertalaqqi sahaja, iaitu memperolehi bacaan secara berguru, dan guru tersebut juga bersanad, bukan membaca sendirian atau dengan kawan-kawan di rumah atau dimana-mana sahaja. Proses talaqqi dipersetujui oleh semua ulamak sebagai hanya satu-satu cara dalam memindahkan bacaan Al-Quran daripada seorang guru kepada muridnya. Talaqqi melibatkan interaksi dua hala iaitu (sami')dan (Mushafahah) iaitu murid mendengar bacaan guru dan murid mempendengarkan bacaannya kepada guru.

IJAZAH:

Ijazah merupakan suatu pemberian daripada guru kepada muridnya yang berkelayakan sebagai taqrir bagi mengesahkan dan mengakui bahawa muridnya itu telah selesai dalam talaqqinya dan berjaya serta layak diberi ijazah. Samaada ia berbentuk kata-kata akuan daripada guru atau pun berbentuk sanad (salasilah guru sampai Rasulullah SAW) yang bertulis, maka ia dinamakan ijazah dan cukup untuk membuktikan seseorang itu layak dan mempunyai sanad. Ijazah tidak harus dibayar dengan sesuatu oleh murid kepada guru sebagai balasan, walau bagaimana pun, mengambil upah dalam mengajar Al-Quran harus mengikut jumhur selain Abu Hanifah.

Dalil jumhur :


Dalil Abu Hanifah & ulamak yang tidak mengharuskan :

Tidak menjadi syarat bagi sesorang guru itu memperolehi ijazah terlebih dahulu sebelum mengajar Al-Quran dengan syarat merasa dirinya berkelayakan. Walau bagaimanapun menjadi syarat bagi seseorang murid mengetahui kelayakan seseorang sebelum berguru dengannya. Demikian pendapat As-Suyuti.

Kesimpualannya, semua orang yang ingin memperolehi ilmu-ilmu agama khasnya Al-Quran mestilah bertalaqqi dengan para Sheikh yang budiman agar bersambung segala baccan kita dengan mereka hinggalah kepada Rasulullah SAW yang turut bertalaqqi dengan Jibril AS, dan begitulah jua sunnah para sahabat, tabiin dan seterusnya demi memelihara kesucian dan keagungan Islam dan ilmu-ilmunya. Berkata Abdullah bin Mubarak : Maksudnya : Al-Isnad (sanad-sanad) itu adalah sebahagian daripada agama, kalau ia tiada, nescaya seiapa sahaja akan berkata apa sahaja yang dia suka.

SEKIAN

Rujukan :1-Tayyibatun Nasyri Al-Asyarah Ibnu Al-jazari2-Al-hadi doktor Salim Muhsin3-Al-ihktilaf baina Al-qiraat Lisyeikh Ahmad Al-Baili4-Taqribu Nasyri ibnu Jazari5-Taisir Mustalah Hadis :Doktor Mahmud At-Tahan6-Al-itqan fi Ulumul Quran ,As-suyuti

Read more...

Para Qurra



Para Qurra
Qurra-qurra mashur dari kalangan sahabat.

Sahabat-sahabat yang diambil bacaan Qiraat al-Quran al-Karim terlalu ramai antara mereka ialah:

Uthman Bin Affan R.A (35 H)
Mereka yang membaca darinya ialah : al-Mughirah bin Abi Shahabbudin al-Mahzumi, Abu Abdul Rahman al-Salami, Dzur Bin Abi Hubaish dan Abu Aswad al-Duali.

Ali Bin Abi Thalib (40 H)
Mereka yang membaca darinya ialah : Abu Abdul Rahman al-Salami, Abu Aswad al-Duali, Abdul Rahman bin Abi Laili.

Ubai bin Kaab (Sebelum pembunuhan Saidina Uthman di Masjid atau dalam tempoh sebulan dari peristiwa itu)
Mereka yang membaca darinya ialah : Rasul SAW untuk memberi keterangan dan Pengajaran, Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Ibnu Saib dan ramai lagi.

Abdullah bin Mas’ud. (Akhir tahun 32 H)
Mereka yang membaca darinya ramai antaranya ialah : Al-Harith bin Qais, Dzur Bin Abi Hubaish, AlQamah dan Salami.

Zaid Bin Thabit (45 H)
Mereka yang membaca darinya ialah : Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Abu Abdul Rahman al-Salami dan Abu al-‘Aliyah al-Riyahi.

Abu Musa al-Asya’ari (44 H) Nama beliau adalah Abdullah bib Qis al-Yamani.
Mereka yang membaca darinya ialah : Huthab al-Raqasi,

Read more...

ASAL USUL TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN.





ASAL USUL TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN.

Sesungguhnya titik itu membawa dua pengertian yang perlu diketahui oleh kita semua :

Pertama: Sesuatu tanda yang menunjukkan "harakah" (baris),"sukun"(baris mati),"syad" (sabdu), "mad" (panjang) atau sebagainya. Titik-titik ini dipanggil oleh setengah orang dengan .(naqt al i'rab)
Kedua : Sesuatu tanda yang menunjukkan zat-zat hurufnya yang membesakan antara "mu'jamnya"dan "muhmalnya" seperti titik yang terletak pada "ba" di sebelah bawahnya dan juga "jim" dan dua titik "ta" sebelah tasanya dan begitulah seterusnya.maka titik pada huruf "ta" dan "tha" dan titik pada huruf "jim" itu membezakan dia dari huruf "ha".Titik-titik ini dipanggil . (naqt al i'jam)

BARIS:

Sesuatu tanda yang memberi "harakah"kepada huruf-huruf atau "sukun","mad" dan sebagainya.Yang demikian adalah sama ertinya dengan makna yang pertama dari "titik" atau "noktah" tadi. Baris ini dipanggil DHABT.

PENDAPAT ULAMA'

Pendapat ulama berselisihan di atas banyak qaul untuk menentukan siapa yang mula mencipta titik-titik di atas dua makna yang diterangkan di atas itu. Adakah penciptanya dengan dua maknanya itu seorang individu sahaja ataupun berlainan orangnya? yang mana satu antara keduanya yang lebih dahulu dicipta? Para ulama yang berteliti lebih condong mengatakan bahawa pencipta titik menurut maknanya yang pertama itu yakni ( naqt al i'rab ) ialah Abul Aswad Ad Duali.

Menurut cerita mengenainya bahawa Amirul Mukminin Muawiyah bin Abi Sufiyan telah menulis kepada Zaid ibn Abi Zaid yang menjadi gabenor Basrah waktu itu meminta beliau arahkan anaknya Ubaidullah bin Zaid datang mengadapnya. Beliau dapati dalam pertuturannya beberapa kesalahan dalam tatabahasa. Muawiyah telah menghantar Abdullah pulang dan bersamnya sepucuk surat kepada ayahnya. Di dalamnya Zaid dikecam kerana membiarkan anaknya bertutur tanpa menurut tatabahasa yang betul.Setelah membaca surat itu Zaid pun memanggil Abul Aswad seraya berkata kepadanya "sesungguhnya bangsa-bangsa A'jam itu telah merosakkan bahasa Arab".

Tidakkah dapat anda mereka sesuatu yang dapat orang ramai mengawal bahasa mereka dengan baik dan membaca dengan betul ayat-ayat suci Al-Quran. Tetapi Abul Aswad enggan memenuhi permintaan itu dengan sesuatu sebab yang tertentu.Lalu Zaid menyuruh seorang lelaki duduk di tepi jalan menunggu Abul Aswad lalu katanya kepada orang itu : "bila Abul Aswad lalu di hadapanmu, hendaklah kamu baca sesuatu dari ayat Al-Quran dan buat-buat silap dalam bacaan itu". Orang itu pun duduk di tepi jalan yang selalu dilalui oleh Abul Aswad. Apabila dia melihatnya melintas di situ dia pun membaca surah at-Taubah dengan membaca "rasuliha" tidak "rasuluha"(menurut baris yang betul).

Tatkala Abul Aswad mendengar bacaan itu dia rasa terperanjat dan terharu. Beliau pun tergesa-gesa berjumpa semula dengan Zaid seraya berkata :"Baiklah ! saya sanggup memenuhi permintaan anda . Saya fikir baik saya mulakan dengan "mengi'rabkan" Al-Quran, ertinya membetulkan bacaan supaya tidak berlaku "lahan". Selepas itu Abul Aswad telah memilih seorang lelaki dari qabilah Abul Qias seraya berkata kepadanya:"engkau bawa semua mushaf dan suatu bekas berisi cat yang warnanya berlainan dari warna mushaf itu. Bila aku buka kedua bibirku letakkan titik sebelah di atas huruf itu dan bila aku himpunkan keduanya hendaklah anda letakkan titik sebelah depannya dan bila aku pecahkan dia letakkan satu titik sebelah bawahnya. Bila aku turutkan "harakah" itu dengan dengung , (tanwin), letakkan dua titik" . Beliau telah memulakan usaha itu dari awal mushaf sehingga akhirnya.

ORANG PERTAMA

Diambil dari cerita tersebut bahawa orang yang mula-mula mereka titik - titik menurut maknanya yang pertama itu ( naqt i'rab ) yang sama ertinya dengan ( asyaklu ) atau ( adabthu ) ialah Abul Aswad Adduali , daripadanya timbul berbagai-bagai rekaan baru yang dicipta oleh para ulama yang kemudian dengan memasukkan pada yang asal banyak perubahan yang sesuai .

KEDUA

Adapun noktah-noktah menurut maknanya yang kedua itu maka pendapat ulama juga bersalah-salahan tentang siapa yang mula-mula merekanya.pendapat yang paling rajih ialah "Nasr b.A'sim dan Yahya bin Ya'mur/Yu'mar" iaitu tatkala terdapat ramai orang-orang baru dari bangsa-bangsa Ajam yang menganut agama islam, maka banyaklah berlaku salah sebutan dalam bahasa Arab dan sebutan-sebutan yang silap itu banyak digunakan orang.

Dari itu adalah sangat dibimbangi kalau-kalau kesilapan itu terserap ke dalam bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, lalu Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan memerintah Gabenornya di Iraq yang bernama Hajjaj bin Yusof supaya berusaha bersungguh-sungguh menghapuskan sebab-sebab yang menimbulkan salah sebutan itu agar tidak tebawa-bawa ke dalam Al-quran. Al-Hajjaj pun menanggungkan tugas itu ke atas Nasr bin A'sim dan Yahya bin Ya'mur/Yu'mar, dua orang pakar dalam bahasa Arab dan kesusasteraannya termasuk ilmu qiraat.

Keduanya tidak dapat mengelakkan diri dari menerima tugas itu memandangkan kepada maslahat umum demi keutuhan kitab suci Al-quran Mereka berdua pun mulai melaksanakan arahan itu dengan mencipta noktah-noktah untuk membezakan di antara huruf-huruf dan dengan demikian akan terpeliharalah Al-quran dari salah sebutan nahu.Noktah-noktah ini ditulis dengan dakwat yang warnanya bersamaan dengan warna tulisan mushaf itu supaya berbeza dari titik -titik yang direka oleh Abul Aswad Adduali.

KESIMPULANNYA

Diambil dari kisah ini dan kisah yang dahulu bahawa noktah-noktah menurut maknanya yang pertama itu adalah dahulu penciptaanya dari noktah-noktah menurut maknanya yang kedua, kerana zaman Zaid terdahulu dari zaman Al-Hajjaj kemudian dalam pemerintahan Abbasiah lahir Imam An Nahri Al-kholil bin Ahmad Al-Basri . Beliau telah mengubah noktah-noktah yang direka oleh Abul Aswad dan dijadikan di atas bentuk yang digunakan sekarang. Para ulama berkata tidak mengapa dilakukan yang demikian kerana ia menjadi cahaya yang dapat menerangkan para pembaca, kemudian dilakukan pula pembaharuan dengan membubuh titik-titik di akhir ayat-ayat.

Read more...

PRINSIP ILMU AL QIRAAT





PRINSIP ILMU AL QIRAAT

1)Takrif :
Satu ilmu tentang cara untuk menyebut kalimah-kalimah Al-Quran berserta dengan kepelbagaian padanya dengan disandarkan kepada periwayatnya.

2)Tajuk perbincangan :
Kalimah-kalimah Al-Quran dari sudut keadaan dalam menyebutnya. Perkara yang dibincangkan adalah seperti mad dan qasr, idgham dan izhar dan sebagainya.

3)Tujuan :
1.Memelihara kesucian Al-Quran.
2.Mengetahui apa yang dibaca oleh setiap imam qurra' serta dapat membezakan manhaj setiap imam. Dan lain-lain lagi.

4)Kelebihannya :
Diantara semulia-mulia ilmu kerana kaitannya dengan kalam Allah.

5)Namanya :
Ilmu Al-Qiraat (القراءات ) lafaz jamak kepada ( القراءة ) bermakna wajah yang dibaca.

6)Sandarannya :
Daripada sunnah dan ijmak. Juga dikatakan daripada riwayat yang sohih dan mutawatir daripada imam-imam qiraat daripada rasulullah S.A.W.

7)Hukum Syarak :
Fardhu kifayah belajar dan mengajar.

8)Masalah-masalahnya :
Kaedah-kaedah tertentu seperti setiap 2 huruf hamzah yang berada dalam satu kalimah ( ءألد , ءأنذرتهم ) dibaca dengan tashil oleh Hijaziyyun.

APAKAH HUBUNGAN DI ANTARA AL-QURAN DAN AL-QIRAAT ?

Ulama berselisih pendapat dalam persoalan adakah kedua-duanya merupakan perkara yang sama atau sebaliknya.

Imam Badruddin Azzarkashi menyatakan bahawa Al-Quran dan Al-Qiraat adalah 2 hakikat yang berlainan. Ini kerana Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah saw sebagai mukjizat dan keterangan. Sebaliknya Al-Qiraat pula adalah kepelbagaian lafaz-lafaz wahyu itu pada huruf dan kaedah pembacaan seperti takhfif dan tashdid. Al-Qiraat juga tidak dapat tidak diambil melalui proses talaqqi dan mushafahah.

Ad Doktor Muhammad Salim Muhaisin pula berpendapat bahawa Al-Quran dan Al-Qiraat adalah dua hakikat dengan satu makna. Berdasarkan Al-Quran adalah masdar yang seerti dengan Al-Qiraah. Al-Qiraat pula jamak kepada Al-Qiraah. Maka bagi beliau kedua-duanya adalah mempunyai satu makna.

"سبعة أحرف" TUJUH HURUF

Al-Quran Turun Dengan ' Tujuh Huruf '
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perkara tersebut, diantaranya :

روى البخارى و مسلم فى صحيحيهما عن ابن عباس رضى الله عنهما أنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (( أقرأنى جبريل على حرف فراجعته , فلم أزل أستزيده ويزيدنى حتى انتهى إلى سبعة أحرف ))

روى البخارى و مسلم أيضا ( واللفظ للبخارى ) أن عمر بن الخطاب رضى الله عنه قال (( سمعت هشام بن حكيم يقرأ سورة الفرقان فى حياة رسول الله صلى الله عليه وسلم , فاستمعت لقراءته فإذا هو يقرؤها على حروف كثيرة , لم يقرئنيها رسول الله صلى الله عليه و سلم فكدت أساوره فى الصلاة , فانتظرته حتى سلم , ثم لببته بردائه , فقالت : من أقرأك هذه السورة التى سمعتك تقرأ ؟ قال أقرأنيها رسول الله صلى الله عليه و سلم . فقالت له : كذبت , فوالله إن رسول الله صلى الله عليه و سلم أقرأنى هذه السورة التى سمعتك تقرؤها , فانطلقت أقوده إلى رسول الله صلى الله عليه و سلم فقالت : يا رسول الله إنى سمعت هذا يقرأ بسورة الفرقان على حروف لم تقرئنيها , وأنت أقرأتنى سورة الفرقان , فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (( أرسله يا عمر. اقرا يا هشام . فقرأ عليه القراءة التى سمعته يقرؤها قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (( هكذا أنزلت . ثم قال رسول الله صلى الله عليه و سلم (( اقرا يا عمر)) فقرأت القراءة التى أقرأنى , فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : (( كذلك أنزلت إن هذا القرءان أنزل على سبعة أحرف فاقرأوا ما تيسر منه ))

Makna Huruf

Huruf dari sudut bahasa mempunyai banyak makna. Diantaranya :
Hujung sesuatu { ومن الناس من يعبد الله على حرف }

Huruf hijaiyyah
Sebahagian sesuatu atau satu pihak.
Bahasa atau lahjah sesuatu bahasa.
Wajah-wajah qiraat yang terdapat dalam Al-Quran.
Yang Dikehendaki Dengan Tujuh Huruf Di sini Ialah….
Ulamak berselisih pendapat dalam memberi pengertian " سبعة أحرف " dalam hadis yang telah lalu. Di antara pendapat mereka :
Tujuh bahasa daripada bahasa-bahasa arab dengan memberi satu makna.

Tujuh bahasa daripada bahasa-bahasa arab dan keseluruhan wajah bagi kalimah-kalimah tidak terkeluar daripada 7 bahasa.
Suruhan, tegahan, janji baik, janji buruk, perbantahan, kisah-kisah dan perumpamaan. Atau suruhan, tegahan, halal, haram, muhkam, mutashabih, dan perumpamaan.

Tujuh kepelbagaian wajah yang merangkumi. Pendapat Ibnu Al Jazari.

1)Kepelbagaian pada baris tanpa melibatkan perubahan pada makna dan bentuk tulisan. {يحسب } dengan fathah dan kasrah huruf sin.

2)Kepelbagaian pada baris melibatkan perubahan pada makna sahaja {فتلقى ءادم من ربه كلمت } dengan rafa' pada ءادم dan nasab pada كلمت atau dengan sebaliknya.

3)Kepelbagaian pada huruf melibatkan perubahan pada makna tidak pada bentuk tulisan. {تتلوا , تبلوا }.

4)Kepelbagaian pada huruf melibatkan perubahan pada bentuk tulisan tidak pada makna. {الصراط , السراط }.

5)Kepelbagaian pada huruf dan bentuk tulisan { يأتل , يتال }.

6)Kepelbagaian dengan mendahulukan dan mengakhirkan { وقاتلوا وقتلوا }

7)Kepelbagaian dengan menambah dan mengurangkan { ووصى , و أوصى }

Tujuh wajah yang berbagai-bagai mencakupi kepelbagaian Qiraat. Pendapat Imam Fakhruddin Ar Razi.

1)Kepelbagaian pada kata nama sama ada dengan tunggal atau jamak seperti { والذى لأمانتهم و عهدهم راعون }

2)Kepelbagaian pada wajah-wajah I'rab seperti { فتلقى ءادم من ربه كلمت}

3)Kepelbagaian pada tasrif seperti {فقالوا ربنا باعد بين أسفارنا }

4)Kepelbagaian dengan mendahulukan dan mengakhirkan seperti {أفلم ييأس, فيقتلون ويقتلون }

5)Kepelbagaian dengan menukarkan. Sama ada huruf dengan huruf atau kalimah dengan kalimah seperti {وانظر إلى العظام كيف ننشزها } {كالعهن المنفوش }

6)Kepelbagaian dengan menambah dan mengurangkan seperti {وأعد لهم جنت تجرى تحتها الأنهر }

7)Kepelbagaian lahjah dengan tafkhim dan tarqiq, fathah dan imalah, izhar dan idgham, tashil, ishmam dan sebagainya.

Hikmah Turunnya Al-Quran Dengan Tujuh Huruf

1)Menjadi dalil terpeliharanya kitab Allah daripada perubahan dan penyelewengan.

2)Sebagai keringanan kepada umat Islam dalam membacanya.

3)Menyatukan umat Islam kepada lisan yang satu iaitu Quraish ( Al-Quran diturunkan dengan bahasa Quraish). Dan sebagainya…

Adakah Mushaf Uthmani Mengandungi Ketujuh Tujuh Huruf ?
Ulamak berselisih pendapat.

Pertama : Sekumpulan daripada fuqaha' , qurra' dan mutakallimin berpendapat bahawa mushaf uthmani mengandungi ketujuh-tujuh huruf. Alasan mereka ialah tidak boleh diabaikan tujuh huruf dalam meriwayatkan Al-Quran kerana bersama-samanyalah Al-Quran diturunkan.

Kedua : Jumhur ulamak salaf dan khalaf bahawa mushaf uthmani mengandungi apa yang ditanggung oleh bentuk penulisannya daripada tujuh huruf. Ini lebih rajih.

PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT

Setelah kita fahami bahawa Al-Quran turun dengan tujuh huruf dan kita juga sudah jelas apa yang dimaksudkan dengan tujuh huruf tersebut, kini kita akan ikuti perkembangan ilmu ini sejak zaman junjungan besar s.a.w.
Rasulullah saw membacakan kepada sahabat-sahabat baginda akan Al-Quran dengan tujuh huruf ini. Maka berlaku kepelbagaian dalam bacaan setiap sahabat. Bacaan yang dibaca oleh seorang sahabat tidak sama dengan sahabat yang lain. Lalu bertebaranlah para sahabat menyebarkan agama Allah. Disebabkan kepelbagaian itu generasi tabi'in juga mengalami perkara yang sama. Begitulah seterusnya sehinggalah sampai kepada zaman Imam-imam yang agung. Mereka telah menyusun semula Qiraat dan mengembangkannya dengan lebih tersusun.

Bilakah Bermulanya Penurunan Al-QiraatPersoalannya adakah semasa Rasulullah saw di Makkah ataupun di Madinah ? Ada 2 pendapat.

Pertama : Ketika di Makkah bersama dengan bermulanya penurunan Al-Quran. Pendapat ini berdasarkan bahawa sebahagian besar surah Al-Quran adalah Makkiyyahdan pada surah-surah tersebut terdapat wajah qiraat yang terdapat dalam surah-surah Madaniyyah.

Kedua : Diturunkan di Madinah selepas hijrah rasul. Seperti diketahui bahawa selepas hijrah ramai manusia telah memeluk Islam. Mereka adalah daripada pelbagai bangsa dengan berbagai-bagai dailek dan bahasa. Maka Al-Qiraat sebagai kemudahan kepada umat Islam bagi membaca Al-Quran dengan tujuh huruf.

Siapakah Yang Mula Membukukan Ilmu Qiraat ?

Ahli sejarah telah menyebutkan bahawa yang paling awal mengarang ilmu ini ialah ABU UBAID AL QASIM IBN SALAM (233H) yang telah mengarang kitab Qiraat dengan 25 orang qari.
Ada juga pendapat mengatakan seawal-awal pengarang kitab dalam qiraat sab'ah ialah AL HUSAIN IBN OSMAN IBN THABIT AL BAGHDADI AL A'ZIR (378H)

PEMBAHAGIAN Al-QIRAAT DARI SUDUT SANAD

Al-Qiraat jika ditinjau dari sudut sanad terbahagi kepada enam :

1)Al Mutawatir
Qiraat yang diriwayatkan oleh sekumpulan dari sekumpulan yang tidak mungkin persepakatan mereka di atas pendustaan ; contohnya Qiraat yang disepakati daripada imam-imam yang tujuh.

2)Al Mashhur
Qiraat yang sah sanadnya kerana periwayatnya adil, mempunyai kekuatan ingatan dan meriwayatkan daripada periwayat yang sepertinya. Begitu juga Qiraat itu berbetulan dengan bahasa arab dan salah satu daripada mushaf-mushaf uthmani. Sama ada daripada Qiraat Sab'ah atau A'sharah. Juga Qiraat tersebut mashhur di kalangan qurra' dan tidak di kira sebagai salah.
Contohnya , Qiraat yang diriwayatkan daripada imam yang tujuh tetapi tidak disepakati. Ada periwayat yang meriwayatkan Qiraat yang tidak diriwayatkan oleh yang lain.
Hasil agung dalam kedua-dua bahagian ini adalah seperti At Taisir bagi Imam Ad Dani, As Shathibiyyah dan Toyyibatun Nashri.

Kedua-dua bahagian ini adalah dibaca dengan wajib beri'tikad akan kebenarannya dan tidak boleh mengingkarinya.

3)As Sohih
Qiraat yang sah sanadnya tetapi bersalahan dengan rasm atau bahasa arab atau tidak mashhur seperti yang disebutkan.
Bahagian ini tidak dibaca dan tidak wajib beri'tikad akan kebenarannya. Seperti {متكئين على رفرف خضر وعبقري حسان , لقد جاءكم رسول من أنفسكم }

4)As Shaz
Qiraat yang tidak sah sanadnya seperti Qiraat Ibn As Sumaiqi' {فاليوم ننحيك ببدنك لتكون لمن خلفك ءاية}

5)Al Maudu'
Qiraat yang diriwayatkan kepada periwayatnya tanpa ada asas.

6)As Shabih Bil Mudraj
Qiraat yang ditambah kerana menafsirkan ayat seperti Qiraat Saad Ibn Abi Waqqas {وله أخ أو ام أخت من }

Read more...

PENGENALAN ASAS ILMU QIRAAT




PENGENALAN ASAS ILMU QIRAAT

KELEBIHAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN

1.Hadis daripada Sayyidina Uthman bin Affan r.a, sesungguhnya Nabi saw bersabda:
خيركم من تعلم القرءان وعلمه.
( Hadis riwayat Bukhori, Abu Daud dan Tirmizi )

2. Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud, sesungguhnya Nabi saw bersabda:
من قرأ حرفا من كتاب الله تعالى فله حسنة والحسنة بعشر أمثالها، لا أقول الم حرف ولكن الف حرف ولام حرف وميم حرف.
( Hadis riwayat Tirmizi )

3. Hadis daripada Abi Said al-Khudri, sesungguhnya Nabi saw bersabda:
من شغله القرءان وذكري عن مسألتي، أعطيته افضل ما أعطي السائلين، وفضل كلام الله تعالى على سائرالكلام كفضل الله على خلقه ( Hadis riwayat Tirmizi )

4. Hadis daripada Anas bin Malik r.a, sesungguhnya Nabi saw bersabda:
إن لله أهلين من الناس، قالو من هم يا رسول الله، قال أهل القرءان هم أهل الله وخاصته
(hadis riwayat An Nasai’)

5. Hadis daripada Mu’az bin Anas, sesungguhnya Nabi saw bersabda:
من قرأ القرءان وعمل بما فيه ألبس الله والديه تاجا يوم القيامة ضوءه أحسن من ضوء الشمس في بيوت الدنيا فما ظنكم بالذي عمل بهذا (hadis riwayat Abu Daud)


KITAB-KITAB ASAS QIRAAT

1. Matan Asy Syatibi
Matan ini dikarang oleh Imam Al Qasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Imam Asy Syatibi.. Berasal dari Andalusia, Sepanyol. Wafat pada tahun 590 hijrah. Beliau menjadikan kitab tahbir at-taisir sebagai sumber karangan beliau.

2. Matan Al Jazari
Matan ini dikarang oleh Imam Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf atau lebih dikenali sebagai Imam Al Jazari. Dilahirkan pada tahun 751 hijrah dan wafat pada tahun 833 hijrah. Berasal dari Damsyiq. Antara kitab-kitab yang menjadi sumber dalam menulis matan beliau ini ialah kitab taisir, kitab nasyrul Asyri dan kitab toyyibah.

SYARAT DITERIMA SEBAGAI QIRAAT YANG SAHIH/RUKUN QIRAAT.

1. Mestilah qiraat itu tidak bercanggah dengan bahasa Arab.

2. Mestilah qiraat itu tidak bercanggah dengan resam uthmani.

3. Mestilah sanad qiraat itu mutawatir iaitu rawi yang meriwayatkan qiraat tersebut satu jamaah yang ramai dimana mustahil mereka itu berpakat dalam melakukan penipuan .

DALIL TURUNNYA AL-QURAN DENGAN 7 ‘AHRUF’.
Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawasanya Nabi saw bersabda,
أقرأني جبريل عليه السلام على حرف واحد فراجعته، فلم أزل أستزيده ويزيدني حتى انتهى إلى سبعة احرف.
( Hadis riwayat Bukhori )

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Syihab bahawa beliau diberitakan oleh Urwah bin Zubair bahawa Maswara bin Makhramah dan Abdul Rahman bin Abdul Qari mendengar Umar bin Khattab r.a berkata,
سمعت هشام بن حكيم يقرأ سورة الفرقان في حياة رسول الله صلى الله عليه وسلم، فاستمعت لقراءته، فاذا هو يقرأ على حروف كثيرة لم يقرأني رسول الله صلى الله عليه وسلم، فكدت اساوره فى الصلاة فتصبرت حتى سلم، فلببته بردائه فقلت من اقرأك هذه السورة التى سمعتك تقرأ قال
اقرأني رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقلت كذبت، فإن رسول الله صلى الله عليه وسلم قد أقرأنيها على غير ما قرأت، فانطلقت بقود إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقلت سمعت هذا يقرأ سورة الفرقان على حروف لم تقرأنيها، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم لعمر ارسله، فأرسله عمر، فقال لهشام اقرأ يا هشام، فقرأ عليه القراءة التى سمعته يقرأ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم كذلك أنزلت،.ثم قال اقرأ يا عمر فقرأت القرأة التى أقرأني، فقال كذلك أنزلت، ان هذا القرءان أنزل على سبعة أحرف فاقرأوا ما تيسر منه
( hadis riwayat Bukhori )

MAKSUD 7 ‘AHRUF’.

Tidak ada hadis secara jelas yang menceritakan tentang apakah yang dimaksudkan dengan 7 ahruf. Namun ulamak samada yang salaf mahupun yang khalaf secara sepakat menyatakan bahawa tidak boleh seseorang itu menafsirkan bahawa 7 ahruf itu adalah 7 qura’ yang masyhur kerana 7 qura’ yang masyhur ini tidak pernah wujud pun pada zaman Rasulullah saw .
التكليف بما لا يطاق محال
Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Abdullah bin Abbas berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan 7 ahruf ialah :
أن القرءان نزل بلغة كل حي من إحياء العرب

QIRAAT SAB’AH DAN QIRAAT ‘ASYARAH
Qiraat 7 (sab’ah) mahupun qiraat 10 (‘asyarah), ianya tetap tidak lari daripada 7 ahruf sebagaimana ia diturunkan. Kesemuanya mutawatir daripada Rasulullah SAW. Ini bermakna, Rasulullah SAW membaca dengan kesemua qiraat ini. Qiraat 7 dikupas dan dijelaskan oleh Imam al-Syatibi. Imam al-Jazari pula mengupas dan menyusunnya sehingga 10 qiraat. Tetapi, ini tidaklah bermakna Imam al-Jazari telah melakukan penambahan kepada ilmu ini sehingga menjadi 10. Tetapi berkemungkinan, Imam as-Syatibi pada zamannya hanya sempat mengumpul dan menyusunnya sehingga 7 sahaja. Setelah itu, pengumpulan dan pengkajian diteruskan oleh Imam al-Jazari sehingga lengkap menjadi 10 qiraat.
Kesemua 10 qiraat Imam al-Jazari dikenali dengan al-Qiraat al-‘Asyarah al-Kubro. Tetapi jika 7 qiraat Imam al-Syatibi digabungkan dengan 3 lagi qiraat Imam al-Jazari maka ia dikenali dengan al-Qiraat al-‘Asyarah al-Soughro.

PENGENALAN RINGKAS 10 IMAM QIRAAT

1. Imam Nafi’
Namanya Abu Ruaim Nafi’ bin Abdul Rahman bin Abi Nuaim Al Laithi. Berasal dari Asfahan. Merupakan imam Darul Hijrah. Wafat pada 169 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Qalun dan Warsh.

2. Imam Ibnu Kathir
Namanya Abdullah bin Kathir Al makki. Merupakan imam ahli Mekah. Dilahirkan pada 45 hijrah dan wafat pada 120 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Bazzi dan Qunbul.

3. Imam Abu Amru
Namanya Zaban bin Ala’ bin Ammar bin ‘Uryan Al Maazini Al Tamimi Al Basri. Dilahirkan di Mekah pada tahun 68 hijrah dan wafat pada 154 hijrah di Kufah. Rawinya yang terkenal iaitu Duri dan Susi.

4. Imam Ibnu Amir Asy Syami
Namanya Abdullah bin Amir Asy Syami Al Yahsobi. Merupakan qadhi di Damsyiq ketika Khilafah Al Walid bin Abdul Malik. Diberi gelaran Aba Amru. Beliau adalah seorang tabiin. Dilahirkan pada 8 hijrah dan wafat pada 118 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Hisyam dan Ibn Zakwan.

5. Imam Asim
Namanya Asim bin Abi An Najud Al Asadi. Digelar sebagai Aba Bakar. Merupakan seorang tabiin dan beliau adalah seorang ketua qura’ di Kufah. Terkenal sebagai seorang yang mempunyai suara yang paling lunak.Wafat pada 127 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Syu’bah dan Hafs.

6. Imam Hamzah
Namanya Hamzah bin Habib bin Ammarah Az Zayyat. Digelar Aba Ammarah. Dilahirkan pada tahun 80 hijrah. Beliau adalah seorang peniaga, seorang ahli ibadah dan seorang yang wara’.Wafat pada 156 hijrah pada zaman khilafah Abi Ja’far Al Mansur. Rawinya yang terkenal iaitu Kholaf dan Kholad.

7. Imam Kisai’
Namanya Ali bin Hamzah An Nahwi. Digelar sebagai Aba Hasan. Diberi kunyah sebagai kisai’ kerana beliau dibesarkan di satu tempat bernm kusa’. Wafat pada 198 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Abu Haris dn Duri.

8. Imam Abu Jaafar
Namanya Yazid bin Qa’qa’ Al Makhzumi Al Madani. Diberi kuniah sebagai Abu Jafaar. Beliau adalah seorang tabiin.Wafat pada 130 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Ibn Jammaz dan Ibn Wirdan.

9. Imam Ya’aqub
Namanya Yaaqub bin Ishaq bin Yazid bin Abdullah bin Abi Ishaq Al Hadhrami Al Basri. Kuniahnya Abu Muhammad.Wafat pada tahun 205 hijrah ketika berumur 88 tahun. Rawinya yang terkenal iaitu Ruais dan Rauh.

10. Imam Kholaf Al Asyir.
Namanya Kholaf bin Hisyam bin Tha’lab bin Kholaf Al Asadi Al Baghdadi Al Bazzar. Digelar sebagai Abu Muhammad. Dilahirkan pada tahun 150 hijrah dan wafat pada bulan jamadil akhir tahun 229 hijrah di Baghdad. Rawinya yang terkenal iaitu Ishaq dan Idris.

IMAM NAFI’
Nama : Nafi’ bin Abd Rahman bin Abu Na’im.
Kuniah : Abu Ruwaim, Abu Al-Hasan, Abu Abd Rahman.
Lahir pada : tahun 70 hijrah
Wafat pada : tahun 169 hijrah ketika berusia 99 tahun.
Asal : Asbahan.
Ciri-ciri : berkulit gelap, tampan, baik rupa paras, mesra dengan org ramai.
Bertalaqqi dengan lebih dari 70 orang guru dari kalangan tabi’in. Antaranya:
نافع

أبو جعفر

عبد الله ابن عباس و أبو هريرة

أبي بن كعب و زيد بن ثابت

رسول الله صلى الله عليه وسلم

Keistimewaan-keistimewaan lain :
Solat di masjid Rasulullah lebih 60 tahun dan menjadi imam di situ.
Mengajar al-Quran dan al-Qiraat selama lebih 70 tahun.
Apabila bercakap pasti akan terhidu bau kasturi walaupun beliau tidak pernah memakai sebarang haruman/wangian.
Bertalaqqi dengan Rasulullah dalam mimpinya.
Mempunyai anak murid yang tidak terkira ramainya. Antara yang bertalaqqi dengannya adalah Imam Malik bin Anas dan al-Laith bin Saad.
Perawinya yang termasyhur adalah Isa bin Mina bin Wardan (Qalun) dan Uthman bin Sa’id bin Abdullah (Warsy).
Berikut adalah beberapa manhaj asas untuk Qiraat Imam Nafi’ :
قالون
ورش
قصر المد المنفصل مع التوسط والإشباع
إشباع المدين
ضم ميم الجمع بعده متحرك مع الصلة
ضم ميم الجمع بعده همزة القطع مع الصلة
فتح الاءات الإضافة بعدها همزة المتحركة
تغليظ اللام بعده الصاد والطاء المتحركتين
.
AL-FATIHAH DENGAN 10 QIRAAT
ملك - Nafi’, Ibn Kathir, Abu Amru, Ibn Amir, Hamzah, Abu Jaafar.
مالك – Asim, Kisai’, Yaaqub, Kholaf 10.
الصراط ، صراط – Nafi’, Ibn kathir bil khilaf oleh Qunbul, Abu amru, Ibn Amir, Asim, Kisai’, Abu Jaafar, Rauh ‘an Yaaqub, Kholaf 10.
السراط ، سراط – Qunbul ‘an Ibn Kathir wajah ke 2, Ruais ‘an Yaaqub
الزراط، زراط - Kholaf ‘an Hamzah.
الزراط، صراط – Kholad ‘an Hamzah
عليهم - Nafi’ bil khilaf oleh Qalun, Abu Amru, Ibn Amir, Asim, Kisai’, Kholaf 10.
عليهم – Hamzah, Yaaqub
عليهموا - 'an Nafi’ wajah ke 2, Ibn Kathir, Abu Jaafar.

ADAB-ADAB MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN

Sukalah untuk saya selitkan di sini beberapa tips yang mungkin dapat membantu para pembaca untuk menghafaz al-Quran. Sesungguhnya al-Quran bukanlah sepertimana buku-buku biasa yang kita baca setiap hari. Namun ia adalah sebuah kitab agung yang terkandung di dalamnya kalam-kalam suci Allah. Kerana itu, menyentuhnya bukan seperti menyentuh kitab-kitab lain dan membacanya bukan seperti membaca kitab-kitab lain. Ada adab-adab yang perlu dijaga bagi menunjukkan kehormatan dan kesuciannya.
Berwudhu’
Menutup aurat
Menghadap kiblat
Ikhlaskan niat kerana Allah.
Mulakan dengan isti’azah dan basmalah.
Baca dengan tenang sambil mentadabbur ayat-ayatnya.
Elakkan daripada bercakap-cakap perkara lain ketika masih belum menamatkan bacaan.
Jika menggunakan mashaf; kecil mahupun besar, pastikan ianya diletakkan lebih tinggi daripada kaki. Sebaiknya peganglah dengan tangan kanan.
Berikut dijelaskan pula beberapa tips mudah untuk menghafaz al-Quran:
Ikhlaskan niat kerana Allah SWT.
Berwudhuk dan menghadap kiblat.

Mulakan dengan doa menghafaz :
اللهم نوربكتابك بصري واشرح به صدري واستعمل به بدني واطلق به لساني وقو به عزمي واسرع به فهمي وقو به جناني بحولك وقوتك فإنه لا حول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم

Tetapkan sasaran bilangan ayat yang ingin dihafaz pada hari tersebut.
Baca kesemua ayat yang ingin dihafaz pada hari tersebut sekali lalu.
Baca ayat yang pertama dengan melihat mashaf sebanyak 40 kali.
Beralih ke ayat yang kedua dengan menggunakan kaedah yang sama.
Ulang ayat pertama dan kedua sebanyak 5 kali.
Beralih ke ayat yang ketiga dengan membacanya sebanyak 40 kali.
Ulang ayat pertama, kedua dan ketiga sebanyak 5 kali.
Beralih ke ayat yang keempat dan gunakan kaedah yang sama sehingga selesai.

Akhiri dengan doa penutup:
اللهم إني أستودعك ما علمتني فاردده إلي وقت حاجتي إليه فلا تنسنيه , وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه وسلم
Jauhkan perkara-perkara yang boleh merosakkan hafazan.

PENUTUP

Ilmu Qiraat ini tidak mungkin dapat kita dalami dalam masa yang singkat. Hanya pembelajaran yang tekun dan berterusan sahaja memungkinkan kita menguasainya. Qiraat tidak cukup dengan mengenali dan mempelajarinya secara teori semata-mata tetapi lebih jauh daripada itu perlu ada satu latihan praktikal yang intensif bagi memastikan ketepatan dan keberkesanannya.
Tidak semua dapat dijelaskan di sini. Apapun saya mengharapkan semoga kertas kecil ini dapat sedikit sebanyak membantu sahabat-sahabat mengenali al-Quran dan al-Qiraat walaupun ianya terlalu ringkas dan penuh dengan kekurangan. Apapun, semoga ianya menjadi titik tolak untuk pada sahabat lebih mendekati dan mendalami ilmu yang sangat penting ini. Sebarang teguran dan komen terhadap apa jua kesilapan amatlah saya harapkan.
Wallahu ‘alam.

Read more...

Taujih Fiqhi Siri 2





HUKUM WUDHU' BAGI YANG MENYENTUH PEREMPUAN

MUQADDIMAH


Dalam siri sebelum ini, secara ringkas para pembaca telah diterangkan berkenaan salah satu bentuk dalam disiplin ilmu taujih qiraat iaitu taujih fiqhi. Para pembaca juga dapat melihat secara umum berkenaan hubungan antara ilmu qiraat dan fiqh Islam serta manhaj fuqaha' ketika berhujah dengan ilmu qiraat. Pada kali ini penulis cuba membawa ke hadapan para pembaca contoh perbezaan qiraat pada ayat al-Quran yang menjadi dalil kepada para ulama fiqh bagi menetapkan atau mensabitkan mazhab mereka terhadap sesuatu hukum.


HUKUM WUDHU' BAGI YANG MENYENTUH PEREMPUAN


Para ulama fiqh telah berselisih pendapat berkenaan hukum wudhu' bagi lelaki yang menyentuh perempuan. Perbezaan ini berpunca daripada perbezaan qiraat yang terdapat pada kalimah ( لامَسْتُم ) pada ayat 43 Surah al-Nisaa serta ayat 6 Surah al-Maidah. Nas di dalam Surah al-Nisaa ialah;




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَقْرَبُوا الصَّلاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلا جُنُبًا إِلا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا

BACAAN QIRAAT

Bacaan pertama yang diriwayatkan oleh jumhur qurra' iaitu Imam Nafi, Ibnu Kathir, Abu `Amr, Ibnu `Amir, `Asim, Abu Ja'far dan Ya`qub al-Hadhrami; dengan mengisbatkan alif ( لامَسْتُم ).

Bacaan kedua yang diriwayatkan oleh Imam Hamzah, al-Kisa'ei dan Khalaf al-`Asyir; dengan menghazafkan alif ( لمَسْتُم ).


MAKNA DI SEBALIK PERBEZAAN QIRAAT


Bacaan pertama dengan isbat alif ( لامَسْتُم ) membawa maksud al-Mulamasah mengikut wazan al-Mufa`alah yang memberi makna kinayah atau sindiran kepada makna jima' di mana ia menunjukkan perbuatan ini saling berlaku antara dua pihak. Kita akan dapat melihat uslub kinayah ini di dalam al-Quran khasnya apabila menerangkan perihal hubungan suami isteri seperti ayat 223 Surah al-Baqarah. Di sini al-Quran memperlihatkan kepada kita ketinggian akhlak dan adab yang baik. Imam al-Alusi dalam tafsirnya Ruuh al-Ma`ani telah menakalkan kalam Ibnu `Abbas sebagai berkata; Sesungguhnya Allah Maha Mulia telah mengkinayahkan berkenaan jima' dengan kalimah .( االرفث ، الملامسة المباشرة ، التغشي ، الإفضاء )


Adapun bacaan kedua dengan membuang alif ( لمَسْتُم ), ia mengandungi dua makna. Pertama; segala jenis sentuhan melainkan jima' seperti memegang, meraba, mencium dan lain-lain yang seerti dengannya. Kedua; ia juga memberi makna jima'.


KESAN PERBEZAAN QIRAAT TERHADAP FIQH


Telah berlaku khilaf di kalangan fuqaha' berkenaan hukum wudhu' adakah ianya terbatal sekiranya menyentuh kulit perempuan. Punca perselisihan ini adalah daripada perbezaan bacaan qiraat mutawatir pada ayat di atas. Berikut secara ringkas pandangan ulama dalam hal ini;


1) Pandangan Imam Abu Hanifah


Di sisi beliau, perbuatan lelaki menyentuh perempuan tidak sekali-kali membatalkan wudhu' sama ada sentuhan itu disertai dengan syahwat atau pun tidak dan sama ada sentuhan itu terhadap perempuan ajnabi atau pun mahram.


2) Pandangan Imam Malik dan Imam Ahmad


Di sisi mereka pula, sentuhan lelaki terhadap perempuan akan membatalkan wudhu' sekiranya sentuhan itu disertai syahwat. Sekiranya sentuhan itu tidak mengandungi syahwat maka ia tidak membatalkan wudhu'.


3) Pandangan Imam as-Syafi`ei


Di sisi beliau pula, sentuhan lelaki terhadap perempuan tanpa berlapik akan membatalkan wudhu' tanpa mengira ia disertai syahwat atau pun tidak. Akan tetapi hukum ini terkecuali sentuhan kepada mahram.


ASAS KHILAF DI KALANGAN FUQAHA'


Perselisihan pendapat di kalangan fuqaha berdasarkan bacaan qiraat pada kalimah ( لامَسْتُم ) dapat dilihat daripada beberapa aspek seperti berikut;


1) Aspek perbezaan qiraat mutawatir pada kalimah ( لامَسْتُم ) itu sendiri.


Terdapat 2 bacaan qiraat pada kalimah ini iaitu; qasr dan mad atau dengan istilah lain; hazaf dan isbat.


Bacaan secara qasr atau hazaf memberi makna bahawa sentuhan samada tangan, sentuhan kulit atau ciuman akan membatalkan wudhu'. Sentuhan ini juga hanya berlaku dari satu pihak.


Bacaan secara mad atau isbat pula memberi makna jima' kerana ia disifatkan sebagai perbuatan saling sentuh menyentuh antara dua pihak. Oleh itu, perbuatan selain jima' yang bersifat sentuhan tidak akan membatalkan wudhu' selagi mana tidak keluar air mani yang mewajibkan mandi dan wudhu'.


(اللمس ) 2) Aspek " Isytirak Lafzi " pada makna



Makna hakikat bagi ( al-Lams ) ialah perbuatan melekapkan tangan pada sesuatu dengan tujuan menyentuh. Adapun makna kinayah bagi kalimah ini pula ialah jima'. Seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini, uslub kinayah ini merupakan di antara sekian banyak uslub al-Quran yang memperlihatkan adab dan akhlak khasnya apabila memperkatakan sesuatu yang ada hubungkait dengan perempuan.


Oleh itu, al-Quran tidak secara terang-terangan menggunakan lafaz jima' tetapi memadai dengan lafaz ( al-Lams ) ini. Bahkan realiti bangsa Arab sering menggunakan uslub hakikat (makna hakiki), majaz dan kinayah dalam pertuturan mereka. Kadangkala mereka menggunakan kalimah ( al-Lams ) untuk menunjukkan perbuatan menyentuh dngan tangan, manakala di waktu yang lain mereka menggunakannya sebagai kinayah kepada jima'.


Akibat daripada penggunaan ini baik di dalam al-Quran atau pertuturan bangsa Arab, maka berlakulah khilaf di kalangan ulama terhadap hukum ini;


1) Mazhab Hanafi : Sentuhan yang mewajibkan wudhu' adalah sentuhan yang bermaksud jima' sahaja.


2) Mazhab Syafi`ei : Sentuhan yang mewajibkan wudhu' adalah sentuhan yang bermaksud dengan tangan atau kulit. Mereka berdalilkan makna zahir (hakiki) pada ayat tersebut.


3) Mazhab Maliki, Hanbali dan yang sepakat dengan mereka : Sentuhan yang mewajibkan wudhu' adalah sentuhan tangan yang disertai syahwat. Ini disebabkan kerana mereka memandang dari sudut ayat umum yang telah dikhususkan maka mereka mensyaratkan adanya syahwat.


4) Mazhab Ibnu Hazm az-Zohiri : Sentuhan yang mewajibkan wudhu' adalah sentuhan tangan tanpa disertai syahwat. Tetapi sentuhan ini umum terhadap mana-mana perempuan samada mahram atau ajnabi, tua atau muda. Ini disebabkan kerana mereka memandang dari sudut ayat umum yang tetap kekal umum tanpa dikhususkan.


Kesimpulan khilaf ini ialah adakah lafaz yang berdasarkan bacaan hazaf ( al-Lams ) ini membawa makna hakiki iaitu sentuhan tangan atau makna kinayah ? Adakah jima' pula boleh dikira sebagai makna hakiki berdasarkan bacaan isbat ? Oleh itu, ia berkisar antara makna hakiki, majaz dan kinayah.


3) Aspek pada umumnya berlaku bertentangan antara ayat wudhu' dengan beberapa hadis Nabi SAW.


Di sini seolah-seolah secara zahirnya berlaku bersalahan antara makna umum ayat wudhu' dengan hadis Nabi SAW yang terbukti sabit atau sahih dari baginda seperti peristiwa Saidatina `Aisyah memegang kaki Nabi SAW ketika baginda sedang sujud dalam solat di mana baginda mungkin tidak memperbaharui wudhu'nya.


Contoh hadis itu seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (Kitab Solat; Bab apa yang mesti dibaca ketika ruku' dan sujud, hadis no 222/486), Imam at-Turmuzi (Kitab Doa-doa; bab 76, hadis no 3493 ) dan Imam al-Baihaqi (Kitab Toharah; Bab apa yang datang pada orang yang disentuh) :


روي عن عائشة رضي الله عنها – قالت : فقدت رسول الله صلى الله عليه وسلم ليلة من الفراش فالتمسته فوقعت يدي على بطن قدميه وهو في المسجد وهما منصوبتان وهو يقول : اللهم إني أعوذ برضاك من سخطك وبمعافاتك من عقوبتك وأعوذ بك منك لا أحصي ثناء عليك أنت كما أثنبت على نفسك


Antara hadis lain ialah seperti diriwayatkan oleh Imam an-Nasa'ie (Bab batal wudhu' dengan sebab sentuhan lelaki terhadap perempuan tanpa syahwat berdasarkan sanad al-Qosim dari `Aisyah) :


روي عن عائشة رضي الله عنها – قالت : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي وأنا معترضة بين يديه اعتراض الجنازة حتى إذا أراد أن يوتر مسني برجله


Oleh itu sebahagian ulama telah menjadikan hadis-hadis sahih ini sebagai dalil untuk menguatkan pandangan mereka berkenaan hukum wudhu' di samping hujah mereka dari al-Quran berdasarkan bacaan qiraat yang mutawatir pada ayat wudhu' di atas.


TARJIH KE ATAS KHILAF YANG ADA


Berdasarkan perbincangan di atas, jelas kepada kita bahawa kedua-dua bacaan qiraat mutawatir (bacaan isbat dan hazaf) pada kalimah ( لامَسْتُم ) pada ayat 43 Surah al-Nisaa serta ayat 6 Surah al-Maidah membawa kepada dua hukum syarak yang berbeza seperti yang diistinbatkan oleh ulama fiqh dalam mazhab mereka berkenaan hukum wudhu'.


Oleh itu, sebahagian ulama telah mentarjih atau memilih pandangan yang menyatakan bahawa sentuhan lelaki terhadap perempuan tanpa syahwat tidak membatalkan wudhu', manakala sentuhan yang disertai syahwat akan membatalkan wudhu'. Pandangan ini merupakan pandangan yang paling sederhana dan paling dekat dengan manhaj Islam iaitu " at-Taisir ". Pandangan ini juga telah mengambil pendekatan menggabungkan kedua-dua qiraat mutawatir tanpa meninggalkan salah satu daripadanya. Di samping itu, ia juga merupakan pandangan jumhur ulama seperti yang dinyatakan oleh Ketua Ikatan Ulama Syam; Doktor Wahbah az-Zuhayli dalam kitabnya al-Wajiiz Fi al-Fiqh al-Islami.



والله تعالى أعلى وأعلم


Sumber Rujukan:


1) Al-Quran al-Karim

2) Muhadharat Fi Taujih al-Qiraat (Nota kuliah tahun satu); Dr. Abdul Karim Ibrahim Soleh. Pensyarah Bahagian Tafsir Kuliah Al-Quran & Al-Qiraat Al-Azhar Tanta

3) Syarah Bidayah al-Mujtahid Wa Nihayah al-Muqtasid; Dr. Abdullah al-`Abadi. Cetakan Darus Salam Kaherah.

4) Al-Wajiiz Fi Al-Fiqh Al-Islami; Dr. Wahbah az-Zuhayli. Cetakan Darul Fikr Beirut

Read more...

Taujih Fiqhi Dalam Disiplin Ilmu Qiraat





Taujih Fiqhi Dalam Disiplin Ilmu Qiraat

SIRI PERTAMA

Muqaddimah

Pada permulaan wahyu, Nabi SAW amat menitikberatkan ajaran al-Quran. Para sahabat diberi galakan oleh baginda untuk membaca dan menghafaz ayat al-Quran sehingga melahirkan sejumlah generasi intelektual dan memadamkan buta huruf setelah diselubungi kegelapan jahiliah. Period dakwah di Makkah merupakan marhalah pembentukan aqidah, akhlak dan ruh. Marhalah ini juga dikenali sebagai “Marhalah Al-I’jaz” yang melemahkan bangsa Arab daripada menolak ajaran al-Quran serta membuktikan kebenaran risalah nubuwwah.

Al-Quran yang diturunkan dengan tujuh huruf ( الأحرف السبعة ) memberi kemudahan kepada umat Islam untuk membaca dan mengamalkan hukum-hakam yang terkandung di dalamnya. Penurunan al-Quran dengan tujuh huruf ini bermula pada period dakwah baginda di Madinah setelah dakwah Nabi SAW semakin meluas ke seluruh tanah Arab. Marhalah ini juga dikenali sebagai “Marhalah At-Tashil” yang membantu umat Arab mengenali al-Quran dan menghayatinya mengikut lahjah kabilah masing-masing.

Hasil galakan dan panduan daripada Nabi SAW, generasi sahabat sangat tekun mendalami al-Quran dengan seluruh wajah qiraat yang diturunkan. Setelah kewafatan baginda, para sahabat telah bertebaran di seluruh Semenanjung Tanah Arab sehingga melahirkan beberapa madrasah qiraat seperti Madani, Makki, Syami, Kufi dan Basri. Kemudian datang generasi selepasnya sehingga melahirkan tokoh-tokoh yang masyhur dalam bidang ini antaranya ialah sepuluh imam qurra’.

Setelah zaman berzaman ilmu qiraat semakin berkembang dengan kelahiran tokoh-tokoh dalam bidang ini seperti Imam as-Syatibi (wafat 590H), Imam Ibnu al-Jazari (wafat 833H) dan lain-lain. Para ulama juga telah membahaskan ilmu qiraat dalam pelbagai sudut untuk menambahkan kefahaman terhadap al-Quran seperti sejarah ilmu qiraat, taujih al-Qiraat al-Mutawatirah, taujih al-Qiraat as-Syazzah.

Apa Hikmah Khilaf Bacaan Qiraat ?

Selaku pelajar takhassus al-Quran, al-Qiraat serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya, persoalan yang sering bermain di minda kita ialah apakah hikmah daripada perbezaan bacaan qiraat sedangkan sumbernya adalah satu iaitu al-Quran? Kenapa qiraat-qiraat ini ditulis dengan hanya satu wajah sahaja di dalam setiap mushaf? Apakah kesan atau peranan bacaan qiraat ini terhadap bahasa Arab samada sudut qawaid dan balaghahnya. Adakah bacaan qiraat ini memberi kesan langsung ke atas syariat seperti feqh dan aqidah?

Sebenarnya para ulama’ baik dahulu dan masa kini telah menulis berkenaan hikmah qiraat mutawatir dan kesannya terhadap rasm, bahasa Arab, fiqh. Cuma ianya ditulis secara umum ketika membahaskan ilmu-ilmu seperti bahasa Arab, tafsir, fiqh dengan membawa nas dari qiraat al-Quran sebagai dalil. Sangat sedikit kajian yang memfokuskan kesan bacaan qiraat terhadap bahasa Arab, fiqh dan sebagainya secara lebih kompleks dan menyeluruh. Apatah lagi jika kita ingin mendapatkan kajian dalam perkara ini yang diolah secara mudah, ringkas dan padat yang sesuai untuk tahap orang awam. Sedangkan kajian ini sangat penting bagi setiap muslim dalam aspek apa yang mesti mereka tahu berkenaan mushaf al-Quran dan bacaan al-Quran harian mereka yang mana mengandungi asas-asas tasyri’ dan hukum-hakam.

Taujih Fiqhi

Asas dalam memahami ilmu qiraat ini hingga dapat merasakan kemanisan al-Quran adalah mengetahui taujih dan kedudukan i’rab. Oleh kerana itu , para ulama’ telah berusaha mengkaji perkara ini dan menerangkan ‘illah dan makna-makna serta kesan yang terdiri dari aspek bahasa, fiqh, aqidah dan lain-lain. Maka lahirlah ulama’ yang membahas dari sudut taujih lughawi, balaghi, fiqhi, aqidi dan sebagainya. Semuanya merupakan sebahagian daripada i’jaz al-Quran.

Kali ini kita akan fokuskan kepada salah satu taujih qiraat iaitu taujih fiqhi yang merupakan sudut yang sangat penting di samping taujih lughawi dan lain-lain. Sebelum itu penulis akan menerangkan latar belakang hubungan antara qiraat dan tasyri’ Islami serta manhaj fuqaha’ ketika berhujah dengan qiraat.

Hubungan Antara Ilmu Qiraat Dan Fiqh Islam

Sesuatu yang diketahui umum bahawa ilmu-ilmu Islam saling berkaitan antara satu sama lain. Di antara ilmu-ilmu ini ialah ilmu qiraat dan fiqh Islam. Di sana terdapat hubungan yang sangat kuat antara ilmu qiraat dan ilmu fiqh. Hubungan antara dua disiplin ilmu ini dapat dilihat jika kita meneliti dan mentelaah sebahagian kitab-kitab tafsir yang lebih menjurus dalam perbahasan fiqh. Sebagai contohnya ialah al-Jami’ Li Ahkam al-Quran oleh Imam al-Qurthubi, Ahkam al-Quran oleh Ibnu al-`Arabi, Ahkam al-Quran oleh al-Jassos al-Hanafi dan Zaad al-Masiir Fi `Ilmi at-Tafsir oleh Imam al-Jauzi.

Kita akan dapati di dalam kitab-kitab ini para imam akan mendatangkan wajah-wajah qiraat ke atas ayat-ayat yang ingin diterangkan hukum-hukumnya kemudian akan menyandarkan pendapat fuqaha’ yang bersesuaian dengan khilaf atau wajah qiraat tersebut. Bahkan imam-imam tafsir yang lain juga melakukan perkara yang sama dalam hal ini seperti Imam al-Alusi dalam kitabnya Ruuh al-Ma`ani, Imam al-Baidhawi, Imam al-Fahr ar-Razi dan lain-lain.

Bacaan-bacaan qiraat ini juga disebut di dalam sebahagian kitab-kitab fiqh dan usul fiqh. Antaranya ialah Hasyiah al-Bujairimi `Ala al-Khatib dalam fiqh Syafi`i, Mafatiih al-Usul, Syarh al-Fiqh al-Akbar oleh al-Qari dan lain-lain. Bahkan sebenarnya hubungan antara ahli al-Ada’ (qurra’) dan fuqaha’ dapat diibaratkan sebagai hubungan adik-beradik yang sangat rapat, di mana ahli al-Ada’ atau qurra’ berperanan dalam mendhabitkan bacaan qiraat yang mutawatir serta menerangkan kaedah bacaan. Fuqaha’ pula berperanan dalam mengistinbat hukum-hukum yang bersesuaian dengan bacaan qiraat tadi untuk dijadikan dalil-dalil ke atas hukum syara’ serta mengistibat apa yang terdapat di dalam bacaan qiraat dari sudut fiqhiah.

Oleh itu, khilaf dalam bacaan qiraat memberi impak yang besar terhadap ilmu fiqh. Imam an-Nuwairi dalam kitabnya Syarh Toyyibah an-Nasyr menyatakan bahawa seorang faqih berhajat kepada qari, begitu juga sebaliknya seorang qari berhajat kepada faqih untuk mentaujihkan bacaan qiraatnya dan menerangkan hukum yang terhasil daripada khilaf qiraat tersebut. Ini semua menunjukkan kepada kita tentang hubungan yang saling berkaitan antara ilmu fiqh dan ilmu qiraat serta hubungan antara fuqaha’ dan qurra’.

Manhaj Fuqaha’ Ketika Berhujah Dengan Ilmu Qiraat

Sudah menjadi suatu yang thabit, bahawa semua bacaan qiraat al-Quran diturunkan oleh Allah kepada Nabi SAW dan ianya sampai kepada kita dengan jalan yang mutawatir. Semua ini menunjukkan bahawa al-Quran diturunkan dengan tujuh huruf ( الأحرف السبعة ). Setiap bacaan qiraat yang mutawatir tidak boleh dipertikai kesahihannya dan ia menjadi hujah dalam mengistinbatkan hukum-hukum. Walaupun di sana terdapat ayat yang tidak mempunyai khilaf qiraat dan ada yang mengandungi khilaf, ianya tidak boleh disangsikan kebenarannya kerana setiap apa yang sahih secara mutawatir dari Nabi SAW maka wajib menerima, beriman dengannya dan mengikuti (ittiba’) setiap apa yang terkandung di dalamnya samada ia bersifat i’tiqad atau pun amalan.

Oleh yang demikian, kita dapat melihat para ulama mengistinbat hukum-hukum daripada setiap qiraat yang terdapat di dalam setiap ayat. Maka jelas kepada kita bahawa qiraat menjadi hujah dan panduan fuqaha’ dalam mengistinbat hukum.

Apabila kita dapati terdapat lebih dari satu hukum yang datang daripada khilaf qiraat, maka kita hendaklah menerima kesemuanya sekali tanpa meninggalkan satu pun hukum yang terhasil daripada mana-mana qiraat. Kita juga tidak boleh menjadikan jumlah imam yang meriwayatkan sesuatu qiraat sebagai sebab untuk kita mentarjih mana-mana qiraat.

Terdapat dua keadaan di mana para fuqaha’ berbeza pendekatan mereka dalam mengistinbatkan hukum;

Pertama: Ayat yang mengandungi dua bacaan qiraat yang berlainan tetapi membawa hukum yang sama.

Dalam hal ini, para fuqaha’ mengambil jalan dengan menggabungkan kedua-dua bacaan qiraat tadi. Antaranya ialah terdapat qiraat yang berbeza wajah dilalahnya tetapi mengandungi hukum yang sama.

Contohnya pada kalimah ( تقاتلوهم ، يقاتلوكم ، قاتلوكم )di dalam ayat 191 Surah al-Baqarah terdapat dua bacaan qiraat yang mana hukumnya adalah sama tetapi wajah dilalahnya berlainan. Wajah dilalah yang pertama menunjukkan secara jelas akan nas ayat, manakala wajah dilalah yang kedua menunjukkan kepada isyarat atau peringatan ( الإشارة والتنبيه ).

1) Bacaan pertama yang diriwayatkan oleh Imam Hamzah, al-Kisa`ie dan Khalaf al-`Asyir; dengan menghazafkan huruf alif pada kalimah ( تقتلوهم ، يقتلوكم ، قتلوكم ) membawa maksud larangan membunuh ( القتل ).

2) Bacaan kedua pula diriwayatkan oleh Imam Nafi’, Ibnu Kathir, Abu `Amr, Ibnu `Amir, `Asim, Abu Ja`far dan Ya`qub al-Hadrami; dengan mengisbatkan huruf alif pada kalimah ( تقاتلوهم ، يقاتلوكم ، قاتلوكم ) membawa maksud isyarat atau peringatan agar menghidari perkara-perkara yang boleh membawa kepada pembunuhan ( القتال ) atas wazan al-mufa`alah yang mengandungi uslub mubalaghah.

Kedua-dua bacaan qiraat ini tetap membawa kepada hukum haram membunuh tanpa hak melainkan wajah kedua hanya menunjukkan uslub mubalaghah di mana jika unsur-unsur yang boleh membawa kepada membunuh (muqaddimah al-Qatl) hukumnya haram, apatah lagi hukum membunuh itu sendiri.

Kedua: Ayat yang mengandungi dua atau lebih bacaan qiraat yang berlainan dan membawa kepada dua atau lebih hukum yang berlainan antara satu sama lain.

Dalam keadaan ini, para ulama atau fuqaha’ mempunyai pendekatan yang berbeza.

Pendapat jumhur fuqaha’:


Jumhur ulama’ menyatakan wajib beramal dengan kedua-dua qiraat tersebut walaupun setiap qiraat membawa hukum yang berlainan. Tidak boleh menolak salah satu bacaan qiraat hanya disebabkan hukum yang berbeza kerana ia beerti menolak sebahagian al-Quran yang jelas thabit mutawatirnya. Bagi mereka, perbezaan dua qiraat di dalam satu ayat membawa maksud dua ayat. Dengan kata lain, sekiranya satu ayat mengandungi 3 qiraat, ini bermaksud ayat itu sebenarnya mengandungi 3 ayat yang berlainan, maka mereka akan menggabungkan qiraat-qiraat ini.

Imam az-Zarkasyi (wafat 794H) dalam kitabnya al-Burhan Fi Ulum al-Quran menyatakan para ulama’ lebih cenderung bahawa dua qiraat seperti dua ayat. Contohnya kalimah ( وأرجلكم ) di dalam ayat 6 Surah al-Maidah boleh dibaca dengan dua keadaan:

1) Bacaan secara al-Jarr ( وأرجلكم ) oleh Imam Ibnu Kathir, Abu `Amr, Syu’bah, Abu Ja`far, Hamzah dan Khalaf al-`Asyir. Bacaan ini membawa hukum memadai dengan menyapu air di atas khuf bagi yang memakainya ketika berwudhu’.

2) Bacaan secara al-Nasb ( وأرجلكم ) oleh Imam Ibnu `Amir, Nafi`, al-Kisa’ei, Hafs dan Ya`qub al-Hadhrami. Bacaan ini menerang hukum wajib membasuh kaki jika tidak memakai khuf ketika berwudhu’

Ayat di atas berkisar tentang hukum membasuh kaki ketika berwudhu’. Para ulama’ telah menggabungkan dua qiraat tersebut. Hukum wajib tetap sama melainkan kaifiat sahaja yang berbeza samada membasuh atau menyapu.

Imam as-Syaukani (wafat 1250H) di dalam Fath al-Qadiir juga menyokong pandangan bahawa dua qiraat seolah-olah bermaksud dua ayat.

Pendapat mazhab Hanafi:

Abu al-Hassan al-Kurkhi (wafat 340H) dan muridnya Abu Bakr al-Jassos (wafat 370H) yang merupakan dua tokoh besar mazhab Hanafi mempunyai pandangan yang berbeza daripada pandangan jumhur. Mereka menolak pandangan bahawa dua qiraat bermakna dua ayat. Abu al-Hasan al-Kurkhi berpandangan sekiranya demikian, maka perlu ditulis setiap wajah qiraat di setiap mushaf dan membacanya dengan semua khilaf yang ada. Sekiranya memilih untuk menulis dan membaca salah satu daripada qiraat-qiraat ini, ia beerti telah mengurangi sebahagian dari al-Quran. Sedangkan al-Quran tidak boleh dikurangi sedikit pun akan hak-haknya. Sedangkan penulisan mushaf al-Quran hanya meletakan satu wajah dalam setiap mushaf. Ini membuktikan dua qiraat tidak bermaksud dua ayat.

Abu Bakar al-Jassos juga mengambil pendekatan yang hampir sama dengan gurunya itu iaitu menolak pandangan jumhur. Beliau menyatakan walaupun perbezaan antara dua qiraat pada satu ayat membawa erti adanya dua ayat di situ, tetapi ayat yang pertama itu adalah muhkamat dan ayat yang kedua pula mutasyabihat. Ayat muhkamat di sisi beliau ialah bacaan qiraat yang hanya mengandungi satu makna. Manakala ayat mutasyabihat pula ialah qiraat yang mengandungi dua makna. Maka wajib meletakkan atau mendahulukan ayat yang muhkamat ke atas ayat mutasyabihat. Ini dapat dilihat apabila beliau mentatbiqkan manhajnya di dalan kitab tafsirnya Ahkam al-Quran.

Contohnya, terdapat dua bacaan qiraat pada kalimah ( لامستم ) di dalam ayat 43 Surah an-Nisa’:

1) Bacaan secara isbat alif ( لامستم ) oleh Imam Nafi`, Ibnu Kathir, Abu `Amr, Ibnu `Amir, `Asim, Abu Ja`far dan Ya`qub. Bacaan ini hanya membawa makna ( الملامسة ) iaitu kinayah kepada jima’.

2) Bacaan secara hazaf alif ( لمستم ) oleh Imam Hamzah, al-Kisa’ei dan Khalaf al-`Asyir. Bacaan ini pula membawa makna ( اللمس ) iaitu mengandungi dua makna; sentuhan tangan atau jima’.

Beliau berpandangan mesti meletakkan ayat yang hanya mengandungi satu makna ke atas ayat yang mengandungi dua makna. Ayat yang mengandungi satu makna merupakan ayat muhkamat, manakala ayat yang mengandungi dua makna merupakan ayat mutsyabihat. Beliau menguatkan hujah bahawa Allah SWT telah memerintahkan agar meletakkan ayat muhkamat ke atas ayat mutsyabihat seperti dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Surah Ali `Imran ayat 7.

Oleh itu, bagi beliau bacaan qiraat ( لامستم ) merupakan ayat muhkamat yang mesti diletakkan ke atas bacaan qiraat ( لمستم ) yang merupakan ayat mutsyabihat.

Pada siri yang akan datang penulis akan membawa beberapa contoh ayat al-Quran untuk meneliti serta melihat peranan yang dimainkan oleh qurra’ dalam membantu fuqaha’ menetapkan sesuatu hukum berdasarkan perbezaan pada bacaan qiraat.

والله تعالى أعلى وأعلم


Sumber rujukan:

1) Al-Quran

2) Muhadharat Fi Taujih al-Qiraat; Dr Abdul Karim Ibrahim Soleh. Pensyarah Tafsir Kuliah Al-Quran & Al-Qiraat Al-Azhar; Nota Kuliah Tahun Satu.Al-Quran & Al-Qiraat.

3) Al-Qiraat al-Mutawatirah Wa Astruha Fi ar-Rasm al-Qurani Wa al-Ahkam as-Syar`iah; Dr. Muhammad al-Habsy; Darul Fikr Beirut.

4) At-Taujih al-Balaghi Li al-Qiraat al-Quraniah; Dr Ahmad Sa`ad Muhammad; Maktabah al-Adab Kaherah.

5) Al-Ahruf as-Sab`ah Wa al-Qiraat as-Sab`; Ummu Habibah; Maktabah Aulad as-Syeikh Kaherah

6) Tarikh Ilmi al-Qiraat; Dr Sami Abdul Fatah Hilal; Wakil Kuliah Al-Quran & Al-Qirat Al-Azhar; Nota Kuliah Tahun Satu Al-Quran & Al-Qiraat.

Read more...

K A M U S

..::: AL QURAN :::..

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

..::: AL HADITH :::..

Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP