Dikuasakan oleh Blogger.

Islam larang main mercun

>> Selasa, 2 Oktober 2007




Isu mercun cukup sebati dengan musim perayaan. Saban tahun setiap kali musim perayaan, pasti ada kes berkaitan mercun atau tragedi malang membabitkan kanak-kanak menjadi mangsa mercun.

Isu ini sudah sebati dalam masyarakat, malah seolah-olah menjadi tradisi setiap kali menjelang Ramadan dan kes sedemikian sepatutnya dapat dielakkan itu masih berlaku.


Pelbagai usaha diambil kerajaan untuk mengatasi masalah ini melalui Akta Bahan Letupan 1957. Seksyen 4 (2) akta tersebut memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang, memiliki dan mengimport mercun atau bunga api, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, tangkapan kerana kesalahan memiliki, menjual dan menyeludup mercun juga dibuat pihak penguat kuasa tetapi penjualan dan penyeludupan mercun masih berleluasa.

Buktinya, setiap kali Ramadan tiba, pasti ada penjualan bahan mercun, malah penjual tersebut terang-terang mempamerkan bahan larangan tersebut di khalayak ramai.

Orang ramai masih kurang mengambil berat dan menyedari bahaya bermain mercun. Ada segelintir ibu bapa memainkan peranan membeli mercun untuk anak-anak tanpa menyedari kemungkinan barang larangan tersebut mengundang padah.

Dalam hal ini, pendekatan agama boleh dilakukan bagi menyedarkan masyarakat bahaya bermain mercun dan jelas ia mengundang bahaya yang boleh memudaratkan diri sendiri. Islam

sebagai agama yang merangkumi segala aspek dan ruang kehidupan baik di dunia mahupun di akhirat. Islam menjelaskan tatacara hidup yang lengkap dan mempunyai prinsip tersendiri

dan selari dengan kehendak syariah bagi menjamin objektif syariah (maqasid al-syariah) dalam erti kata yang sebenarnya.

Sebenarnya apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dengan penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang bahan letupan adalah tanggungjawab kerajaan. Perkara ini telah diiktiraf oleh Islam melalui konsep al-masalih al-mursalah. Oleh itu, menjadi kewajipan kita semua mentaati dan memahami apa yang telah digariskan oleh kerajaan.

Al-masalih al-mursalah bermaksud kepentingan dan kepentingan yang tidak disebutkan oleh secara jelas dan terang dalam nas iaitu al-Quran dan hadis. Oleh itu, kepentingan dan keperluan undang-undang yang berkaitan dengan bahan letupan itu selari dengan kehendak ajaran Islam.

Sekiranya perbuatan bermain mercun dilihat dari perspektif maqasid al-syariah ia boleh dikategorikan dalam konsep pemeliharaan nyawa (hifzu al-nafs).

Amanah

Islam menyuruh menjaga nyawa kepada kelangsungan kehidupan manusia supaya dapat terus menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi. Maka, tujuan ini memberi kepastian bahawa perbuatan-perbuatan yang menjejaskan nyawa dan tubuh badan adalah dilarang.

Oleh itu, perbuatan bermain mercun yang membabitkan kecederaan yang serius sehingga ada mangsa yang cacat, malah ada yang buta akibat bermain mercun adalah dilarang keras oleh Islam. Hakikatnya, maqasid al-syariah telah menggariskan panduan hidup untuk manusia sejagat di dalam semua aspek kehidupan.

Sebaliknya, sebarang usaha untuk menyelamatkan nyawa manusia atau memperbaiki tahap kesejahteraan dan kesihatan manusia adalah amat digalakkan manakala perkara-perkara yang boleh memudaratkan, melakukan perbuatan yang boleh mengundang padah dan mencacatkan anggota badan adalah dilarang sama sekali.

Dalam konteks yang lebih luas dapat difahami bahawa bermain mercun merupakan satu perbuatan yang salah dan dilarang oleh Islam kerana impak dan akibat amalan bermain mercun jelas membawa kepada kemudaratan kepada pemain mercun itu.

Akan tetapi, masyarakat hari ini memandang ringan dan remeh berkaitan bermain mercun seolah-olah ia tidak menjadi kesalahan. Tahap kesedaran masyarakat khususnya ibubapa masih kurang, malah di tahap membimbangkan.

Inilah penyakit yang menjadi barah dalam masyarakat yang belum dapat diubati. Saban tahun pasti kedengaran ada mangsa akibat bermain mercun. Apa yang mengecewakan dan menyedihkan ialah rata-rata mangsa terdiri daripada kanak-kanak pertengahan umur.

Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk peribadi dan sahsiah anak-anak. Ibu bapa adalah pelindung kepada anak-anak. Perlu diingati bahawa yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang tidak tahu erti kecelakaan. Ada pula sesetengah ibu bapa bersikap lepas tangan tanpa mempedulikan apa yang anak lakukan. Rasionalnya, ibu bapa bertanggungjawab secara mutlak menjaga keselamatan anak-anak.

Firman Allah yang bermaksud: Dan belanjakanlah (harta benda kamu ) di jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. (al-Baqarah: 195)

Dapat difahami bahawa Allah melarang kita melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kecederaan, kemusnahan dan penderitaan. Amat jelas perbuatan bermain mercun sudah tentu boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain.

Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas yang bermaksud, “tiada mudarat dan tidak boleh membalas sesuatu kemudaratan dengan mudarat. (Sunan Ibnu Majah)

Secara ilmiah, hadis tersebut menerangkan kepada kita adalah menjadi kewajipan menolak kemudaratan atau kemusnahan sama ada pada diri sendiri atau orang lain.

Oleh itu, perbuatan bermain mercun yang boleh mendatangkan kecederaan anggota tubuh adalah dilarang sama sekali. Kebarangkalian mendapat kecelakaan amat besar. Oleh itu, tindakan menjauhi daripada bermain mercun mestilah diutamakan.

Tindakan kerajaan melarang menjual mercun adalah tepat dan selari dengan kehendak syariah. Menjadi kewajipan kita semua mentaati arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Sewajarnya masyarakat mengetahui bermain mercun adalah dilarang oleh ajaran Islam.

Usaha yang berterusan mesti diteruskan bagi menjelaskan kepada orang ramai melalui pelbagai pendekatan termasuk pendekatan agama supaya gambaran tentang masalah ini dapat diperbetulkan.

Masyarakat perlu dijelaskan tentang garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam melalui prinsip-prinsipnya dan tujuan-tujuan syariah (maqasid al-syariah) yang terkandung di dalamnya.

Menjadi tanggungjawab masyarakat, pihak kerajaan dan ibu bapa di dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni dan seterusnya dapat menjamin kehidupan yang lebih sempurna.

* HASBULLAH MAT DAUD ialah pelajar Sarjana, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Read more...

Pandangan al-Qardhawi Terhadap Beberapa Isu Ramadhan

>> Isnin, 1 Oktober 2007





Pandangan al-Qardhawi Terhadap Beberapa Isu Ramadhan

Alhamdulillah, kita sudah sampai ke hari yang keenam di dalam bulan Ramadhan. Moga Allah menerima puasa dan amalan kita di dalam bulan ini.

Di sini dikongsikan beberapa pandangan Dr. Yusof al-Qardhawi tentang beberapa permasalahan berkait dengan ibadah di bulan Ramadhan. Pandangan-pandangan ini saya ambil dari laman web beliau http://www.qaradawi.net/. Untuk menjimatkan masa saya menulis dan memudahkan pembaca memahami pandangan beliau, saya hanya mengambil pandangan beliau tanpa membawa sekali hujah-hujah dan khilaf ulama’ yang beliau nyatakan sekali di dalam laman web tersebut. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami perbincangan ulama’ berkenaan topik-topik tersebut sila rujuk di laman web beliau. Moga bermanfaat kepada semua.

Adakah boleh ditetapkan awal Ramadhan melalui kiraan falak?

Dr. Yusof al-Qardhawi menyetujui pandangan Imam Taqiyuddin al-Subki, salah seorang ulama’ mazhab Syafie yang mengatakan bahawa apabila kiraan falak menyatakan kemustahilan dilihat anak bulan dengan pandangan mata, maka persaksian sesiapa yang mendakwa melihat anak bulan akan ditolak.

Beliau mengatakan bahawa ini juga adalah pandangan Syeikh Al-Azhar Muhammad Mustafa al-Maraghi dan pandangan seorang ulama’ hadis, Syeikh Syakir. Selain itu beliau juga membawakan kata-kata Ibnu Sarij yang mentafsirkan hadis: “Jika tidak jelas bagi kamu (cuaca buruk yang menghalang dari melihat anak bulan), maka taqdirkanlah” sebagai ‘jika tidak jelas bagi kamu, maka lakukanlah kiraan turun naik bulan.”

Dr. Yusof al-Qardhawi menyatakan bahawa kiraan falak boleh dijadikan sekurang-kurangnya sebagai hujah untuk menafikan awal Ramadhan. Dengan itu jika ahli falak mengatakan bahawa pada hujung hari ke 29 bulan Sya’ban, anak bulan mustahil akan kelihatan, maka tidaklah perlu dikumpulkan orang ramai dan dikeluarkan kos untuk meneropong anak bulan. Sebaliknya umat Islam hendaklah terus menyempurnakan 30 hari Sya’ban.

Beliau menguatkan hujahnya dengan sabda Rasulullah s.a.w.: “Kami kaum buta huruf yang tidak pandai mengira dan membaca.” Beliau menafsirkan hadis tersebut sebagai keadaan dan sebab kenapa di zaman Rasulullah s.a.w., awal Ramadhan ditentukan dengan melihat anak bulan.

Adapun hadis: “Berpuasalah apabila melihat anak bulan dan berbukalah apabila melihat anak bulan. Jika tidak jelas bagi kamu, sempurnakanlah 30 hari Sya’ban.” Beliau mentafsirkan hadis ini berdasarkan kaedah fiqh bahawa hadis ini menyatakan matlamat yang tetap dan wasilah yang boleh berubah. Matlamat yang tetap adalah penentuan awal Ramadhan. Wasilah yang berubah adalah persaksian anak bulan dengan menggunakan mata. Jika ada cara yang lebih baik dari persaksian mata, maka wasilah itu diterima. Kiraan falak di zaman ini sudah tentunya lebih tepat dan lebih baik dari persaksian mata.

Apakah hikmah puasa diwajibkan berdasarkan pusingan bulan (tahun hijrah) dan bukannya pusingan matahari (tahun Masehi)?

Dr. Yusof al-Qardhawi menerangkan bahawa di antara hikmah puasa tersebut diwajibkan berdasarkan pusingan bulan:

1. Tahun Islam diasaskan di atas pusingan bulan. Begitu juga hukum hakam yang lain seperti haul zakat, ibadah haji, iddah seorang wanita yang diceraikan suami dan sebagainya.

2. Ia lebih tobi’ie dan lebih mudah untuk dikira berdasarkan kemunculan bulan dan saiznya pada waktu malam.

3. Ramadhan kadang-kadang akan berselisih dengan musim panas atau musim sejuk atau musim-musim yang lain. Dengan itu seorang muslim kadang-kadang akan berpuasa pada waktu sejuk dan kadang-kadang pada waktu panas terik. Kadang-kadang di waktu yang siangnya panjang dan kadang-kadang di waktu siang pendek. Ia lebih seimbang dan mengukuhkan ketaatan seorang muslim kepada Tuhan dalam setiap keadaan.

Adakah puasa tetap sah jika seseorang melakukan maksiat ketika dia sedang berpuasa?

Dr. Yusof al-Qardhawi menolak pandangan Ibnu Hazm yang mengatakan bahawa maksiat akan membatalkan puasa seseorang seperti makan dan minum. Walau pun begitu beliau mengatakan bahawa maksiat yang dilakukan oleh seseorang yang berpuasa akan menghilangkan hasil yang diharapkan dari puasa tersebut.

Dengan itu yang terbaik adalah seseorang itu sentiasa berusaha untuk mencontohi puasa salafussoleh yang menjaga diri bukan sahaja dari makan dan minum tetapi sebaliknya dari perkara-perkara haram dan melalaikan.

Adakah wujud sebenarnya ‘waktu imsak’?

Dr. Yusof al-Qardhawi menyokong pandangan al-Hafiz Ibnu Hajar yang berkata: “Di antara bid’ah mungkar adalah apa yang dilakukan pada hari ini; iaitu dilaungkan azan sepertiga jam sebelum azan Subuh di dalam bulan Ramadhan dan dipadamkan api sebagai tanda haramnya makan dan minum bagi orang yang akan berpuasa. Mereka menyangka bahawa itu lebih berhati-hati di dalam ibadah. Tiada yang mengamalkan itu kecuali manusia-manusia awam (ulama’ tidak mengamalkannya). Cara berfikir sebegini juga telah menyebabkan mereka tidak azan kecuali setelah beberapa ketika selepas tenggelam matahari. Mereka melambatkan berbuka dan mengawalkan sahur. Dengan itu mereka melakukan amalan yang bercanggah dengan sunnah (melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka).”

Dr. Yusof al-Qardhawi menegaskan bahawa ‘waktu imsak’ tersebut adalah suatu yang tidak perlu kerana ulama’ silam makan dan minum sehingga azan Subuh berkumandang.

Manakah yang lebih afdhal bagi seseorang yang musafir; berpuasa atau tidak berpuasa?

Dr. Yusof al-Qardhawi berpendapat bahawa seorang bermusafir boleh berbuka puasa walau pun perjalanan yang ditempuhi itu tidak memberikan apa-apa masyaqqah (keberatan dan beban) kepadanya. Ini kerana illah (sebab) diharuskan berbuka adalah perjalanan itu sendiri dan bukannya masyaqqah (keberatan dan beban).

Walau pun begitu yang manakah yang lebih afdhal?

Dr. Yusof al-Qardhawi merumuskan bahawa kaedah syara’ menyatakan bahawa mengambil rukhsah (keringanan) lebih afdhal dari tidak mengambilnya. Dengan itu seseorang yang bermusafir itu perlu untuk mengukur di manakah rukhsah (keringanan) bagi dirinya.

1. Jika beliau merasakan bahawa lebih ringan baginya untuk berpuasa bersama-sama orang Islam lain di dalam bulan Ramadhan lalu dia tidak perlu menggantikannya di luar bulan Ramadhan, maka afdhal baginya untuk berpuasa.

2. Jika beliau merasakan bahawa berbuka dan kemudian menggantikan puasa tersebut di luar Ramadhan lebih ringan, maka berbuka puasa lebih afdhal baginya.

Bilakah waktu berbuka bagi seseorang di dalam pesawat?

Dr. Yusof al-Qardhawi menegaskan bahawa waktu berbuka puasa bagi seseorang yang berada di dalam pesawat tidak sama dengan waktu berbuka puasa bagi mereka yang berada di atas daratan. Kesilapan sering dilakukan oleh peramugari dan juruterbang yang mengisytiharkan masuknya waktu Maghrib berdasarkan waktu di daratan.

Beliau mengatakan bahawa sebagaimana waktu Maghrib berbeza dari satu tempat berbanding tempat yang lain disebabkan oleh perbezaan kedudukan tempat tersebut (garis lintang dsb) di atas muka bumi, begitu juga waktu Maghrib berbeza berdasarkan ketinggian. Kemungkinan waktu Maghrib sudah masuk bagi penduduk satu-satu bandar , tetapi bagi penduduk yang tinggal di tempat tinggi di bandar yang sama masih lagi dapat melihat cahaya matahari dengan jelas.

Inilah juga fatwa Ibnu Abidin, salah seorang ulama’ mazhab Hanafi: “Sesiapa yang tinggal di kawasan yang tinggi seperti menara Iskandariah, beliau tidak boleh berbuka selagi tidak tenggelam matahari di tempatnya, manakala bagi penduduk negeri tersebut boleh berbuka jika matahari telah tenggelam di tempat mereka. Begitulah juga halnya dengan terbit matahari bagi sahur dan solat Subuh.”

Bilakah malam Lailatul Qadr?

Dr. Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa tidak ada pendapat yang pasti di dalam menentukan bilakah malam lailatul qadr. Al-Hafiz Ibnu Hajar mengatakan bahawa terdapat 46 pendapat ulama’ di dalam masalah ini.

Apa yang pasti ia adalah pada 10 malam yang terakhir dari bulan Ramadhan. Pendapat yang kuat adalah ia pada salah satu dari malam-malam ganjil dan kemungkinan tidak sama di antara satu tahun ke satu tahun berikutnya.

Jika Ramadhan tahun itu 30 hari, maknanya 10 malam terakhir itu bermula dari malam ke 21. Jika Ramadhan tahun itu 29 hari, maknanya 10 malam terakhir itu bermula dari malam ke 20.

Bolehkah zakat fitrah dikeluarkan di awal bulan Ramadhan (bukan sebelum solat Aidil Fitri seperti yang diamalkan oleh sebahagian umat Islam)?

Dr. Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan Imam Syafie di dalam masalah ini. Imam Syafie berkata: “Harus dikeluarkan zakat bermula dari awal bulan Ramadhan kerana illah (sebab) kewajipan zakat adalah puasa dan berbuka.”

Dr. Yusof al-Qardhawi juga menambah bahawa masyarakat pada hari ini jauh lebih luas dan lebih rumit dari masyarakat di zaman Rasulullah s.aw. Ditambah pula jika zakat itu dikutip dan diagihkan oleh badan kerajaan atau mana-mana badan swasta, sudah tentulah ia memerlukan masa untuk menguruskan pengagihannya agar ia betul-betul dapat memenuhi keperluan si penerima zakat di hari Raya nanti.

Bolehkah wang menggantikan beras atau gandum di dalam zakat fitrah?

Imam Ahmad, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah tidak membenarkan beras atau gandum tersebut diganti dengan wang tunai. Dr. Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan Ibnu al-Munzir yang mengharuskannya.

Di antara hujah yang diberikan oleh Dr. Yusof al-Qardhawi:

1. Rasulullah s.a.w. mewajibkan zakat fitrah dikeluarkan dalam bentuk tanaman kerana itu adalah yang termudah pada masa itu kerana wang pada zaman itu tidak banyak dimiliki oleh orang ramai

2. Wang akan berubah nilainya dari masa ke semasa sedangkan sukatan makanan lebih mudah untuk diukur

Dengan itu Dr. Yusof al-Qardhawi merumuskan bahawa bentuk pengeluaran zakat yang paling afdhal bergantung kepada yang manakah yang mudah dan lebih memenuhi keperluan penerima zakat. Apa yang jelas adalah wang lebih memenuhi keperluan penerima zakat kerana kerana wang bukan sahaja dapat memenuhi keperluannya kepada makanan sahaja sebaliknya boleh digunakan untuk membeli pakaian, keperluan Ramadhan dan keperluan hari raya.
Posted by Ustaz Muhammad Fauzi

Read more...

17 Ramadhan: Wasiat Terakhir Saidina Ali r.a.








Alhamdulillah kita sudah sampai ke pertengahan Ramadhan. Moga Allah menerima puasa dan qiam kita. Malam ini adalah malam ke 17 Ramadhan. Rasanya tidak ramai yang tahu bahawa selain dari peristiwa perang Badar, ada satu lagi peristiwa penting di dalam sejarah Islam yang berlaku pada 17 Ramadhan. Peristiwa tersebut adalah peristiwa kematian Saidina Ali r.a., Khalifah keempat setelah dibunuh di dalam satu pengkhianatan oleh Ibnu Muljam. Peristiwa ini berlaku di Kufah, ibu negara Islam pada masa itu.

Ketika Saidina Ali r.a. sedang nazak kesakitan, beliau memperbanyakkan membaca zikir ‘la ilaha ilallah’. Di hujung hayatnya, beliau telah memberikan wasiat kepada anak-anaknya, Hasan dan Husain r.a. Wasiat tersebut telah di tulis oleh mereka.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ini adalah wasiat Ali bin Abu Talib. Dia nak saksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah. Tiada sekutu bagiNya. Dan bahawa Muhammad adalah hambaNya dan rasulNya. Allah mengutuskannya dengan hidayah dan agama yang benar agar agama ini menang ke atas semua agama walau pun dibenci oleh orang-orang musyrik.

“Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal pertama.” (Al-An’am: 162-163)

Aku mewasiatkan kamu wahai Hasan, semua anak-anakku dan sesiapa sahaja yang sampai kepadanya wasiatku ini agar bertakwa kepada Allah, Tuhan kamu. Jangan sekali-kali kamu mati kecuali kamu Islam. Berpeganglah kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Sesungguhnya aku mendengar Abu al-Qasim s.a.w. bersabda: “Hubungan manusia yang baik itu lebih baik dari solat dan puasa keseluruhannya.”

Lihatlah saudara mara kamu dan hubungkan diri kamu dengan mereka agar Allah meringankan hisabNya ke atas kamu. Demi Allah, Allah bersama anak-anak yatim. Jangan biarkan mereka lapar dan jangan cuaikan mereka. Demi Allah, Allah bersama jiran kamu. Sesungguhnya itu adalah wasiat Nabi kamu. Nabi s.a.w. terus menerus memberikan wasiat (agar berbuat baik terhadap jiran) sehingga kami menyangka bahawa jiran akan mewarisi harta. Demi Allah, Allah bersama al-Quran. Jangan orang lain mendahului kamu di dalam mengamalkan al-Quran. Demi Allah, Allah bersama solat. Sesungguhnya solat adalah tiang agama kamu. Demi Allah, Allah bersama rumah Tuhan kamu. Jangan kamu asingkan diri dari rumah Allah selagi kamu masih hidup. Sesungguhnya rumah Allah jika ditinggalkan kamu tidak akan dipandang. Demi Allah, Allah bersama bulan Ramadhan. Sesungguhnya puasa di bulan Ramadhan adalah pelindung dari neraka. Demi Allah, Allah bersama jihad di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Demi Allah, Allah bersama zakat. Sesungguhnya zakat memadamkan kemurkaan Tuhan. Demi Allah, Allah bersama umat di bawah tanggungan Nabi kamu. Jangan kami menzalimi mereka di hadapan kamu. Demi Allah, Allah bersama sahabat Nabi kamu. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kamu agar berbuat baik terhadap mereka. Demi Allah, Allah bersama golongan fakir miskin. Sertakan mereka di dalam kehidupan kamu. Demi Allah, Allah bersama hamba-hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya perkara terakhir yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah: “Aku berpesan terhadap kamu agar berbuat baik terhadap dua golongan yang lemah; isteri-isteri kamu dan hamba-hamba yang kamu miliki.”

Jagalah solat. Jagalah solat. Jangan kamu takut celaan orang yang mencela dalam menjalankan agama Allah. Cukup Allah bagi kamu untuk melindungi kamu dari orang-orang yang ingin berbuat jahat terhadap kamu dan melakukan perlampauan ke atas kamu. Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah ke atas kamu. Jangan tinggalkan amar makruf dan nahi mungkar. Jika kamu tinggalkan, orang-orang jahat akan menjadi pemimpin kamu dan ketika itu jika kamu berdoa, Allah tidak akan makbulkan.

Hendaklah kamu saling berhubungan dan bekerjasama. Jauhi dari khianat dan berpecah belah. Tolong-menolonglah di dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa. Jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat pedih azabNya. Moga-moga Allah memelihara ahli keluarga Nabi dan memelihara Nabi kamu. Aku tinggalkan kamu dan mendoakan kesejahteraan ke atas kamu. Moga-moga Allah akan merahmati kamu.

Selepas wasiat ini, Saidina Ali r.a. tidak mengucapkan kalimah lain selain ‘la ilaha ilallah’. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beliau membaca firman Allah:

“maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Az-Zalzalah: 7-8)
Posted by Ustaz Muhammad Fauzi

Read more...

A RAMADHAN LETTER TO OSAMA BIN LADEN






A RAMADHAN LETTER TO OSAMA BIN LADEN

Sheikh Salman b. Fahd al-Oadah, the general supervisor of IslamToday.net, delivered the following address to Osama bin Laden live on NBC television on 14 September, 2007, which corresponds to the second say of Ramadan in Saudi Arabia:

Brother Osama:
How much blood has been spilled?

How many innocent children, women, and old people have been killed, maimed, and expelled from their homes in the name of “al-Qaeda”?

Are you happy to meet Allah with this heavy burden on your shoulders?

It is a weighty burden indeed – at least hundreds of thousands of innocent people, if not millions. How could you wish for that? – after knowing that Allah’s Messenger said: “Whoever as much as kills a sparrow in vain will find it crying before Allah on the Day of Judgment: ‘My Lord! That person killed me in vain.


He did not kill me for needful sustenance.” This religion of ours comes to defense of the life of a sparrow. It can never accept the murder of innocent people, regardless of what supposed justification is given for it. Didn’t you read where the Prophet (peace be upon him) said: “One of the prophets once sat under a tree and was bitten by an ant. Because of this, he burnt the ant’s nest.


Thereupon, Allah inspired to him: ‘Why not only the one ant?’ ” [Sahîh Muslim] Allah revealed to that prophet: “What? Just because one ant had bitten you, you have set fire to an entire nation that extols Allah’s glory!” [Sahîh Muslim (2241)] If this is the case for a nest of ants, consider how much worse it must be to visit harm upon human beings. Who is responsible for all of those young Muslim, who are still in the bloom of their youth, with all the zeal of their age, who have strayed down a path they have no idea where it is headed? The image of Islam today is tarnished. People around the world are saying how Islam teaches that those who do not accept it must be killed.


They are also saying that the adherents of Salafi teachings kill Muslims who do not share their views. However, the reality of Islam is that our Prophet (peace be upon him) did not kill the treacherous hypocrites in his midst, even though Allah had revealed to him who they were and informed him that they were destined for the deepest depths of Hell. Why did he stay his hand? He gave the following reason: “I will not have people saying that Muhammad kills his companions.” Brother Osama, what happened on September 11 – crimes that we have condemned vociferously since that very day – was the murder of a few thousand people, possible a little less than three thousand. This is the number that dies in the airplanes as well as in the towers.



By contrast, Muslim preachers – who remain unknown and unsung – have succeeded in guiding hundreds of thousands of people to Islam, people who have ever since been guided by the light of faith and whose hearts are filled with the love of Allah. Isn’t the difference between one who kills and one who guides obvious? Our Lord tells us: “Whosoever kills a human being for other than manslaughter or corruption in the Earth, it shall be as if he had killed all mankind, and whoso saves the life of one, it shall be as if he had saved the lives of all mankind.” [Sûrah al-Mâ’idah: 32] Guiding one soul to knowledge and faith is a momentous achievement. It is what will earn us great blessings.


Brother Osama, what is to be gained from the destruction of entire nations – which is what we are witnessing in Afghanistan and Iraq – seeing them torn them with plague and famine? What is to be gained from undermining their stability and every hope of a normal life? Three million refugees are packing into Syria and Jordan alone, not to mention those who are fleeing to the East and the West. The nightmare of civil war which now reigns supreme in Afghanistan and Iraq brings no joy to the Muslims. When the Prophet (peace be upon him) heard about a man named Harb (meaning “war” in Arabic), he promptly changed his name to something else, because the Prophet hated war. Allah says: “Fighting is prescribed for you, though you detest it.” [Sûrah al-Baqarah: 216] War is something hateful that must only be resorted to under the most dire and compelling of circumstances when no other way is found.




Who stands to benefit from turning a country like Morocco, Algeria, Lebanon, or Saudi Arabia – or any other country for that matter – into a battlefield where no one feels safe? Is the goal to obstruct the government? Is that, then, the solution for anything? Is this the plan – even if it is achieved by marching over the corpses of hundreds of thousands of people – police, soldiers, and civilians, even the common Muslims? Are their deaths to be shrugged off, saying: “They will be resurrected in the Hereafter based on the state of their hearts.” Indeed, all of those who are slain will be resurrected based on the state of their hearts. The question we must ask ourselves, however, is in what state are we going to be resurrected? How are we going to find ourselves when we meet our Lord? How will it be for someone who has all those countless deaths weighing down upon him, whether he wants to own up to them or not?


The concern for conveying Islam’s message to humanity is one that can influence others and convince them. This is a far greater and far weightier concern than that of using brute force and violence to bend others to one’s will. “Allah sent His Messenger (peace be upon him) as a guide for humanity, not as a tax collector.” as `Umar b. `Abd al-`Azîz used to say. Who is responsible – brother Osama – for promoting the culture of excommunication which has torn families asunder and has led to sons calling their fathers infidels? Who is responsible for fostering a culture of violence and murder that has led to people to shed the blood of their relatives in cold blood, rather than nurturing the spirit of love and tranquility that a Muslim family is supposed to have? Who is responsible for the young men who leave their mothers crying; who abandon their wives; whose small children wake up every day asking when daddy is coming home? What answer can be given, when that father may very well be dead, or missing with no one knowing of his fate? Who is responsible for Western governments pursuing every charitable project in the world, so that the orphans, the poor, and the needy throughout the globe are deprived of food, education, and other essential needs? Who is responsible – brother Osama – for filling the prisons of the Muslim world with our youth, a situation which will only breed more extremism, violence, and murder in our societies?


Muhammad (peace be upon him) – my source of guidance as well as yours – is what he came with not enough for you? He was sent as a mercy for all humanity. Allah says: “And We sent you merely as a mercy for all humanity.” [Sûrah al-Anbiyâ’: 107] The word “mercy” is not to be found in the lexicon of war. Where is the mercy in murdering people? Where is the mercy in bombing places? Where is the mercy in making people and places into targets? Where is the mercy in turning many Muslim countries into battlefields? The Prophet (peace be upon him) brought all of Arabia under his sway without a single slaughter, despite all of the battles that were waged against him. The number of people who were killed during the twenty-three years of his mission were less than two hundred people.


The Muslims who were killed during that time by their enemies were many times in excess of that number. What do a hundred people in Algeria, or double that number in Lebanon, or likewise in Saudi Arabia hope to achieve by carrying out acts of violence – or as they say, suicide attacks? These acts are futile. Let us say – purely hypothetically – that these people manage to take power somewhere in the world. What then? What can people who have no life experience hope to achieve in the sphere of good governance? People who have no knowledge of Islamic law to support them and no understanding of domestic and foreign relations? Is Islam only about guns and ammunition? Have your means become the ends themselves? That ideology that so many young people have embraced in many parts of the world, is it revelation from Allah that cannot be questioned or reconsidered? Or is it merely a product of human effort that is subject to error and to being corrected? Many of your brethren in Egypt, Algeria and elsewhere have come to see the end of the road for that ideology.


They realize how destructive and dangerous it is. They have also found the courage to proclaim in their writings and on the air that they were mistaken and that the path they had been on was the path of error. They admit that it cannot lead to anything good. They have sought Allah’s forgiveness for what has passed and have expressed their sincere regrets for what they had done. Those with brave hearts need just as much to have courageous minds. Do you not hear the voices of the pious scholars, those who worship Allah day and night and are truly heedful of Allah – don’t you hear them crying out with the very same words that the Prophet (peace be upon him) used when Khâlid b. al-Walîd, the commander-in-chief of his army, acted in error: “O Allah! I plead my innocence to You from what Khâlid has done.” These same words still echo after 1400 years in the cries of the scholars of Islam: “O Allah! I plead my innocence to You from what Osama is doing, and from those who affiliate themselves to his name or work under his banner.” Life, Osama, should not be a single lesson. We must face numerous lessons throughout our lives, and these lessons are of a great variety.


I am no different than that of a lot of other people who are concerned with Muslim affairs. My heart pains me when I think of the number of young people who had so much potential – who would have made such great and original contributions to society, who had so much to offer that was constructive and positive – who have been turned into living bombs. Here is the vital question that you need to ask yourself and that others have the right to demand and answer for: What have all these long years of suffering, tragedy, tears, and sacrifice actually achieved? I ask Allah to bring everyone together upon the truth and right guidance. I pray that he guides us all to what pleases Him. –



Salman b. Fahd al-Oadah


To contact the Press Office of Sheikh Salman al-Oadah, dial:
(+966) 55-122-2632 Or

Read more...

KISAH KAUM NABI LUTH



KISAH KAUM NABI LUTH لو ط

Kaum Nabi Luth a.s. adalah diantara kaum-kaum terdahulu yang terkenal dalam
sejarah dunia, kerana mereka bergelumang dengan aktiviti hubungan jenis yang ganjil lagi keji. Mereka
akhirnya telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana yang amat dahsyat. Kejadian ini dianggarkan
berlaku kira-kira tahun 1800 SM(1).
Nabi Luth a.s. telah diutuskan oleh Allah kepada satu kaum yang mendiami di sekitar Kota Sadum,
iaitu terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Palestin, Jordan. Hampir keseluruhan kaum ini
mengamalkan gaya hidup songsang. Iaitu melakukan hubungan kelamin sesama lelaki dan
meninggalkan perempuan. Kelakuan ini adalah suatu penyelewengan fitrah yang amat buruk.

Bagi memberi pengiktibaran dan petunjuk kepada umat manusia, Allah s.w.t. telah memberi peringatan
berulang kali tentang balasan buruk ke atas kaum Nabi Luth ini. Iaitu menerusi 82 Ayat dalam 14
Surah. Antaranya ialah 16 Ayat dalam surah Asy-Syu`ara iaitu ayat:160-175.

Dalam ayat:160-164, Allah mengisahkan langkah dakwah Nabi Luth menyeru kaumnya supaya
mematuhi perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya. Nabi Luth mengecam kelakuan dan perbuatan
mereka yang keji khususnya amalan liwat atau homoseksual.
Seterusnya dalam ayat:165-168, Allah s.w.t. merakamkan sebahagian dialog antara Nabi Luth dan
kaumnya.
Maksud ayat-ayat ini:
(165 ) “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia;
(166) “Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan
hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah)
bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)”!
(167) Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Luth (daripada mencaci
dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!”
(168) Nabi Luth berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu
yang keji itu”.
Bagaimanapun Kaum Luth bukan sahaja menolak dakwah Nabi itu malahan mengugut untuk
mengusirnya dari negeri Sadum. Akhirnya Nabi Luth bertawajjuh kepada Allah memohon supaya
menyelamatkannya beserta keluarga dari kebinasaan yang akan ditimpa ke atas kaumnya. Lalu Allah
menerima doanya itu dan membinasakan kota Sadum.
Kemudian ayat-ayat seterusnya menggambarkan balasan Tuhan terhadap Kaum Nabi Luth,
sebagaimana maksud ayat:172-173:
(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)
(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya
hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
Balasan azab Allah ini juga disebut, dalam beberapa ayat yang lain. Antaranya ayat:34 surah
Al-‘Ankabut yang menerangkan tentang kedatangan utusan Allah iaitu malaikat-malaikat untuk
membinasakan penduduk Sadum. Firman Allah maksudnya: “Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk
menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan
(kufur dan maksiat)”.
Maksud ayat ini menggambarkan pemandangan kebinasaan yang menimpa negeri itu dan penduduknya
kecuali Luth dan keluarganya yang beriman sahaja. Besar kemungkinan peristiwa ini ialah peristiwa
ledakan gunung berapi yang telah menunggang balik negeri itu dan menurunkan hujan batu semasa
ledakan gunung-gunung berapi ini(2).
Kesan-kesan kemusnahan khususnya di Tasik Nabi Luth atau dikenali sebagai Laut Mati itu masih
kekal hingga ke hari ini dan menjadi bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang merenunginya di
sepanjang abad, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam ayat:35 surah Al-‘Ankabut maksudnya:
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya
sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya”.
Inilah untung nasib kesudahan yang tabi’i bagi generasi manusia yang keji dan rosak akhlak. Mereka
tidak lagi layak hidup untuk melahirkan keturunan. Mereka hanya layak disapu bersih dan dihancurkan.

rujukan
1 Harun Yahya, Kaum-Kaum Yang Pupus, Trj: Rozalli Hashim, Kuala Lumpur, Saba Islamic Media, 2004, m/s:52.
2 Asy-Syahid Sayyid Qutb, Tafsir Fi Zilalil Qur’an, Jilid:12, m/s:394.




Read more...

PUASA MENURUT AL-QURAN



PUASA MENURUT AL-QURAN

Al-Quran menggunakan kata shiyam sebanyak delapan kali, kesemuanya dalam arti puasa menurut pengertian hukum syariat. Sekali Al-Quran juga menggunakan kata shaum, tetapi maknanya adalah menahan diri untuk tidak bebicara:

Sesungguhnya Aku bernazar puasa (shauman), maka hari ini aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun (QS Maryam [19]: 26).

Demikian ucapan Maryam a.s. yang diajarkan oleh malaikat Jibril ketika ada yang mempertanyakan tentang kelahiran anaknya (Isa a.s.). Kata ini juga terdapat masing-masing sekali dalam bentuk perintah berpuasa di bulan Ramadhan, sekali dalam bentuk kata kerja yang menyatakan bahwa "berpuasa adalah baik untuk kamu", dan sekali menunjuk kepada pelaku-pelaku puasa pria dan wanita, yaitu ash-shaimin wash-shaimat.

Kata-kata yang beraneka bentuk itu, kesemuanya terambil dari akar kata yang sama yakni sha-wa-ma yang dari segi bahasa maknanya berkisar pada "menahan" dan "berhenti atau "tidak bergerak". Kuda yang berhenti berjalan dinamai faras shaim. Manusia yang berupaya menahan diri dari satu aktivitas --apa pun aktivitas itu-- dinamai shaim (berpuasa). Pengertian kebahasaan ini, dipersempit maknanya oleh hukum syariat, sehingga shiyam hanya digunakan untuk "menahan diri dar makan, minum, dan upaya mengeluarkan sperma dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari".

Kaum sufi, merujuk ke hakikat dan tujuan puasa, menambahkan kegiatan yang harus dibatasi selama melakukan puasa. Ini mencakup pembatasan atas seluruh anggota tubuh bahkan hati dan pikiran dari melakukan segala macam dosa. Betapa pun, shiyam atau shaum --bagi manusia-- pada hakikatnya adalah menahan atau mengendalikan diri. Karena itu pula puasa dipersamakan dengan sikap sabar, baik dari segi pengertian bahasa (keduanya berarti menahan diri) maupun esensi kesabaran dan puasa.

Hadis qudsi yang menyatakan antara lain bahwa, "Puasa untuk-Ku, dan Aku yang memberinya ganjaran" dipersamakan oleh banyak ulama dengan firman-Nya dalam surat Az-Zumar (39): 10.

Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas. Orang sabar yang dimaksud di sini adalah orang yang berpuasa.

Ada beberapa macam puasa dalam pengertian syariat/hukum sebagaimana disinggung di atas.

Puasa wajib pada bulan Ramadhan.
Puasa kaffarat, akibat pelanggaran, atau semacamnya.
Puasa sunnah.
PUASA RAMADHAN

Uraian Al-Quran tentang puasa Ramadhan, ditemukan dalam surat Al-Baqarah (2): 183, 184, 185, dan 187. Ini berarti bahwa puasa Ramadhan baru diwajibkan setelah Nabi Saw. tiba di Madinah, karena ulama Al-Quran sepakat bahwa surat Al-Baqarah turun di Madinah. Para sejarawan menyatakan bahwa kewajiban melaksanakan puasa Ramadhan ditetapkan Allah pada 10 Sya'ban tahun kedua Hijrah. Apakah kewajiban itu langsung ditetapkan oleh Al-Quran selama sebutan penuh, ataukah bertahap? Kalau melihat sikap Al-Quran yang seringkali melakukan penahapan dalam perintah- perintahnya, maka agaknya kewajiban berpuasa pun dapat dikatakan demikian. Ayat 184 yang menyatakan ayyaman ma'dudat (beberapa hari tertentu) dipahami oleh sementara ulama sebagai tiga hari dalam sebutan yang merupakan tahap awal dari kewajiban berpuasa. Hari-hari tersebut kemudian diperpanjang dengan turunnya ayat 185:

Barangsiapa di antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) pada bulan itu (Ramadhan), maka hendaklah ia berpuasa (selama bulan itu), dan siapa yang sakit atau dalam perjalanan, maka wajib baginya berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkannya.

Pemahaman semacam ini menjadikan ayat-ayat puasa Ramadhan terputus-putus tidak menjadi satu kesatuan. Merujuk kepada ketiga ayat puasa Ramadhan sebagai satu kesatuan, penulis lebih cenderung mendukung pendapat ulama yang menyatakan bahwa Al-Quran mewajibkannya tanpa penahapan. Memang, tidak mustahil bahwa Nabi dan sahabatnya telah melakukan puasa sunnah sebelumnya. Namun itu bukan kewajiban dari Al-Quran, apalagi tidak ditemukan satu ayat pun yang berbicara tentang puasa sunnah tertentu.

Uraian Al-Quran tentang kewajiban puasa di bulan Ramadhan, dimulai dengan satu pendahuluan yang mendorong umat islam untuk melaksanakannya dengan baik, tanpa sedikit kekesalan pun.

Perhatikan surat Al-Baqarah (2): 185. ia dimulai dengan panggilan mesra, "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa." Di sini tidak dijelaskan siapa yang mewajibkan, belum juga dijelaskan berapa kewajiban puasa itu, tetapi terlebih dahulu dikemukakan bahwa, "sebagaimana diwajibkan terhadap umat-umat sebelum kamu." Jika demikian, maka wajar pula jika umat Islam melaksanakannya, apalagi tujuan puasa tersebut adalah untuk kepentingan yang berpuasa sendiri yakni "agar kamu bertakwa (terhindar dari siksa)."

Kemudian Al-Quran dalam surat A1-Baqarah (2): 186 menjelaskan bahwa kewajiban itu bukannya sepanjang tahun, tetapi hanya "beberapa hari tertentu," itu pun hanya diwajibkan bagi yang berada di kampung halaman tempat tinggalnya, dan dalam keadaan sehat, sehingga "barangsiapa sakit atau dalam perjalanan," maka dia (boleh) tidak berpuasa dan menghitung berapa hari ia tidak berpuasa untuk digantikannya pada hari-hari yang lain. "Sedang yang merasa sangat berat berpuasa, maka (sebagai gantinya) dia harus membayar fidyah, yaitu memberi makan seorang miskin." Penjelasan di atas ditutup dengan pernyataan bahwa "berpuasa adalah baik."

Setelah itu disusul dengan penjelasan tentang keistimewaan bulan Ramadhan, dan dari sini datang perintah-Nya untuk berpuasa pada bulan tersebut, tetapi kembali diingatkan bahwa orang yang sakit dan dalam perjalanan (boleh) tidak berpuasa dengan memberikan penegasan mengenai peraturan berpuasa sebagaimana disebut sebelumnya. Ayat tentang kewajiban puasa Ramadhan ditutup dengan "Allah menghendaki kemudahdn untuk kamu bukan kesulitan," lalu diakhiri dengan perintah bertakbir dan bersyukur. Ayat 186 tidak berbicara tentang puasa, tetapi tentang doa. Penempatan uraian tentang doa atau penyisipannya dalam uraian Al-Quran tentang puasa tentu mempunyai rahasia tersendiri. Agaknya ia mengisyaratkan bahwa berdoa di bu1an Ramadhan merupakan ibadah yang sangat dianjurkan, dan karena itu ayat tersebut menegaskan bahwa "Allah dekat kepada hamba-hamba-Nya dan menerima doa siapa yang berdoa."

Selanjutnya ayat 187 antara lain menyangkut izin melakukan hubungan seks di malam Ramadhan, di samping penjelasan tentang lamanya puasa yang harus dikerjakan, yakni dari terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

Banyak informasi dan tuntunan yang dapat ditarik dari ayat-ayat di atas berkaitan dengan hukum maupun tujuan puasa. Berikut akan dikemukan sekelumit baik yang berkaitan dengan hukum maupun hikmahnya, dengan menggarisbawahi kata atau kalimat dari ayat-ayat puasa di atas.

BEBERAPA ASPEK HUKUM BERKAITAN DENGAN PUASA

a. Faman kana minkum maridha (Siapa di antara kamu yang menderita sakit)

Maridh berarti sakit. Penyakit dalam kaitannya dengan berpuasa secara garis besar dapat dibagi dua:

Penderita tidak dapat berpuasa; dalam hal ini ia wajib berbuka; dan
Penderita dapat berpuasa, tetapi dengan mendapat kesulitan atau keterlambatan penyembuhan, maka ia dianjurkan tidak berpuasa.
Sebagian ulama menyatakan bahwa penyakit apa pun yang diderita oleh seseorang, membolehkannya untuk berbuka. Ulama besar ibnu Sirin, pernah ditemui makan di siang hari bukan Ramadhan, dengan alasan jari telunjuknya sakit. Betapa pun, harus dicatat, bahwa Al-Quran tidak merinci persolan ini. Teks ayat mencakup pemahaman ibnu Sirin tersebut. Namun demikian agaknya kita dapat berkata bahwa Allah Swt. sengaja memilih redaksi demikian, guna menyerahkan kepada nurani manusia masing-masing untuk menentukan sendiri apakah ia berpuasa atau tidak. Di sisi lain harus diingat bahwa orang yang tidak berpuasa dengan alasan sakit atau dalam perjalanan tetap harus menggantikan hari-hari ketika ia tidak berpuasa dalam kesempatan yang lain.

b. Aw'ala safarin (atau dalam perjalanan)

Ulama-ulama berbeda pendapat tentang bolehnya berbuka puasa bagi orang yang sedang musafir. Perbedaan tersebut berkaitan dengan jarak perjalanan. Secara umum dapat dikatakan bahwa jarak perjalanan tersebut sekitar 90 kilometer, tetapi ada juga yang tidak menetapkan jarak tertentu, sehingga seberapa pun jarak yang ditempuh selama dinamai safar atau perjalanan, maka hal itu merupakan izin untuk memperoleh kemudahan (rukhshah).

Perbedaan lain berkaitan dengan 'illat (sebab) izin ini. Apakah karena adanya unsur safar (perjalanan) atau unsur keletihan akibat perjalanan. Di sini, dipermasalahkan misalnya jarak antara Jakarta-Yogya yang ditempuh dengan pesawat kurang dari satu jam, serta tidak meletihkan, apakah ini dapat dijadikan alasan untuk berbuka atau meng-qashar shalat atau tidak. Ini antara lain berpulang kepada tinjauan sebab izin ini.

Selanjutnya mereka juga memperselisihkan tujuan perjalanan yang membolehkan berbuka (demikian juga qashar dan menjamak shalat). Apakah perjalanan tersebut harus bertujuan dalam kerangka ketaatan kepada Allah, misalnya perjalanan haji, silaturahmi, belajar, atau termasuk juga perjalanan bisnis dan mubah (yang dibolehkan) seperti wisata dan sebagainya? Agaknya alasan yang memasukkan hal-hal di atas sebagai membolehkan berbuka, lebih kuat, kecuali jika perjalanan tersebut untuk perbuatan maksiat, maka tentu yang bersangkutan tidak memperoleh izin untuk berbuka dan atau menjamak shalatnya. Bagaimana mungkin orang yang durhaka memperoleh rahmat kemudahan dari Allah Swt.?

Juga diperselisihkan apakah yang lebih utama bagi seorang musafir, berpuasa atau berbuka? Imam Malik dan imam Syafi'i menilai bahwa berpuasa lebih utama dan lebih baik bagi yang mampu, tetapi sebagian besar ulama bermazhab Maliki dan Syafi'i menilai bahwa hal ini sebaiknya diserahkan kepada masing-masing pribadi, dalam arti apa pun pilihannya, maka itulah yang lebih baik dan utama. Pendapat ini dikuatkan oleh sebuah riwayat dari imam Bukhari dan Muslim melalui Anas bin Malik yang menyatakan bahwa, "Kami berada dalam perjalanan di bulan Ramadhan, ada yang berpuasa dan adapula yang tidak berpuasa. Nabi tidak mencela yang berpuasa, dan tidak juga (mereka) yang tidak berpuasa."

Memang ada juga ulama yang beranggapan bahwa berpuasa lebih baik bagi orang yang mampu. Tetapi, sebaliknya, ada pula yang menilai bahwa berbuka lebih baik dengan alasan, ini adalah izin Allah. Tidak baik menolak izin dan seperti penegasan Al-Quran sendiri dalam konteks puasa, "Allah menghendaki kemudahan untuk kamu dan tidak menghendaki kesulitan."

Bahkan ulama-ulama Zhahiriyah dan Syi'ah mewajibkan berbuka, antara lain berdasar firman-Nya dalam lanjutan ayat di atas, yaitu:

c. Fa 'iddatun min ayyamin ukhar (sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari lain).

Ulama keempat mazhab Sunnah menyisipkan kalimat untuk meluruskan redaksi di atas, sehingga terjemahannya lebih kurang berbunyi, "Barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan (dan ia tidak berpuasa), maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari-hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain."

Kalimat "lalu ia tidak berpuasa" adalah sisipan yang oleh ulama perlu adanya, karena terdapat sekian banyak hadis yang membolehkan berpuasa dalam perjalanan, sehingga kewajiban mengganti itu, hanya ditujukan kepada para musafir dan orang yang sakit tetapi tidak berpuasa.

Sisipan semacam ini ditolak oleh ulama Syi'ah dan Zhahiriyah, sehingga dengan demikian --buat mereka-- menjadi wajib bagi orang yang sakit dan dalam perjalanan untuk tidak berpuasa, dan wajib pula menggantinya pada hari-hari yang lain seperti bunyi harfiah ayat di atas.

Apakah membayar puasa yang ditinggalkan itu harus berturut-turut? Ada sebuah hadis --tetapi dinilai lemah-- yang menyatakan demikian. Tetapi ada riwayat lain melalui Aisyah r.a. yang menginformasikan bahwa memang awalnya ada kata pada ayat puasa yang berbunyi mutatabi'at, yang maksudnya memerintahkan penggantian (qadha') itu harus dilakukan bersinambung tanpa sehari pun berbuka sampai selesainya jumlah yang diwajibkan. Tetapi kata mutatabi'at dalam fa 'iddatun min ayyamin ukhar mutatabi'at yang berarti berurut atau bersinambung itu, kemudian dihapus oleh Allah Swt. Sehingga akhirnya ayat tersebut tanpa kata ini, sebagaimana yang tercantum dalam Mushaf sekarang.

Meng-qadha' (mengganti) puasa, apakah harus segera, dalam arti harus dilakukannya pada awal Syawal, ataukah dapat ditangguhkan sampai sebelum datangnya Ramadhan berikut? Hanya segelintir kecil ulama yang mengharuskan sesegera mungkin, namun umumnya tidak mengharuskan ketergesaan itu, walaupun diakui bahwa semakin cepat semakin baik. Nah, bagaimana kalau Ramadhan berikutnya sudah berlalu, kemudian kita tidak sempat menggantinya, apakah ada kaffarat akibat keterlambatan itu? Imam Malik, Syafi'i, dan Ahmad, berpendapat bahwa di samping berpuasa, ia harus membayar kaffarat berupa memberi makan seorang miskin; sedangkan imam Abu Hanifah tidak mewajibkan kaffarat dengan alasan tidak dicakup oleh redaksi ayat di atas.

d. Wa 'alal ladzina yuthiqunahu fidyatun tha'amu miskin (Dan wajib bagi orang yang berat menjalankannya membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin) (QS Al-Baqarah [2]: 184).

Penggalan ayat ini diperselisihkan maknanya oleh banyak ulama tafsir. Ada yang berpendapat bahwa pada mulanya Allah Swt. memberi alternatif bagi orang yang wajib puasa, yakni berpuasa atau berbuka dengan membayar fidyah. Ada juga yang berpendapat bahwa ayat ini berbicara tentang para musafir dan orang sakit, yakni bagi kedua kelompok ini terdapat dua kemungkinan: musafir dan orang yang merasa berat untuk berpuasa, maka ketika itu dia harus berbuka; dan ada juga di antara mereka, yang pada hakikatnya mampu berpuasa, tetapi enggan karena kurang sehat dan atau dalam perjalanan, maka bagi mereka diperbolehkan untuk berbuka dengan syarat membayar fidyah.

Pendapat-pendapat di atas tidak populer di kalangan mayoritas ulama. Mayoritas memahami penggalan ini berbicara tentang orang-orang tua atau orang yang mempunyai pekerjaan yang sangat berat, sehingga puasa sangat memberatkannya, sedang ia tidak mempunyai sumber rezeki lain kecuali pekerjaan itu. Maka dalam kondisi semacam ini. mereka diperbolehkan untuk tidak berpuasa dengan syarat membayar fidyah. Demikian juga halnya terhadap orang yang sakit sehingga tidak dapat berpuasa, dan diduga tidak akan sembuh dari penyakitnya. Termasuk juga dalam pesan penggalan ayat di atas adalah wanita-wanita hamil dan atau menyusui. Dalam hal ini terdapat rincian sebagai berikut:

Wanita yang hamil dan menyusui wajib membayar fidyah dan mengganti puasanya di hari lain, seandainya yang mereka khawatirkan adalah janin atau anaknya yang sedang menyusui. Tetapi bila yang mereka khawatirkan diri mereka, maka mereka berbuka dan hanya wajib menggantinya di hari lain, tanpa harus membayar fidyah.

Fidyah dimaksud adalah memberi makan fakir/miskin setiap hari selama ia tidak berpuasa. Ada yang berpendapat sebanyak setengah sha' (gantang) atau kurang lebih 3,125 gram gandum atau kurma (makanan pokok). Ada juga yang menyatakan satu mud yakni sekitar lima perenam liter, dan ada lagi yang mengembalikan penentuan jumlahnya pada kebiasaan yang berlaku pada setiap masyarakat.

e. Uhilla lakum lailatash-shiyamir-rafatsu ila nisa'ikum (Dihalalkan kepada kamu pada malam Ramadhan bersebadan dengan istri-istrimu) (QS Al-Baqarah [2]: 187)

Ayat ini membolehkan hubungan seks (bersebadan) di malam hari bulan Ramadhan, dan ini berarti bahwa di siang hari Ramadhan, hubungan seks tidak dibenarkan. Termasuk dalam pengertian hubungan seks adalah "mengeluarkan sperma" dengan cara apa pun. Karena itu walaupun ayat ini tak melarang ciuman, atau pelukan antar suami-istri, namun para ulama mengingatkan bahwa hal tersebut bersifat makruh, khususnya bagi yang tidak dapat menahan diri, karena dapat mengakibatkan keluarnya sperma. Menurut istri Nabi, Aisyah r.a., Nabi Saw. pernah mencium istrinya saat berpuasa. Nah, bagi yang mencium atau apa pun selain berhubungan seks, kemudian ternyata "basah", maka puasanya batal; ia harus menggantinya pada hari lain. Tetapi mayoritas ulama tidak mewajibkan yang bersangkutan membayar kaffarat, kecuali jika ia melakukan hubungan seks (di siang hari), dan kaffaratnya dalam hal ini berdasarkan hadis Nabi adalah berpuasa dua bulan berturut-turut. Jika tidak mampu, maka ia harus memerdekakan hamba. Jika tidak mampu juga, maka ia harus memberi makan enam puluh orang miskin.

Bagi yang melakukan hubungan seks di malam hari, tidak harus mandi sebelum terbitnya fajar. Ia hanya berkewajiban mandi sebelum terbitnya matahari --paling tidak dalam batas waktu yang memungkinkan ia shalat subuh dalam keadaan suci pada waktunya. Demikian pendapat mayoritas ulama.

f. Wakulu wasyrabu hatta yatabayyana lakumul khaith al-abyadhu minal khaithil aswadi minal fajr (Makan dan minumlah sampai terang bagimu benang putih dan benang hitam, yaitu fajar).

Ayat ini membolehkan seseorang untuk makan dan minum (juga melakukan hubungan seks) sampai terbitnya fajar.

Pada zaman Nabi, beberapa saat sebelum fajar, Bilal mengumandangkan azan, namun beliau mengingatkan bahwa bukan itu yang dimaksud dengan fajar yang mengakibatkan larangan di atas. Imsak yang diadakan hanya sebagai peringatan dan persiapan untuk tidak lagi melakukan aktivitas yang terlarang. Namun bila dilakukan, maka dari segi hukum masih dapat dipertanggungjawabkan selama fajar (waktu subuh belum masuk). Perlu dingatkan, bahwa hendaknya kita jangan terlalu mengandalkan azan, karena boleh jadi muazin mengumandangkan azannya setelah berlalu beberapa saat dari waktu subuh. Karena itu sangat beralasan untuk menghentikan aktivitas tersebut saat imsak.

g. Tsumma atimmush shiyama ilal lail (Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam).

Penggalan ayat ini datang setelah ada izin untuk makan dan minum sampai dengan datangnya fajar.

Puasa dimulai dengan terbitnya fajar, dan berakhir dengan datangnya malam. Persoalan yang juga diperbincangkan oleh para ulama adalah pengertian malam. Ada yang memahami kata malam dengan tenggelamnya matahari walaupun masih ada mega merah, dan ada juga yang memahami malam dengan hilangnya mega merah dan menyebarnya kegelapan. Pendapat pertama didukung oleh banyak hadis Nabi Saw., sedang pendapat kedua dikuatkan oleh pengertian kebahasaan dari lail yang diterjemahkan "malam". Kata lail berarti "sesuatu yang gelap" karenanya rambut yang berwarna hitam pun dinamai lail.

Pendapat pertama sejalan juga dengan anjuran Nabi Saw. untuk mempercepat berbuka puasa, dan memperlambat sahur pendapat kedua sejalan dengan sikap kehatian-hatian karena khawatir magrib sebenarnya belum masuk.

Demikian sedikit dari banyak aspek hukum yang dicakup oleh ayat-ayat yang berbicara tentang puasa Ramadhan.



TUJUAN BERPUASA

Secara jelas Al-Quran menyatakan bahwa tujuan puasa yang hendaknya diperjuangkan adalah untuk mencapai ketakwaan atau la'allakum tattaqun. Dalam rangka memahami tujuan tersebut agaknya perlu digarisbawahi beberapa penjelasan dari Nabi Saw. misalnya, "Banyak di antara orang yang berpuasa tidak memperoleh sesuatu daripuasanya, kecuali rasa lapar dan dahaga." Ini berarti bahwa menahan diri dari lapar dan dahaga bukan tujuan utama dari puasa. Ini dikuatkan pula dengan firman-Nya bahwa "Allah menghendaki untuk kamu kemudahan bukan kesulitan."

Di sisi lain, dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman, "Semua amal putra-putri Adam untuk dirinya, kecuali puasa. Puasa adalah untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjaran atasnya."

Ini berarti pula bahwa puasa merupakan satu ibadah yang unik. Tentu saja banyak segi keunikan puasa yang dapat dikemukakan, misalnya bahwa puasa merupakan rahasia antara Allah dan pelakunya sendiri. Bukankah manusia yang berpuasa dapat bersembunyi untuk minum dan makan? Bukankah sebagai insan, siapa pun yang berpuasa, memiliki keinginan untuk makan atau minum pada saat-saat tertentu dari siang hari puasa? Nah, kalau demikian, apa motivasinya menahan diri dan keinginan itu? Tentu bukan karena takut atau segan dari manusia, sebab jika demikian, dia dapat saja bersembunyi dari pandangan mereka. Di sini disimpulkan bahwa orang yang berpuasa, melakukannya demi karena Allah Swt. Demikian antara lain penjelasan sementara ulama tentang keunikan puasa dan makna hadis qudsi di atas.

Sementara pakar ada yang menegaskan bahwa puasa dilakukan manusia dengan berbagai motif, misalnya, protes, turut belasungkawa, penyucian diri, kesehatan, dan sebagai-nya. Tetapi seorang yang berpuasa Ramadhan dengan benar, sesuai dengan cara yang dituntut oleh Al-Quran, maka pastilah ia akan melakukannya karena Allah semata.

Di sini Anda boleh bertanya, "Bagaimana puasa yang demikian dapat mengantarkan manusia kepada takwa?" Untuk menjawabnya terlebih dahulu harus diketahui apa yang dimaksud dengan takwa.



PUASA DAN TAKWA

Takwa terambil dari akar kata yang bermakna menghindar, menjauhi, atau menjaga diri. Kalimat perintah ittaqullah secara harfiah berarti, "Hindarilah, jauhilah, atau jagalah dirimu dari Allah"

Makna ini tidak lurus bahkan mustahil dapat dilakukan makhluk. Bagaimana mungkin makhluk menghindarkan diri dari Allah atau menjauhi-Nya, sedangkan "Dia (Allah) bersama kamu di mana pun kamu berada." Karena itu perlu disisipkan kata atau kalimat untuk meluruskan maknanya. Misalnya kata siksa atau yang semakna dengannya, sehingga perintah bertakwa mengandung arti perintah untuk menghindarkan diri dari siksa Allah.

Sebagaimana kita ketahui, siksa Allah ada dua macam.

Siksa di dunia akibat pelanggaran terhadap hukum-hukum Tuhan yang ditetapkan-Nya berlaku di alam raya ini, seperti misalnya, "Makan berlebihan dapat menimbulkan penyakit," "Tidak mengendalikan diri dapat menjerumuskan kepada bencana", atau "Api panas, dan membakar", dan hukum-hukum alam dan masyarakat lainnya.
Siksa di akhirat, akibat pelanggaran terhadap hukum syariat, seperti tidak shalat, puasa, mencuri, melanggar hak-hak manusia, dan 1ain-lain yang dapat mengakibatkan siksa neraka.
Syaikh Muhammad Abduh menulis, "Menghindari siksa atau hukuman Allah, diperoleh dengan jalan menghindarkan diri dari segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat terwujud dengan rasa takut dari siksaan dan atau takut dari yang menyiksa (Allah Swt ). Rasa takut ini, pada mulanya timbul karena adanya siksaan, tetapi seharusnya ia timbul karena adanya Allah Swt. (yang menyiksa)."

Dengan demikian yang bertakwa adalah orang yang merasakan kehadiran Allah Swt. setiap saat, "bagaikan melihat-Nya atau kalau yang demikian tidak mampu dicapainya, maka paling tidak, menyadari bahwa Allah melihatnya," sebagaimana bunyi sebuah hadis.

Tentu banyak cara yang dapat dilakukan untuk mencapai hal tersebut, antara 1ain dengan jalan berpuasa. Puasa seperti yang dikemukakan di atas adalah satu ibadah yang unik. Keunikannya antara lain karena ia merupakan upaya manusia meneladani Allah Swt.



PUASA MENELADANI SIFAT-SIFAT ALLAH

Beragama menurut sementara pakar adalah upaya manusia meneladani sifat-sifat Allah, sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk. Nabi Saw. memerintahkan, "Takhallaqu bi akhlaq Allah" (Berakhlaklah (teladanilah) sifat-sifat Allah).

Di sisi lain, manusia mempunyai kebutuhan beraneka ragam, dan yang terpenting adalah kebutuhan fa'ali, yaitu makan, minum, dan hubungan seks. Allah Swt. memperkenalkan diri-Nya antara lain sebagai tidak mempunyai anak atau istri:

Bagaimana Dia memiliki anak, padahal Dia tidak memiliki istri? (QS Al-An'am [6]: 101)

Dan sesungguhnya Mahatinggi kebesaran Tuhan kami. Dia tidak beristri dan tidak pula beranak (QS Al-Jin [72]: 3).

Al-Quran juga memerintahkan Nabi Saw. untuk menyampaikan,

Apakah aku jadikan pelindung selain Allah yang menjadikan langit dan bumi padahal Dia memberi makan dan tidak diberi makan...? (QS Al-An'am [6]: 14).

Dengan berpuasa, manusia berupaya dalam tahap awal dan minimal mencontohi sifat-sifat tersebut. Tidak makan dan tidak minum, bahkan memberi makan orang lain (ketika berbuka puasa), dan tidak pula berhubungan seks, walaupun pasangan ada.

Tentu saja sifat-sifat Allah tidak terbatas pada ketiga hal itu, tetapi mencakup paling tidak sembilan puluh sembilan sifat yang kesemuanya harus diupayakan untuk diteladani sesuai dengan kemampuan dan kedudukan manusia sebagai makhluk ilahi. Misalnya Maha Pengasih dan Penyayang, Mahadamai, Mahakuat, Maha Mengetahui, dan lain-lain. Upaya peneladanan ini dapat mengantarkan manusia menghadirkan Tuhan dalam kesadarannya, dan bila hal itu berhasil dilakukan, maka takwa dalam pengertian di atas dapat pula dicapai.

Karena itu, nilai puasa ditentukan oleh kadar pencapaian kesadaran tersebut --bukan pada sisi lapar dan dahaga-- sehingga dari sini dapat dimengerti mengapa Nabi Saw. menyatakan bahwa, "Banyak orang yang berpuasa, tetapi tidak memperoleh dari puasanya kecuali rasa lapar dan dahaga."



PUASA UMAT TERDAHULU

Puasa telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu. Kama kutiba 'alal ladzina min qablikum (Sebagaimana diwajibkan atas (umat-umat) yang sebelum kamu). Dari segi ajaran agama, para ulama menyatakan bahwa semua agama samawi, sama dalam prinsip-prinsip pokok akidah, syariat, serta akhlaknya. Ini berarti bahwa semua agama samawi mengajarkan keesaan Allah, kenabian, dan keniscayaan hari kemudian. Shalat, puasa, zakat, dan berkunjung ke tempat tertentu sebagai pendekatan kepada Allah adalah prinsip-prinsip syariat yang dikenal dalam agama-agama samawi. Tentu saja cara dan kaifiatnya dapat berbeda, namun esensi dan tujuannya sama.

Kita dapat mempertanyakan mengapa puasa menjadi kewajiban bagi umat islam dan umat-umat terdahulu?

Manusia memiliki kebebasan bertindak memilih dan memilah aktivitasnya, termasuk dalam hal ini, makan, minum, dan berhubungan seks. Binatang --khususnya binatang-binatang tertentu-- tidak demikian. Nalurinya telah mengatur ketiga kebutuhan pokok itu, sehingga --misalnya-- ada waktu atau musim berhubungan seks bagi mereka. Itulah hikmah Ilahi demi memelihara kelangsungan hidup binatang yang bersangkutan, dan atau menghindarkannya dari kebinasaan.

Manusia sekali lagi tidak demikian. Kebebasan yang dimilikinya bila tidak terkendalikan dapat menghambat pelaksanaan fungsi dan peranan yang harus diembannya. Kenyataan menunjukkan bahwa orang-orang yang memenuhi syahwat perutnya melebihi kadar yang diperlukan, bukan saja menjadikannya tidak lagi menikmati makanan atau minuman itu, tetapi juga menyita aktivitas lainnya kalau enggan berkata menjadikannya lesu sepanjang hari.

Syahwat seksual juga demikian. Semakin dipenuhi semakin haus bagaikan penyakit eksim semakin digaruk semakin nyaman dan menuntut, tetapi tanpa disadari menimbulkan borok.

Potensi dan daya manusia --betapa pun besarnya-- memiliki keterbatasan, sehingga apabila aktivitasnya telah digunakan secara berlebihan ke arah tertentu --arah pemenuhan kebutuhan faali misalnya-- maka arah yang lain, --mental spiritual-- akan terabaikan. Nah, di sinilah diperlukannya pengendalian. Sebagaimana disinggung di atas, esensi puasa adalah menahan atau mengendalikan diri. Pengendalian ini diperlukan oleh manusia, baik secara individu maupun kelompok. Latihan dan pengendalian diri itulah esensi puasa.

Puasa dengan demikian dibutuhkan oleh semua manusia, kaya atau miskin, pandai atau bodoh, untuk kepentingan pribadi atau masyarakat. Tidak heran jika puasa telah dikenal oleh umat-umat sebelum umat Islam, sebagaimana diinformasikan oleh Al-Quran.

Dari penjelasan ini, kita dapat melangkah untuk menemukan salah satu jawaban tentang rahasia pemilihan bentuk redaksi pasif dalam menetapkan kewajiban puasa. Kutiba 'alaikumush shiyama (diwajibkan atas kamu puasa), tidak menyebut siapa yang mewajibkannya?

Bisa saja dikatakan bahwa pemilihan bentuk redaksi tersebut disebabkan karena yang mewajibkannya sedemikian jelas dalam hal ini adalah Allah Swt. Tetapi boleh jadi juga untuk mengisyaratkan bahwa seandainya pun bukan Allah yang mewajibkan puasa, maka manusia yang menyadari manfaat puasa, dan akan mewajibkannya atas dirinya sendiri. Terbukti motivasi berpuasa (tidak makan atau mengendalikan diri) yang selama ini dilakukan manusia, bukan semata-mata atas dorongan ajaran agama. Misalnya demi kesehatan, atau kecantikan tubuh, dan bukankah pula kepentingan pengendalian diri disadari oleh setiap makhluk yang berakal?

Di sisi lain bukankah Nabi Saw. bersabda, "Seandainya umatku mengetahui ( semua keistimewaan ) yang dikandung oleh Ramadhan, niscaya mereka mengharap seluruh bulan menjadi Ramadhan."

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Dalam rangkaian ayat-ayat yang berbicara tentang puasa, Allah menjelaskan bahwa Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan. Dan pada ayat lain dinyatakannya bahwa Al-Quran turun pada malam Qadar, Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada Lailat Al-Qadr.

Ini berarti bahwa di bulan Ramadhan terdapat malam Qadar itu, yang menurut Al-Quran lebih baik dari seribu bulan. Para malaikat dan Ruh (Jibril) silih berganti turun seizin Tuhan, dan kedamaian akan terasa hingga terbitnya fajar.

Di sisi lain --sebagaimana disinggung pada awal uraian-- bahwa dalam rangkaian ayat-ayat puasa Ramadhan, disisipkan ayat yang mengandung pesan tentang kedekatan Allah Swt. kepada hamba-hamba-Nya serta janji-Nya untuk mengabulkan doa --siapa pun yang dengan tulus berdoa.

Dari hadis-hadis Nabi diperoleh pula penjelasan tentang keistimewaan bulan suci ini. Namun seandainya tidak ada keistimewaan bagi Ramadhan kecuali Lailat Al-Qadr, maka hal itu pada hakikatnya telah cukup untuk membahagiakan manusia.

Read more...

HAKIKAT PUASA BULAN SYA’BAN

>> Sabtu, 1 September 2007




Allamah Habibur Rahman al-Kandahlawi

Terjemahan dan saringan: Muhammad Hanief Awang Yahaya

Rasulullah s.a.w. banyak berpuasa pada bulan Sya’ban sehingga kadang-kadang baginda menyambungkannya dengan puasa Ramadhan. Ada kalanya baginda berpuasa beberapa hari tanpa berbuka.

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا حَدَّثَتْهُ قَالَتْ لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ وَكَانَ يَقُولُ خُذُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا دُووِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّتْ وَكَانَ إِذَا صَلَّى صَلَاةً دَاوَمَ عَلَيْهَا

Rasulullah s.a.w. tidak pernah berpuasa lebih banyak pada mana-mana bulan seperti puasanya pada bulan Sya’ban, kadang-kadang baginda berpuasa seluruh bulan Sya’ban. Baginda bersabda: “Lakukan amalan mengikut kemampuan kamu kerana sesungguhnya Allah s.w.t. tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Dan baginda sering bersabda: “Amalan yang paling disukai Allah s.w.t. ialah apa yang sentiasa dilakukan oleh seseorang walaupun ianya sedikit. Apabila Rasulullah s.a.w. menunaikan satu sembahyang, baginda akan sentiasa mengerjakannya. (al-Bukhari dan Muslim)


عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ وَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِنْهُ صِيَامًا فِي شَعْبَانَ

Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman daripada ‘Aishah bahawa beliau berkata: Rasulullah s.a.w. sering berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak akan berbuka dan tidak berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak akan berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menggenapkan sebulan puasapun melainkan puasa Ramadhan dan saya tidak pernah melihat baginda banyak berpuasa pada satu bulan lebih daripada bulan Sya’ban. (Muwatta`, al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud(

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ إِلَّا شَعْبَانَ وَرَمَضَانَ

“Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali Sya’ban dan Ramadhan.” (al-Tirmizi)

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ إِلَّا أَنَّهُ كَانَ يَصِلُ شَعْبَانَ بِرَمَضَانَ

“Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali Sya’ban dan Ramadhan cumanya baginda menyambungkan kedua-dua bulan itu.” (al-Nasa`i(

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صام لِشَهْرٍ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ لِشَعْبَانَ كَانَ يَصُومُهُ أَوْ عَامَّتَهُ

Daripada Abu Salamah daripada ‘Aishah katanya: “Rasulullah s.a.w. tidak pernah puasa mana-mana bulan lebih banyak daripada berpuasa pada bulan Sya’ban dan baginda berpuasa keseluruhannya atau kebanyakannya.” (al-Nasa`i(

‘Aishah menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah berpuasa lebih banyak seperti bulan Sya’ban dan ada kalanya baginda menyambungkannya dengan puasa bulan Ramadhan. ‘Aishah juga menerangkan bahawa kebiasaan Rasulullah s.a.w. bila berpuasa sunnat kelihatan seperti baginda tidak akan berbuka dan bila tidak berpuasa kelihatan tidak akan berpuasa.

Anas menceritakan bahawa tidak ada bulan yang baginda berpuasa pada keseluruhan harinya dan tidak ada bulan yang baginda tidak berpuasa sama sekali. Inilah kebiasaan baginda sebagaimana yang disebutkan beberapa orang sahabat dalam riwayat-riwayat di atas.

‘Abdullah bin Syaqiq menjelaskan bahawa beliau bertanya kepada ‘Aishah tentang puasa Rasulullah s.a.w. lalu ‘Aishah menjawab:

كَانَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ صَامَ قَدْ صَامَ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ أَفْطَرَ قَدْ أَفْطَرَ قَالَتْ وَمَا رَأَيْتُهُ صَامَ شَهْرًا كَامِلًا مُنْذُ قَدِمَ الْمَدِينَةَ إِلَّا أَنْ يَكُونَ رَمَضَانَ

Baginda berpuasa (dengan banyaknya) sehingga kami mengatakan baginda akan terus berpuasa dan baginda tidak berpuasa sehingga kami mengatakan baginda akan terus tidak berpuasa. ‘Aishah berkata lagi, saya tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh sejak baginda datang berhijrah ke Madinah kecuali puasa itu pada bulan Ramadhan. (Muslim dan al-Nasa`i(

Ketika menghuraikan hadis ini, Imam al-Nawawi berkata:

فِي هَذِهِ الْأَحَادِيث أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ أَلَّا يُخْلِيَ شَهْرًا مِنْ صِيَام ، وَفِيهَا : أَنَّ صَوْم النَّفْل غَيْر مُخْتَصٍّ بِزَمَانٍ مُعَيَّنٍ ، بَلْ كُلّ السَّنَة صَالِحَة لَهُ إِلَّا رَمَضَانَ وَالْعِيدَ وَالتَّشْرِيقَ .

Dalam hadis-hadis ini, disunnatkan supaya tidak ada satupun bulan yang tidak ada puasa padanya dan dalam hadis ini juga menyatakan bahawa puasa sunnat itu tidak khusus dengan masa tertentu bahkan sepanjang tahun itu boleh berpuasa padanya kecuali bulan Ramadhan (kerana sudah wajib), hari raya dan hari-hari tasyriq.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَقِيقٍ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا كُلَّهُ قَالَتْ مَا عَلِمْتُهُ صَامَ شَهْرًا كُلَّهُ إِلَّا رَمَضَانَ وَلَا أَفْطَرَهُ كُلَّهُ حَتَّى يَصُومَ مِنْهُ حَتَّى مَضَى لِسَبِيلِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وفي رواية قَالَتْ وَاللَّهِ إِنْ صَامَ شَهْرًا مَعْلُومًا سِوَى رَمَضَانَ حَتَّى مَضَى لِوَجْهِهِ وَلَا أَفْطَرَهُ حَتَّى يُصِيبَ مِنْهُ

‘Abdullah bin Syaqiq berkata, saya bertanya kepada ‘Aishah, adakah Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan penuh. ‘Aishah menjawab, saya tidak tahu baginda berpuasa satu bulan penuh kecuali Ramadhan dan baginda tidak berada dalam keadaan tidak berpuasa melainkan ada berpuasa sebahagian daripadanya sehinggalah baginda kembali ke pangkuan Ilahi. Dalam riwayat yang lain disebutkan, ‘Aishah berkata: “Demi Allah baginda tidak berpuasa pada bulan tertentu selain Ramadhan sehingga baginda menemui Allah dan tidak berada dalam keadaan tidak berpuasa kecuali berpuasa pada sebahagian harinya.” (Muslim dan al-Nasa`i(

‘Abdullah bin ‘Abbas menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah berpuasa satu bulan berturut-turut sejak tiba di Madinah selain dari Ramadhan dan pada kebiasaannya apabila baginda berpuasa, baginda berada dalam keadaan berterusan berpuasa sehingga ada orang berkata, demi Allah baginda tidak berbuka dan apabila baginda tidak berpuasa, baginda terus berada dalam keadaan tidak berpuasa sehingga ada orang mengatakan demi Allah baginda tidak akan berpuasa. (al-Bukhari, Muslim dan al-Nasa`i)

Anas bin Malik pula menjelaskan bahawa:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ مِنْ الشَّهْرِ حَتَّى نَظُنَّ أَنْ لَا يَصُومَ مِنْهُ وَيَصُومُ حَتَّى نَظُنَّ أَنْ لَا يُفْطِرَ مِنْهُ شَيْئًا وَكَانَ لَا تَشَاءُ أَنْ تَرَاهُ مِنْ اللَّيْلِ مُصَلِّيًا إِلَّا رَأَيْتَهُ وَلَا نَائِمًا إِلَّا رَأَيْتَهُ

Rasulullah s.a.w. tidak berpuasa dalam satu bulan sehingga kami menyangka bahawa baginda tidak berpuasa pada bulan itu dan apabila baginda berpuasa maka kami menyangka tidak ada satu haripun yang baginda tidak berpuasa. (al-Bukhari)

Setelah mengumpulkan hadis-hadis di atas, dapat kita menyimpulkan bahawa:

1. Rasulullah s.a.w. tidak berpuasa penuh sebulan selain daripada Ramadhan.

2. Tidak ada satu bulanpun yang baginda tidak berpuasa padanya.

3. Tidak ada bulan yang Rasulullah s.a.w. berpuasa penuh di dalamnya.

4. Tidak ada hari yang khusus dan bulan yang khusus untuk berpuasa, bahkan apabila ada kesesuaian dan peluang, maka boleh berpuasa.

5. Rasulullah s.a.w. banyak berpuasa pada bulan Sya’ban.


Mengapa Rasulullah s.a.w. banyak berpuasa pada bulan Sya’ban? Adakah seperti menurut golongan sufi bahawa puasa ini untuk membesarkan bulan Sya’ban, atau kerana dekat dengan bulan Ramadhan, atau bulan ini turun rezki atau Allah s.w.t. turun ke dunia, atau kerana keampunan yang umum kepada orang yang hidup dan yang mati?

Kesemua hadis-hadis palsu ada menyebutkan perkara-perkara ini. ‘Aishah r.a. menyebutkan satu-satunya alasan tersebut. Beliau menyatakan:

كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَهُ إِلَّا فِي شَعْبَانَ الشُّغْلُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وفي رواية إِنْ كَانَتْ إِحْدَانَا لَتُفْطِرُ فِي زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَا تَقْدِرُ عَلَى أَنْ تَقْضِيَهُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى يَأْتِيَ شَعْبَانُ

Saya menanggung hutang puasa Ramadhan yang wajib diqadhakan dan saya tidak dapat mengqadhakannya kecuali pada bulan Sya’ban kerana sibuk dengan urusan Rasulullah s.a.w. Dalam riwayat yang lain disebutkan: Sesungguhnya kami dari kalangan isteri Rasulullah s.a.w. berbuka puasa pada bulan Ramadhan di zaman Rasulullah s.a.w. dan kami tidak dapat mengqadhakannya sehinggalah bulan Sya’ban tiba. (Muslim, al-Bukhari, Abu Daud dan al-Nasa`i)

Kebetulan pula Imam al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud, berdasarkan kepada hadis ini membuat tajuk: “Bab Melewatkan Qadha Puasa Ramadhan.”

Ini kerana ‘Aishah dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang lain sibuk memberikan khidmat kepada baginda. Oleh kerana itu, mereka tidak mendapat peluang untuk mengqadhakan puasa Ramadhan yang terpaksa dibuka kerana kedatangan haidh atau bermusafir melainkan mengqadhakannya pada bulan Sya’ban dan Rasulullah turut berpuasa bersama mereka. Jesteru, pensyarah-pensyarah hadis menjelaskan inilah sebab dan hikmat mengapa baginda banyak berpuasa pada bulan Sya’ban.

Syaikh Syabbir Uthmani, penulis Fath al-Mulhim Syarh Sahih Muslim (jil. 3, hal. 173) menulis:

الحكمة في إكثاره من الصيام في شعبان دون غيره أن نساءه كنّ يقضين ما عليهنّ من رمضان في شعبان.

Hikmat Rasulullah s.a.w. banyak berpuasa pada bulan Sya’ban tidak seperti bulan-bulan yang lain ialah kerana isteri-isteri baginda menggantikan puasa Ramadhan mereka dalam bulan Sya’ban.

Kebanyak ulama bersetuju bahawa qadha Ramadhan hendaklah dilakukan sebelum bermulanya Ramadhan akan datang dan tidak boleh menangguhkan sehingga melepasinya. Oleh kerana itu, ulama hadis menulis hadis ini dengan tajuk qadha puasa Ramadhan.

Imam al-Nawawi menulis:

وَلِأَنَّهُ إِذَا جَاءَ شَعْبَان يَضِيقُ قَضَاءُ رَمَضَان ، فَإِنَّهُ لَا يَجُوزُ تَأْخِيرُهُ عَنْهُ .وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف : أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي ، وَلَا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الْإِمْكَان ، لَكِنْ قَالُوا : لَا يَجُوز تَأْخِيره عَنْ شَعْبَان الْآتِي ؛ لِأَنَّهُ يُؤَخِّرُهُ حِينَئِذٍ إِلَى زَمَانٍ لَا يَقْبَلُهُ وَهُوَ رَمَضَانُ الْآتِي ، فَصَارَ كَمَنْ أَخَّرَهُ إِلَى الْمَوْت .

Ini kerana apabila tiba bulan Sya’ban, masa menjadi sempit untuk menggantikan puasa Ramadhan kerana sesungguhnya, tidak harus melewatkannya dari bulan Sya’ban. Mazhab Malik, Abu Hanifah, Syafi’e, Ahmad dan majoriti ulama salaf dan khalaf berpendapat bahawa qadha Ramadhan bagi orang yang berbuka kerana uzur seperti datang haidh dan bermusafir adalah wajib secara bertangguh dan tidak disyaratkan segera mengqadhakannya. Tetapi mereka bersetuju bahawa tidak harus menangguhkan qadha Ramadhan sehingga Sya’ban akan datang kerana pada masa itu, dia menangguhkannya ke satu masa yang tidak dihadapinya iaitu Ramdhan akan datang. Dengan itu, dia menjadi seperti orang yang melewatkannya sehingga kepada kematian.

Dalam hal ini kemungkinan, isteri-isteri Rasulullah mengqadhakan puasa masing-masing. Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w. turut sama berpuasa dalam bulan Sya’ban dan dengan itu, isteri-isteri baginda dapat menyempurnakan puasa qadha mereka. Jika baginda tidak berpuasa, maka mereka dengan sebab sibuk berkhidmat untuk baginda tidak dapat berpuasa. Sekiranya berlaku begini, puasa qadha itu akan tertangguh sehingga ke Ramadhan akan datang.

Isteri-isteri Rasulullah tidak terus menggantikan puasa Ramadhan sebaik sahaja Ramadhan berakhir kerana kesibukan mereka dengan baginda. Sekiranya puasa yang tertinggal itu segera diqadha, tentu ia akan menjadi satu contoh dan panduan kepada umat ini. Tambahan pula, jika baginda berdiam diri sebagai satu pengakuan maka ia akan menjadi satu kelaziman kepada orang lain. Dalam hal ini, tidak ada sebarang kelebihan bagi bulan Sya’ban.

Kemungkinan juga Rasulullah s.a.w. mengqadhakan puasa wajib kepadanya bagi mana-mana tahun seperti pada tahun pembukaan kota Mekah. Disebabkan bermusafir, baginda berbuka puasa supaya tidak menjadi kesukaran kepada orang ramai dan mereka mengetahui bahawa harus berbuka kerana bermusafir. Kemungkinan baginda menggantikan puasa-puasa tersebut dalam bulan Sya’ban. Adalah menjadi satu kebiasaan kepada baginda apabila melakukan sesuatu amalan, baginda akan mengerjakannya secara berterusan dan inilah yang diperintahkan kepada umatnya. ‘Aishah meriwayatkan satu khutbah yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ عَلَيْكُمْ مِنْ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَإِنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ مَا دُووِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّ وَكَانَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا عَمِلُوا عَمَلًا أَثْبَتُوهُ

“Wahai manusia, hendaklah kamu melakukan amalan yang termampu kamu lakukan kerana sesungguhnya Allah s.w.t. tidak jemu melainkan kamulah yang jemu. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah s.w.t. ialah apa yang dilakukan dengan berterusan walaupun sedikit. Keluarga Rasulullah s.a.w. apabila melakukan sesuatu amalan mereka akan mengerjakannya secara tetap. (Muslim(

‘Alqamah menceritakan bahawa beliau telah bertanya ‘Aishah tentang bagaimana baginda melakukan sesuatu amalan:

هَلْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْتَصُّ مِنْ الْأَيَّامِ شَيْئًا قَالَتْ لَا كَانَ عَمَلُهُ دِيمَةً وَأَيُّكُمْ يُطِيقُ مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُطِيقُ

Adakah Rasulullah s.a.w. mengkhususkan hari-hari tertentu dengan ibadat yang khusus?. ‘Aishah menjawab: Tidak, amalan baginda adalah secara berterusan. Siapakah di kalangan kamu yang mampu mengerjakan apa yang dilakukan oleh baginda. (al-Bukhari dan Muslim)

Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar menukilkan daripada ‘Aishah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

أَحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ

Amalan yang paling disukai Allah ialah yang berterusan dilakukan walaupun sedikit. (Muslim)

Qasim menceritakan:

وَكَانَتْ عَائِشَةُ إِذَا عَمِلَتْ الْعَمَلَ لَزِمَتْهُ

Apabila ‘Aishah mengerjakan sesuatu amalan beliau akan melaziminya. (Muslim(

Ketika menghuraikan hadis-hadis di atas, Imam al-Nawawi menulis:

وَفِيهِ : الْحَثّ عَلَى الْمُدَاوَمَة عَلَى الْعَمَل وَأَنَّ قَلِيله الدَّائِم خَيْر مِنْ كَثِير يَنْقَطِع ، وَإِنَّمَا كَانَ الْقَلِيل الدَّائِم خَيْرًا مِنْ الْكَثِير الْمُنْقَطِع ؛ لِأَنَّ بِدَوَامِ الْقَلِيل تَدُوم الطَّاعَة وَالذِّكْر وَالْمُرَاقَبَة وَالنِّيَّة وَالْإِخْلَاص وَالْإِقْبَال عَلَى الْخَالِق سُبْحَانه تَعَالَى ، وَيُثْمِر الْقَلِيل الدَّائِم بِحَيْثُ يَزِيد عَلَى الْكَثِير الْمُنْقَطِع أَضْعَافًا كَثِيرَة .

Dalam hadis-hadis di atas terdapat galakan supaya berterusan melakukan amalan dan sesungguhnya amalan yang sedikit tetapi berterusan lebih daripada yang banyak tetapi terhenti(bersifat sementara). Sebenarnya sedikit yang berterusan itu lebih baik daripada banyak yang terputus kerana berterusan dengan amalan yang sedikit menjadikan ketaatan, zikir, muraqabah, niat, keikhlasan dan tumpuan kepada Allah s.w.t. berpanjangan serta membuahkan hasil yang berganda mengatasi amalan yang banyak yang tidak berkekalan.

Oleh kerana Rasulullah s.a.w. berpuasa sekali dalam bulan Sya’ban, baginda akan terus melakukannya. Riwayat daripada ‘Alqamah menyebutkan dengan jelas bahawa Rasulullah s.a.w tidak menentukan hari-hari yang khusus untuk berpuasa seperti mana yang dilakukan oleh golongan sufi yang menetapkan setiap hari dan mengadakan sembahyang tertentu yang berbeza-beza pada setiap bulan. Perincian tentang perkara ini boleh dilihat dalam kitab-kitab al-Ghazzali, al-Ghunyah oleh ‘Abdul Qadir, Qut al-Qulub oleh Abu Talib Makki, Bahar Syariat dan lain-lain.

Rasulullah s.a.w. pasti berpuasa beberapa hari dalam satu bulan dan secara umumnya baginda berpuasa juga pada hari Isnin dan Khamis. Kemungkinan kerana bermusafir, baginda mengqadhakan puasa-puasa ini. Oleh kerana baginda melakukan amalan ini secara berterusan maka baginda akan mengqadhakannya. ‘Allamah Ibn Battal menjelaskan sebab Rasulullah s.a.w. berpuasa pada bulan Sya’ban:

Rasulullah s.a.w. tidak dapat berpuasa tiga hari setiap sebulan kerana bermusafir dan kerana urusan lain dan puasa-puasa itu terkumpul lalu baginda menggantikannya dalam bulan Sya’ban. (Fath al-Mulhim, jil. 3, hal. 173(

Demikian juga sembahyang qabliah zuhur yang tidak sempat dikerjakan maka Rasulullah mengqadhakannya selepas asar.

Kemungkinan Rasulullah s.a.w. berpuasa penuh pada bulan Sya’ban. Ada kalanya di awal Sya’ban dan di penghujungnya malah ada ketikanya tidak berpuasa langsung.

كَانَ يَصُومهُ كُلّه فِي وَقْتٍ ، وَيَصُوم بَعْضَهُ فِي سَنَة أُخْرَى ، وَقِيلَ : كَانَ يَصُوم تَارَةً مِنْ أَوَّلِهِ ، وَتَارَةً مِنْ آخِرِهِ ، وَتَارَةً بَيْنَهُمَا ، وَمَا يُخْلِي مِنْهُ شَيْئًا بِلَا صِيَام لَكِنْ فِي سِنِينَ

Rasulullah s.a.w. ada berpuasa seluruh Sya’ban pada satu ketika, berpuasa sebahagian sahaja pada tahun yang lain. Ada juga yang mengatakan, sekali baginda berpuasa pada awal Sya’ban, sekali di hujungnya dan sekali di antara kedua-duanya. Tidak ada hari bulan Sya’ban yang baginda tidak berpuasa tetapi dalam beberapa tahun. (Muslim(

Penulis berpendapat, pada tahun 9 Hijrah, Rasulullah s.a.w. tidak berpuasa pada bulan Sya’ban kerana pada 10 Rejab tahun tersebut baginda berangkat ke Tabuk dan sekurang-kurang kembali dalam tempoh empat puluh hari. Dengan ini, sekurang-kurang baginda sampai ke Madinah pada 20 Sya’ban.

Dalam ayat yang terakhir, Imam al-Nawawi menyatakan baginda tidak berpuasa langsung pada Sya’ban untuk beberapa tahun. Kemungkinan dalam beberapa tahun itu baginda bermusafir.

Ada kemungkinan Rasulullah s.a.w. berpuasa Sya’ban kerana itu adalah khusus kepada baginda sebagaiman puasa wisal (وصال) ya’ni puasa tanpa berbuka. Ada juga di kalangan ahli sufi yang berpuasa wisal. Rasulullah s.a.w. melarang keras umatnya daripada berpuasa tanpa berbuka.

Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

لَا تُوَاصِلُوا قَالُوا فَإِنَّكَ تُوَاصِلُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِنِّي لَسْتُ كَأَحَدِكُمْ إِنَّ رَبِّي يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِي

“Janganlah kamu berpuasa wisal. Sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, tuan pun berpuasa wisal. Baginda menjawab: “Sesungguhnya saya bukanlah seperti kamu, sesungguhnya Tuhanku memberi makan dan minum kepadaku.” (al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi,dan Abu Daud(

‘Abdullah bin ‘Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah melarang puasa wisal. Para sahabat bertanya:

إِنَّكَ تُوَاصِلُ قَالَ لَسْتُ كَأَحَدٍ مِنْكُمْ إِنِّي أُطْعَمُ وَأُسْقَى أَوْ إِنِّي أَبِيتُ أُطْعَمُ وَأُسْقَى

“Sesungguhnya tuan juga berpuasa wisal. Baginda menjawab: “Sesungguhnya saya bukan seperti kamu kerana sesungguhnya saya diberi makan dan minum.” (al-Bukhari, Abu Daud(

Abu Hurairah menceritakan bahawa:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْوِصَالِ فِي الصَّوْمِ فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ إِنَّكَ تُوَاصِلُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَأَيُّكُمْ مِثْلِي إِنِّي أَبِيتُ يُطْعِمُنِي رَبِّي وَيَسْقِينِ فَلَمَّا أَبَوْا أَنْ يَنْتَهُوا عَنْ الْوِصَالِ وَاصَلَ بِهِمْ يَوْمًا ثُمَّ يَوْمًا ثُمَّ رَأَوْا الْهِلَالَ فَقَالَ لَوْ تَأَخَّرَ لَزِدْتُكُمْ كَالتَّنْكِيلِ لَهُمْ حِينَ أَبَوْا أَنْ يَنْتَهُوا

Rasulullah s.a.w. melarang puasa wisal lalu seorang lelaki berkata kepada baginda: “Tuan juga berpuasa wisal, wahai Rasulullah. Baginda menjawab: “Siapakah di kalangan kamu sepertiku? Sesungguhnya aku diberi makan dan minum oleh Tuhanku. Apabila mereka enggan berhenti puasa wisal Rasulullah s.a.w. menyambung puasanya sehari kemudian sehari. Kemudian mereka melihat anak bulan maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Kalau anak bulan itu terlewat pasti aku akan menambahkan lagi puasa itu, sebagai peringatan yang menserikkan kepada mereka kerana tidak mahu menghentikan puasa wisal. (al-Bukhari(

Kandungan yang sama dengan hadis ini juga diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat, semuanya menunjukkan larangan menyambungkan puasa. Tetapi apabila Rasulullah s.a.w melarang dalam keadaan baginda sendiri melakukannya maka itu menunjukkan khusus kepada baginda sahaja. Hal yang sama juga apabila Rasulullah s.a.w. melarang puasa di akhir Sya’ban. Baginda bersabda:

لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلَا يَوْمَيْنِ

“Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari.” (Muslim, al-Nasa`i, Abu Daud dan al-Tirmizi(

Dalam hadis yang lain:

إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلَا تَصُومُوا

“Apabila Sya’ban menjadi separuh maka janganlah kamu berpuasa.” (al-Tirmizi dan Abu Daud(

Kesimpulannya, Rasulullah s.a.w. melarang berpuasa selepas berlalu separuh bulan Sya’ban tetapi sebaliknya baginda sendiri berpuasa. Ummu Salamah menceritakan bahawa:

مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ ُوكَانَ يَصِلُ شَعْبَانَ بِرَمَضَانَ

“Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut kecuali Sya’ban dan Ramadhan dan baginda menyambungkan kedua-duanya itu.” (al-Tirmizi dan al-Nasa`i(

Ringkasnya, puasa di bulan Sya’ban itu bukan kerana fadhilat yang ada padanya tetapi kerana beberapa sebab yang lain yang telah disebutkan. Sekiranya puasa di bulan Sya’ban itu kerana kelebihan bulan itu sendiri tentu sekali Rasulullah s.a.w. tidak akan melarang daripada berpuasa di penghujungnya dan dengan itu pasti kita tidak akan terhalang daripada mendapat kelebihan bulan itu!

Sekiranya kita menerima bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada bulan Sya’ban kerana ia mempunyai fadhilat sebagai bulan yang dimuliakan pasti baginda tidak akan menghalang para sahabat daripada mendapat kebaikan dengan melarang mereka berpuasa bila berlalu separuh Sya’ban atau di hujungnya. Tidak boleh sama sekali dibayangkan baginda sendiri menghalang umatnya daripada mendapat kebaikan!

Daripada hadis-hadis tersebut, terbukti sabitnya puasa pada seluruh Sya’ban bukan hanya pada 15 Sya’ban.

Dalam hadis-hadis ini juga jelas difahami bahawa tidak disebutkan baginda ada melakukan ibadat-ibadat yang khusus pada malam-malam Sya’ban iaitu kelebihan itu diperolehi pada siang hari bukan pada malamnya sebagaimana hari ‘Arafah ya’ni kelebihan pada siang hari ‘Arafah bukan pada malamnya. Begitu juga kelebihan pada hari Juma’at bukan pada malamnya.

Read more...

K A M U S

..::: AL QURAN :::..

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

..::: AL HADITH :::..

Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP