Dikuasakan oleh Blogger.

Perspektif: Misi memberi makna kemerdekaan

>> Sabtu, 25 Ogos 2007






Taraf hidup rakyat mesti meningkat berganda 50 tahun akan datang
oleh Saifuddin Abdullah
TIDAK semua negara yang mengecapi kemerdekaan dapat menikmati kemajuan. Antara negara yang mencapai kemerdekaan hampir pada tempoh sama dengan Malaysia ialah Ghana, yang merdeka enam bulan lebih awal.

Menurut Annan, “...Ghana merdeka pada tarikh yang hampir sama dengan Malaysia... pada masa merdeka, kedua-duanya mempunyai simpanan hampir sama banyak dalam bank pusat masing-masing. Tetapi lihatlah perbezaan sekarang – di manakah Malaysia dan di manakah kami”.

Annan bukan satu-satunya pemimpin luar yang mengagumi kegemilangan Malaysia sepanjang 50 tahun kemerdekaannya. Banyak pemimpin lain berkongsi atau meniru dasar, strategi dan program pembangunan kita.




Matlamat dan sasaran itu ialah membasmi kemiskinan dan kebuluran; mencapai pendidikan rendah yang universal; meningkatkan kesaksamaan gender dan menghakupayakan wanita; mengurangkan kadar kematian kanak-kanak; memperbaiki kesihatan ibu bersalin; mencegah HIV/Aids, malaria dan penyakit lain; memastikan alam sekitar yang mapan dan mewujudkan perkongsian global untuk pembangunan.

Kecuali dari segi mencegah HIV/Aids yang amat mencabar, pada keseluruhannya, prestasi kita amat membanggakan.

Antara kebanggaan kita ialah pengiktirafan PBB bahawa Malaysia negara paling berjaya menangani masalah kemiskinan dengan menurunkannya daripada 60 peratus pada 1957 kepada 5.7 peratus pada hari ini.

Menurut laporan MDG yang diterbitkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) pada 2005, pencapaian dan kedudukan Malaysia yang cemerlang dalam pembangunan ekonomi dan sosial masa kini adalah berasaskan kepada dasar serta strategi yang digubal di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang dan dilaksanakan secara sistematik melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun.

Menurut laporan itu lagi, dengan tercapainya sebahagian besar sasaran MDG, cabaran Malaysia adalah untuk mengekalkan tahap pencapaian itu. Langkah seterusnya adalah untuk mengenal pasti tugas dan keutamaan yang perlu dilaksanakan untuk mengekalkan kemajuan secara berterusan supaya menjadi contoh bagi negara lain.

Laporan itu turut menggariskan tiga faktor kritikal kejayaan Malaysia, iaitu perpaduan negara, kestabilan politik dan pentadbiran yang berkesinambungan.

Ini adalah sebahagian daripada bukti bahawa model pembangunan kita selama ini adalah berkesan. Kalaupun sesetengah daripada rakyat Malaysia sendiri tidak mengiktirafnya atau sengaja menafikannya, tetapi orang lain dapat melihat dan menilainya.

Ini adalah juga sebahagian daripada kisah 50 tahun kita merdeka. Kini, kita harus menulis kisah 50 tahun akan datang pula.

Dalam konteks ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah mengilhamkan Misi 2057 supaya rakyat mempersiapkan diri bagi masa depan dengan berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan menjadikan diri mereka unggul dalam semua bidang serta meraih kegemilangan dalam masa 50 tahun akan datang.

Menurut Perdana Menteri, jika Wawasan 2020 menjadi asas kita ke arah negara maju, maka Misi 2057 adalah untuk menjadikan kita unggul.

Selama 50 tahun yang lalu, kisah kita ialah mengenai pengisian kemerdekaan. Untuk 50 tahun akan datang, kisah kita perlu meningkat dengan berganda, iaitu daripada sekadar mengisi kemerdekaan kepada memberi makna kepada kemerdekaan.

Secara analoginya, bagi orang sedang kelaparan yang perutnya perlu diisi, asalkan ada makanan, ia tidak begitu menilai kualitinya. Tetapi, bagi orang yang tidak lagi kelaparan, ia mula menilai kualiti makanan itu, iaitu dari segi keperluan, zat dan kelazatannya.

Justeru, untuk 50 tahun akan datang, pembangunan negara tidak cukup lagi sekadar untuk mengisi ruang yang kosong saja, sebaliknya ia perlu kepada pembangunan yang benar-benar memberi makna.

Kini, rakyat lebih berpendidikan, prihatin, kritikal dan vokal. Mereka tidak cukup lagi sekadar dijadikan penerima pembangunan.

Sebaliknya, mereka mahu suaranya didengar dan peranannya diiktiraf dalam struktur dan proses membuat keputusan mengenai pembangunan itu.

Pembangunan juga mesti berorientasi rakyat, iaitu yang benar-benar diperlukan dan bukannya kerana ada syarikat yang perlukan kontrak projek pembangunan atau kerana ada pemimpin yang perlukan publisiti daripada projek pembangunan berkenaan.

Dalam hal ini, tidak cukup sekadar asalkan ada perkhidmatan. Ia mesti memuaskan dan ia tidak diukur dari perspektif kerajaan, tetapi dari perspektif rakyat.

Kepuasan tidak statik tetapi dinamik, iaitu apa yang memuaskan semalam belum tentu memuaskan hari ini.

Rakyat tidak mahu lagi dianggap sekadar sebagai pelanggan saja. Dalam paradigma pelanggan, rakyat tidak ada suara dalam menentukan apakah perkhidmatan yang ditawarkan.

Fokus paradigma ini hanyalah terhadap memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan itu semata-mata.

Sebaliknya, dalam paradigma warganegara, rakyat dihakupayakan untuk membuat keputusan mengenai apakah perkhidmatan diperlukannya.

Dalam paradigma warganegara, rakyat bukan saja mendapat perkhidmatan yang disampaikan dengan baik, malah lebih penting lagi, ia dapat menentukan apakah perkhidmatan diperlukannya.

Dalam paradigma pelanggan, apa yang penting hanyalah kualiti perkhidmatan, tetapi dalam paradigma warganegara, di samping kualiti perkhidmatan, ia juga mementingkan kualiti penyertaan dan demokrasi.

Pada 2057, kita tidak mahu lagi membandingkan Malaysia dengan negara sedang membangun, tetapi ingin menjadi negara yang paling maju atau sekurang-kurangnya berada setaraf dengan yang paling maju.

Pada 2057, kita mahu suara rakyat benar-benar didengar, peranannya benar-benar diiktiraf dan isu pembangunannya benar-benar ditangani secara berorientasi rakyat.

Pada 2057, kita mahu merayakan kemerdekaan Malaysia, dengan meminjam kata-kata Pak Lah – “100 tahun kemerdekaan, 100 tahun kemajuan” – yang bukan saja berisi tetapi juga bermakna.

Datuk Saifuddin Abdullah adalah Pengerusi Akademi Belia yang juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002)

Read more...

MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN

>> Isnin, 20 Ogos 2007




MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN: HAFAZAN DAN PENILAIAN TERHADAP HADITH

[oleh: Muhammad Anwaruddin Abdul Wahab]

Perlu diketahui bahawa Syu’bah, Ibnu Mahdi, Yahya alQattan, Malik bin Anas, Ali bin alMadini, Ahmad bin Hanbal, Abu Zur’ah, Abu Hatim, adDarimi, alBukhari, Muslim, atTirmizi, Abu Dawud, anNasa-ie, Ibnu Majah dan lain-lain pakar hadith kurun ke-2 dan ke-3 Hijrah, menghafaz beratus ribu hadith.

Maka, mereka inilah yang mengetahui kecacatan-kecacatan atau penyakit-penyakit hadith dan dijadikan rujukan. Ini kerana kitab-kitab mereka tidak menghimpunkan segala hadith yang dihafaz oleh mereka yang berjumlah ratusan ribu hadith.

Malah hafazan yang tidak dihimpun itu luput dan pupus dengan pulangnya pakar-pakar hadith yang agung ini ke rahmat Allah SWT. Buktinya, dimanakah satu juta hadith yang dihafaz oleh al-Imam Ahmad bin Hanbal sedangkan di dalam kitabnya al-Musnad hanya terhimpun hampir 28,000 hadith sahaja?

Di kalangan al-Mutaakhirun – sepengetahuan saya - hanya al-Hafiz Ibnu Hajar yang menghafaz lebih 100,000 hadith manakala asSuyuti menghafaz 200,000 hadith. Di sini – secara perbandingan – kemampuan al-Imam Ahmad jauh lebih berganda jika dibandingkan dengan mana-mana pakar hadith al-Mutaakhirun.

Begitu juga pakar-pakar hadith yang lain seperti alBukhari (700,000 hadith), Muslim (600,000 hadith), Abu Dawud (500,000), atTirmizi (lebih 200,000 hadith) dan ramai lagi. Boleh dikatakan pakar-pakar hadith yang muncul antara tahun 200H hingga 300-350H hampir kesemuanya menghafaz lebih daripada 100,000 hadith kerana tempoh tersebut adalah ZAMAN KEEMASAN periwayatan hadith.

Justeru, apakah yang pelik jika seseorang pakar hadith dari zaman itu menilai-SAHIH sesuatu hadith yang mempunyai SANAD yang ada kecacatan seperti terdapat periwayat yang MAJHUL (tidak diketahui) atau mempunyai kelemahan dari segi hafazan selagi ia tidak bercanggah dengan mana-mana hadith yang lebih kuat?

Sebagai contoh, ada sejumlah hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam atTirmizi dalam kitabnya alJami’ (yang dikenali sebagai asSunan) mempunyai SANAD yang DAIF (lemah) namun dinilai-SAHIH oleh atTirmizi sendiri. Apakah beliau seorang yang tidak tahu menilai sesuatu hadith? Adakah beliau seorang ahli hadith yang cuai dan tidak teliti dalam menilai hadith? Ya, tentu sekali beliau telah mengambil kira AL-QARA-IN dan AL-MURAJJIHAT bagi menilai-SAHIH hadith-hadith tersebut.

Oleh itu pendapat yang mengatakan atTirmizi seorang ‘mutasahil’ (bermudah-mudah dalam menilai-SAHIH-kan hadith) harus ditolak secara total. Yang lebih adil adalah beliau mempunyai penilaian tersendiri atau ijtihad mutlak dalam bidang hadith mengikut method yang digunakan pada zaman itu.

Bahkan sekiranya dipraktikkan manhaj/method atTirmizi bahawasanya istilah HASAN atau HASAN GHARIB dalam kitabnya (sepertimana yang dibeliau jelaskan dalam Kitab al-‘Ilal asSaghir) adalah dimaksudkan hadith DAIF (dari segi ilmiah ia telah dibuktikan dengan majoriti SANAD hadith yang diistilahkan oleh atTirmizi sebagai HASAN atau HASAN GHARIB adalah sanad yang lemah) maka terbukti ketegasan atTirmizi dalam menilai sesuatu hadith sehingga kadangkala lebih tegas daripada gurunya al-Imam alBukhari dan al-Imam Muslim.

Kita seharusnya tidak terlepas pandang terhadap latar belakang atTirmizi. Beliau murid alBukhari – tokoh agung dalam bidang hadith. Sehingga alBukhari berkata kepada atTirmizi : “Apa yang aku pelajari daripada engkau adalah lebih banyak daripada apa yang engkau pelajari daripada aku”.

Nah, bukankah ini satu penghormatan dan pengiktirafan? Cukuplah kehebatan atTirmizi dengan Kitab al-‘Ilal asSaghir dan Kitab al-‘Ilal alKabir milik beliau. Dan cukuplah kehebatan dengan kedudukan beliau sebagai IMAM dalam bidang hadith.

Read more...

KERANA SATU KLIK

>> Ahad, 19 Ogos 2007




KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT

Oleh: Ismail Abu Bakar

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.

Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.

Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.

Mafhumnya::
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.

Mafhumnya:

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.

Read more...

K A M U S

..::: AL QURAN :::..

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

..::: AL HADITH :::..

Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP