Dikuasakan oleh Blogger.

Fiqh Ijtihad al-Qaradawi

>> Rabu, 31 Oktober 2007





Fiqh Ijtihad al-Qaradawi
Oleh: Maszlee Malik

Di dalam buku terbarunya, “Usul Manhaj al-Ijtihad”, pendakwah dan pemikir terkenal dari Iraq, Muhammad Ahmad al-Rashid ada membicarakan tentang Fiqh al-Qaradawi. Buku setebal empat jilid yang membicarakan tentang manhaj Ijtihad dan fatwa bagi para pendakwah itu telah mengambil manhaj atau metod al-Qaradawi sebagai kes studinya. Sebagai seorang yang bukan sahaja mahir dengan fiqh al-Harakah, tetapi juga dengan ilmu hadis, ilmu rijal, ilmu usul al-fiqh dan sejarah Islam, beliau amat-amat mengkagumi al-Qaradawi.




Oleh: Maszlee Malik

Di dalam buku terbarunya, “Usul Manhaj al-Ijtihad”, pendakwah dan pemikir terkenal dari Iraq, Muhammad Ahmad al-Rashid ada membicarakan tentang Fiqh al-Qaradawi. Buku setebal empat jilid yang membicarakan tentang manhaj Ijtihad dan fatwa bagi para pendakwah itu telah mengambil manhaj atau metod al-Qaradawi sebagai kes studinya. Sebagai seorang yang bukan sahaja mahir dengan fiqh al-Harakah, tetapi juga dengan ilmu hadis, ilmu rijal, ilmu usul al-fiqh dan sejarah Islam, beliau amat-amat mengkagumi al-Qaradawi.






Menurut al-Rashid, al-Qaradawi merupakan pelopor metod wasatiyyah (sederhana) di dalam bidang fiqh hukum. Bukan sekadar kemampuannya untuk mengistinbatkan hukum melalui sumber-sumbernya dengan penuh teliti, malah al-Qaradwi turut mengambil kira unsur luaran dan perubahan di dalam mengeluarkan sesuatu fatwa dan ijtihad. Beliau menggelar al-Qaradawi sebagai “mercu tanda keserhadaaan” di dalam beragama. Lebih menarik lagi, metod al-Qaradawi konsisten samada di dalam persoalan hukum mahupun di dalam persoalan dakwah dan harakah. Manhaj al-Qaradawi ini juga dianggap sebagai mithali kepada para pendakwah oleh al-Rashid.

Menurut al-Rashid, al-Qaradawi menekankan kepentingan lima jenis fiqh yang sepatutnya dimiliki oleh para pendakwah dan para ulama. Lima jenis fiqh yang dimaksudkan ialah: 1) Fiqh al-Maqasid. 2) Fiqh al-Awlawiyaat. 3) Fiqh al-Sunan al-Kawniyah. 4) Fiqh al-Muwazanaat. 5) Fiqh al-Ikhtilaf.
Sebelum kita pergi kepada maksud dan perincian tentang kesemua jenis fiqh tersebut, perlulah dijelaskan satu perkara yang amat penting. Fiqh yang dimaksudkan di sini bukanlah fiqh yang difahami secara konvensional, iaitu fiqh hukum hakam, ataupun lebih sempit lagi fiqh berkaitan dengan hukum hakam ibadat seperti solat, puasa, haji dan zakat. Fiqh yang dimaksudkan di sini ialah “ilmu” dan kefahaman mendalam terhadap sesuatu perkara. Berikut adalah huraian mengenai kelima-lima fiqh yang dipromosikan oleh al-Qaradawi: 1) Fiqh al-Maqasid.
Perkataan Maqasid al-Syariah membawa maksud “objektif syariah”. Objektif Syariah membawa maksud, pemahaman terhadap objektif di sebalik pensyariatan hukum-hakam Syariah. Secara ringkasnya, Syariah Islam diutuskan kepada manusia untuk menjaga kepentingan (maslahah) manusia di dunia dan di akhirat. Kepentingan atau maslahah ini dibahagikan kepada tiga peringkat, Daruriyaat (keperluan asasi), Haajiyaat (keperluan kehendak) dan Tahsiniyaat (keperluan pelengkap).
Daruriyaat (keperluan asasi) asasi merupakan keperluan yang paling utama dan yang paling ketara dipelihara oleh Syariat. Daruriyaat telah dibahagikan kepada enam kategori utama, iaitu penjagaan agama, penjagaan nyawa, penjagaan akal, penjagaan harta dan juga penjagaan keturunan serta maruah. Kelima-lima unsur agama, nyawa, akal, harta dan keturunan merupakan unsur yang paling asasi di dalam kehidupan manusia. Jika kelima-lima perkara itu tidak terpelihara, maka kehidupan manusia akan kucar-kacir ataupun akan ditimpa kemudaratan samada di dunia mahupun di akhirat. Maka, Syariat Islam yang diutuskan kepada Nabi Muhammad SAW adalah untuk memelihara kelima-lima unsur tadi.
Berteraskan konsep penjagaan terhadap lima keperluan asasi (Daruriyat) ini dan juga susunan keutamaannya, maka fiqh al-Maqasid diilhamkan. Maka sebarang fatwa yang ingin dihasilkan, ataupun sebarang ijtihad di zaman moden ini hendaklah mengambil kira konsep penjagaan kelima-lima daruriyaat tersebut. Sebarang aktiviti dakwah dan harakah juga hendaklah selari dengan ruh maqasid ini. Pendekatan inilah yang dinamakan sebagai fiqh al-Maqasid oleh al-Qaradawi. 2) Fiqh al-Awlawiyaat
Fiqh al-Awlawiyaat seakan sinonim dengan al-Qaradawi. Tidak keterlaluan jika dikatakan, beliaulah pengasas fiqh al-awlawiyaat. Fiqh al-awlawiyaat bermaksud, seni di dalam mendahulukan mana yang lebih utama berbanding dengan sesuatu yang kurang utama dan tidak utama. Ianya juga membawa maksud mendahulukan sesuatu perkara yang penting berbanding perkara-perkara yang kurang penting dan tidak penting langsung.
Ketiadaan seni seumpama ini akan menjadikan seseorang Muslim dan pendakwah akan menghabiskan masa dengan sesuatu yang kurang penting ataupun tidak penting dan meninggalkan perkara yang lebih penting. Ia juga akan membawa kepada penghabisan tenaga dan usaha dengan melakukan sesuatu yang tidak berfaedah ataupun kurang faedah dan meninggalkan perkara yang lebih berfaedah. Lebih dahsyat lagi, ketiadaan fiqh al-awlawiyaat akan membawa kepada pembaziran waktu dengan perkara-perkara yang mempunyai impak yang kecil ataupun tiada impak serta meninggalkan perkara yang boleh memberikan impak yang lebih kepada Islam ataupun masyarakat.
Contoh bagi fiqh al-awlawiyaat ini boleh didapati di dalam sirah Rasulullah SAW, sebagai contohnya: Rasulullah SAW memulakan pengukuhan aqidah dahulu di Mekah dan tidak memulakan dakwah dengan menghancurkan patung-patung berhala.
Mendahulukan hukum-hakam berkaitan aqidah dan pembentukan jiwa di Mekah sebelum memberikan pertanggung jawaban dari segi hukum-hakam amali.
Fiqh al-awlawiyyat juga menekankan konsep mendahulukan yang usul berbanding perkara-perkara furuk. Mendahulukan amalan yang wajib berbanding dengan amalan-amalan yang sunat. Mendahulukan nas-nas yang qat’i berbanding nas-nas yang zanni. Mendahulukan amalan-amalan yang berbentuk jama’iyy (berjemaah) berbanding dengan amalan-amalan berbentuk fardi. Mendahulukan pengajian terhadap Usul Islam seperti aqidah, ibadat yang fardhu, pemahamahan al-Quran dan hadis sebelum menimba ilmu-ilmu cabang dan furuk.
Di dalam membicarakan persoalan ibadat pula,al-Qaradwi telah mencedok ide-ide al-Ghazali berkaitan keperluan mengetahui tingkatan-tingkatan keutamaan amal ibadat. Beliau juga Mencedok perbincangan Ibn Qayyim al-Jawziyyah mengenai kepentingan dan keutamaan sesuatu amalan berdasarkan situasi, keadaan dan tempat. Contohnya, jihad menjadi amalan paling utama ketika sesebuah negara Muslim diserang oleh tentera kafir. Menuntut ilmu menjadi amalan paling utama di kala para ulama semakin berkurangan, dan lain-lain lagi.
Antara keutamaan (awlawiyaat) yang telah dikemukana oleh al-Qaradawi ialah: a) Keutamaan kualiti berbanding kuantiti. (Samada di dalam beramal ataupun berdakwah) b) Keutamaan ilmu ke atas amal. (Beramal tanpa ilmu akan membawa kepada amalan yang tersilap) c) Keutamaan menghayati Maqasid (objektif) sesuatu perkara yang hendak dilakukan berbanding zahir. d) Keutamaan berijtihad berbanding bertaklid semata-mata. e) Keutamaan menumpukan kepada perkara-perkara yang dipersetujui berbanding perkara-perkara yang diperselisihkan. f) Keutamaan memudahkan dan meringankan berbanding menyusahkan dan membebankan (di dalam fatwa, ijtihad dan dakwah). g) Keutamaan mengislah diri individu sebelum mengislahkan kerajaan dan sistem. h) Keutamaan tarbiyah sebelum berjihad. i) Keutamaan mendepani musuh-musuh Islam berbanding perselisihan sesama umat Islam sendiri. j) Keutamaan memerangi mungkar yang besar dan utama berbanding perkara-perkara furuk dan remeh.

Al-Qaradawi melihat bahawa kehilangan fiqh al-awlawiyaat di persada gerakan Islam akan membawa kepada kepincangan did alam gerakerja dakwah dan islah. Fiqh al-awlawiyat menurut al-Qaradawi juga menuntut agar para pendakwah bersatu, mencari persamaan berbanding perbezaan, berlapang dada dengan perbezaan, dan mengenali musuh mereka. Perbezaan pendapat di kalangan pejuang Islam bukanlah alasan untuk mereka bersatu.
Al-Qaradawi juga menegur sikap sesetengah umat Islam yang terlalu mementingkan perkara-perkara sunat tetapi meninggalkan perkara-perkara yang wajib. Beliau mengambil contoh betapa ada di antara umat Islam yang menghabiskan wang mereka untuk menunaikan haji dan umrah sunat dan tidak menginfaqkan harta mereka untuk tujuan dakwah, propaganda Islam, penubuhan sekolah-sekolah Islam dan lain-lain tujuan yang lebih besar manfaatnya buat umat. Beliau juga menegur sikap sesetengah golongan yang amat menitik beratkan persoalan sunat dan adab tetapi di dalam waktu yang sama meninggalkan persoalan yang lebih besar seperti membina kekuatan umat, cemerlang di dalam pelajaran, perniagaan dan kerjaya demi memartabatkan umat Islam. 3) Fiqh al-Sunan al-Kawniyyah
Keperluan untuk memahami peraturan alam yang telah diciptakan oleh Allah SWT amat penting kepada para ulama dan para pendakwah. Kegagalan memahami peraturan alam ciptaan Allah SWT akan membawa kepada usaha yang melawan arus dan berakhir dengan kegagalan. Yang dimaksudkan dengan Fiqh As-Sunan adalah kefahaman terhadap undang-undang dan peraturan-peraturan (Al-kawn) ciptaan Allah di alam maya ini, yang tetap dan tidak berubah dari masa ke semasa. Iaitu memahami realiti dan natijah sesuatu kejadian khususnya dalam peraturan politik dan kemasyarakatan.
Ini berpandukan firman Allah: “Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah”. (Surah Fathir ayat 43)
Peraturan ini merupakan hukum alam atau sunnatullah yang berlaku dan berulang-ulang berlaku pada setiap zaman dan setiap waktu. Terdapat satu undang-undang yang tetap dan unsur sebab-musabab dalam hukum-hukum alam. Oleh itu ia wajib dikaji dan difahami seperti sunnah perubahan, sunnah kemenangan golongan terdahulu, sunnah kegagalan mereka, sunnah kekalahan pada sejarah silam dan seumpamanya.
4) Fiqh al-Muwazanaat
Fiqh al-Muwazanaat (ilmu di dalam membuat pertimbangan) yang dimaksudkan oleh al-Qaradawi adalah seni membuat pertimbangan yang rasional sebelum membuat sesuatu keputusan. Di dalam bidang ijtihad, fatwa, hukum dan dakwah pula ia bermaksud seni mempertimbangkan perkara-perkara berkaitan dan keadaan yang wujud sebelum mengeluarkan sesuatu ijtihad, fatwa, hukum dan keputusan berkaitan dakwah serta harakah.
Tiga dimensi utama di dalam fiqh al-Muwazanaat adalah:
i) Mempertimbangkan di antara kepentingan-kepentingan (masaalih) yang wujud akibat keputusan yang akan dibuat. Maksudnya, kepetingan manakah yang perlu diutamankan dan dijadikan pilihan di dalam membuat keputusan. ii) Mempertimbangkan di antara kemudaratan-kemudaratan (mafasid) yang perlu dielakkan. Maksudnya, di dalam keadaan berdepan dengan pilihan yang kesemuanya mengundang kemudaratan dan tiada ruang keluar, maka semua kemudaratan itu dipertimbangkan. Kemudaratan yang paling besar impaknya perlulah dielakkan berbanding dengan yang lebih kurang impaknya. iii) Mempertimbangkan di antara kepentingan dan kemudaratan. Maksudnya, jika keputusan yang bakal diambil mempunyai dua konsekuensi, satu mengundang kebaikan dan satu lagi mengundang kemudaratan, maka yang lebih baik itulah yang mesti dipilih. Fiqh al-muwazanaat ini bukanlah perkara baru yang dicipta oleh al-Qaradawi. Para ulama terkemuka sebelumnya telah membincangkan konsep yang sama. Bezanya, mereka tidak menggunakan perkataan fiqh al-muwazanaat sahaja. Al-Ghazali di dalam kitab al-Mustasfa, al-Shatibi di dalam kitab al-Muwafaqaat, dan lain-lain ulama di dalam kitab Qawa’id al-Fiqhiyyah adalah di antara mereka yang sering menggunakan konsep-konsep fiqh al-Muwazanaat.
Ibn Taymiyah sendiri di dalam buku al-Siyasah al-Syar’iyyah telah membincangkan persoalan ini ketika membicarakan persoalan bekerja dengan pemimpin yang zalim. Menurut Ibn Taymiyah, harus seorang yang soleh itu bekerja dengan pemimpin yang zalim demi mengurangkan kezaliman si pemimpin tersebut.
Al-Rashid memberikan contoh aplikasi fiqh al-Muwazanaat ini di dalam pengalaman gerakan-gerakan Islam di serata dunia. Antaranya, pengalaman penyertaan gerakan Islam Islam di Sudan ke dalam koalisi Sosialis Sudan. Antara yang lain juga, koalisi gerakan Islam di Syria dengan parti-parti bukan Islam di dalam barisan pembangkang dan lain-lain lagi.
Di dalam bidang ijtihad hukum pula,al-Qaradawi telah mengeluarkan beberapa fatwa menggunakan neraca fiqh al-Muwazanaat, antaranya:
a) Keharusan bekerja di dalam syarikat yang mempunyai urusniaga riba,dengan syarat, sebahagian daripada gaji disedekahkan untuk menyucikan duit pendapatan. b) Keharusan bekerja di bank konvensional demi menimba pengalaman untuk membuka dan memajukan bank-bank Islam. c) Keharusan menulis di dalam akhbar-akhbar bukan Islam untuk tujuan berdakwah dan menyampaikan mesej Islam.
5) Fiqh al-Ikhtilaf
Fiqh al-Ikhtilaf membawa maksud seni di dalam menguruskan perbezaan di antara umat Islam. Melalui ide fiqh al-Ikhtilaf, al-Qaradawi telah cuba untuk membawa umat Islam menguruskan perbezaan mereka agar umat Islam tidak dilekakan dengan perpecahan dan percakaran sesama sendiri yang tidak menguntungkan. Belia menekakan bahawa Islam amat mementingkan kesatuan, dan perbezaan adalah sesuatu yang fitrah dan tidak dapat dielakkan. Menyaragamkan umat Islam di dalam semua perkara adalah mustahil dan bertentangan dengan fitrah manusia itu sendiri. Maka, yang sepatutnya diusahakan ialah bagaimana menyatukan umat Islam di dalam kepelbagian mereka.
Al-Qaradawi menyeru kepada bebepara perkara di dalam isi kandungan fiqh al-Ikhtilaf, antaranya: a) Umat Islam hendaklah berlapang di dalam perbezaan perkara yang furuk dan ranting. b) Umat Islam hendaklah mengambil jalan moderat dan pertengahan di dalam beragama. Jalan ekstrim dan berlebihan akan membawa kepada kehancuran. c) Umat Islam hendaklah mengutamakan perkara yang dipersetujui berbanding perkara yang dipertelingkahkan. d) Umat Islam diseru agar menghormati perkara-perkara yang diijtihadkan, dan tidak taksub dengan pendapat ataupun ijtihad sendiri sahaja. e) Umat Islam diseru untuk melihat pendapat-pendapat ulama secara adil dan menyeluruh. Sikap hanya mementingkan pendapat sendiri dan tidak melihat pandangan orang lain adalah dicel dan bertentangan dengan ruh kesatuan. f) Umat Islam hendaklah bersatu di dalam menghadapi masalah bersama mereka yang lebih besarseperti isu Palestin, isu penjajahan, isu Kristianisasi dan lain-lain. g) Umat Islam diseru agar bekerjasama di dalam perkara-perkara yang disepakati dan bermaafan di dalam perkara-perkara yang diperselisihkan. h) Umat Islam juga diseru agar tidak mengkafirkan sesama Muslim. Fiqh al-Ikhtilaf yang dilontarkan oleh al-Qaradwi ini bertitik tolak dari kesedaran beliau agar umat Islam dapat memahami satu sama lain. Beliau amat terkesan dengan perpecahan yang berlaku di antara par apejuang Islam dan gerakan-gerakan Islam. Maka fiqh al-Ikhtilaf menjadi solusi kepada persoalan tersebut.
Kelima-lima fiqh ini merupakan asas untuk menguasai fiqh al-waqi’ yang diperjuangkan oleh al-Qaradawi. fiqh al-waqi' adalah ilmu yang membincangkan bagaimana para ulama, para pendakwah dan gerakan Islam dapat memahami keadaan semasa, faktor-faktor yang mengesani serta kuasa-kuasa yang sedang mendominasi perjalanan masyarakat. Ilmu ini melibatkan satu proses untuk mengenalpasti, menganalisis dan mentafsir isu, trend, anjakan paradigma, sentimen dan fenomena yang wujud dalam masyarakat. Dr. Yusuf Al-Qardawi menyatakan bahawa tuntutan kontemporari fiqh asy-syariah hanya dapat dipenuhi dengan kefahaman yang baik terhadap fiqh al-waqi'.
Kepentingan fiqh al-waqi’ kepada para ulama dan juga para pendakwah tidak dapat dinafikan. Tanpa kefahaman mengenai realiti terdahap perubahan suasana dan tempat, seseorang ulama akan mengeluarkan ijtihad di luar konteks, para pendakwah pula akan hilang arah di dalam menyikapi golongan sasaran, dan gerakan Islam mungkin akan terpinggir dari arus perdana dan kehilangan peluang untuk melakukan sesuatu perubahan.

Setelah membincangkan tentang sikap al-Qaradawi, al-Rashid di akhir makalahnya mengatakan bahawa jelaslah bahawa pemikiran dan pendekatan al-Qaradawi adalah serasi dan seiring dengan pemikiran beliau...Anda pula bagaimana?

Lawati: http://maszleemalik.blogspot.com


Read more...

Dosa Menyelewengkan Hakikat Sejarah Dan Fakta





Dosa Menyelewengkan Hakikat Sejarah Dan Fakta

Lihat sahaja apabila diselewengkan hakikat Nabi Isa daripada seorang insan yang diutuskan menjadi rasul diselewengkan kepada anak Tuhan. Hasilnya, satu umat merubah menjadi syirik dan tersasar dari agama yang sebenar. Adapun Nabi Isa, tetap mulia di sisi Allah namun yang menjadi mangsa ialah golongan jahil yang menelan penyelewengan fakta. Demikian Sayidina Ali, hakikat dirinya telah diselewengkan, sehingga lahirnya aliran Syiah telah memuja-mujanya melebihi yang sepatutnya melebihi kedudukan seorang nabi lalu tersasarlah satu mazhab di kalangan umat ini.


Sebab itu dosa para penyeleweng fakta dan hakikat sejarah bukan sedikit. Firman Allah: (maksudnya) Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab (Taurat) dengan tangan mereka (mengubah perkataan Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini datang dari sisi Allah,” supaya mereka dapat membelinya dengan harga yang murah (keuntungan dunia yang sedikit). Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. ( al-Baqarah: 79).

Dosa penyelewengan akan terus ditanggung selama mana pembohongan beredar di kalangan manusia. Justeru itu, kita sentiasa disuruh berhati-hati. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 6: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum (dengan perkara yang tidak diingini) dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Bukan sedikit dalam sejarah manusia yang menjadi mangsa hasil penyelewengan fakta. Bermula daripada para nabi, para sahabah Nabi s.a.w., tokoh-tokoh ilmu, para pemerintah sehingga kepada insan biasa. Semua kerana berita golongan yang hasad, menyimpan dendam kebencian, atau orang yang hobinya membuat cerita. Atas apa pun alasan, mereka yang menyelewengkan fakta memakai pingat kurniaan bergelar ‘fasik’ atau ‘orang jahat’ atau ‘ahli dosa’.

Umpamanya, entah berapa banyak kisah dusta yang direka oleh golongan Syiah untuk memburuk Muawiyah bin Abi Sufyan, sahabah Nabi s.a.w. hanya kerana dendam politik. Seorang tokoh sejarah, Munir al-Ghadban menyebut: “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi – di dalam sejarah Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabah yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan. Sesungguhnya kebanyakan maklumat yang terlekat di pemikiran orang ramai telah diterima sebagai sesuatu yang tidak diragui lagi dan tidak boleh untuk dipertikaikan. Maklumat itu tidak bersesuaian sama sekali dengan darjat yang sepatutnya bagi seorang sahabah Nabi. Gambaran Muawiyah pada pemikiran orang ramai ialah seorang yang menuntut kuasa, ahli politik yang cekap, seorang yang mencari kesempatan, dia tidak pernah menghiraukan apa pun dalam usahanya untuk sampai kepada kekuasaan dan seorang yang bertarung kerana inginkan kuasa serta bertindak membunuh berpuluh-puluh ribu orang lain semata-mata untuk menjadi khalifah. Inilah gambarannya yang bertentangan dengan perasaan dan fitrah setiap muslim, namun tiada ganti baginya kerana buku-buku sejarah menyebut demikian. (Munir al-Ghadban, Muawiyah bin Abi Sufyan, m.s. 5 Syria, Dar al-Qalam).

Demikian riwayat-riwayat bohong yang menggambarkan Khalifah Harun al-Rasyid suka berfoya-foya. Bahkan masyhur di kalangan sesetengah masyarakat bahawa dia sering ditipu oleh ‘kaki belit’, Abu Nawas. Ramai yang membaca kisah bohong itu dan tersengih melihat bagaimana dia berjaya mempersendakan Khalifah Harun al-Rasyid. Sedangkan kata Ibn Khaldun (meninggal 808H): “Adapun apa yang dipalsukan oleh hikayat mengenai Harun al-Rasyid yang selalu meminum arak dan mabuk seperti mabuknya kaki arak, Allah memelihara daripada itu semua! Kita tidak pernah tahu dia seorang yang berbuat jahat. Mana mungkin ini semua dengan keadaannya yang melaksanakan tanggungjawab agama dan keadilan bagi kedudukannya sebagai khalifah. Seorang yang mendampingi ulama dan aulia. Selalu berbincang dengan al-Fudail bin ‘Iyad, Ibn al-Sammak dan al-‘Umari. Selalu berutusan surat dengan Sufyan al-Thauri, menangis mendengar nasihat mereka, berdoa di Mekah ketika tawaf, kuat beribadah, menjaga waktu solat dan hadir solat subuh pada awal waktu.” (Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun, m.s. 17, Beirut: Dar al-Fikr).

Kadangkala kebencian dan dendam membawa sesetengah pihak menghalalkan diri mereka mencipta kisah dusta memfitnah orang lain. Kemudian orang ramai pula menelankan tanpa menyedari bahawa jika itu satu fitnah pembohongan, mereka akan dihukum oleh Allah pada hari kiamat kelak kerana menyebarkan fitnah terhadap muslim yang lain. Apatah lagi jika muslim itu sahabah Nabi s.a.w. atau orang soleh atau tokoh ilmuwan Islam. Sekalipun jika individu itu bukan terkenal sebagai orang soleh dan baragama, kita tidak boleh menzaliminya dengan membuat cerita bohong terhadapnya. Lihatlah apa yang dilakukan oleh penyelewengan sejarah terhadap Yazid bin Muawiyah dengan menuduh dia membunuh cucu Nabi s.a.w. Sayidina Husain bin Ali. Sehingga dia dilaknat dan ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan. Padahal tiada bukti pun yang menunjukkan demikian. Kata Ibn Taimiyyah (meninggal 728H): “Yazid bin Muawiyah lahir pada zaman khalifah ‘Uthman bin ‘Affan. Beliau tidak bertemu dengan Nabi s.a.w. dan tidak termasuk dalam kalangan sahabah dengan sepakat ulama. Dia juga tidak termasuk di kalangan yang terkenal dengan agama dan kesolehan. Dia adalah salah seorang pemuda muslimin. Dia tidak kafir atau zindik. Memegang jawatan selepas ayahnya dengan kebencian sebahagian kaum muslimin dan reda sebahagian yang lain. Dia adalah seorang yang berani dan bermurah hati. Dia bukan seorang yang menzahirkan perkara-perkara keji (maksiat) seperti yang dituduh oleh musuh-musuhnya.” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 2/253, Riyad: Maktab al-‘Abikan).

Adapun peristiwa pembunuhan cucu Nabi s.a.w. Husain bin Ali tidak ada bukti dia menyuruhnya atau terlibat dengannya. Bahkan ahli sejarah yang adil meriwayatkan beliau menangis atas kematian Husain dan melaknat pembunuhnya. Penduduk Syam turut menangis. Bahkan hubungan baik Yazid dan anak Sayidina Husain iaitu Ali bin Husain berterusan selepas itu. Mereka sering mengutus surat. Bahkan Ali bin Husain menganggap yang membunuh ayahnya adalah Syiah di Kufah yang menjemput ayahnya dan menipunya. Cuma Yazid dipertikaikan kerana tidak membunuh balas terhadap pembunuh Husain. Kata Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak sahih di sisi kami bahawa Yazid memerintahkan agar dibunuh Husain. Riwayat yang dipercayai menyatakan perintah membunuh al-Husain datang dari orang yang mengepalai pembunuhannya iaitu ‘Ubaid Allah bin Ziyad, gabenor Iraq ketika itu.” (Ibn Tulun, Qaid al-Syarid min Akhbar Yazid, Kaherah: Dar al-Sahwah).

Maka, kita dapat menerima sesetengah pihak yang memudah-mudahkan menerima kisah buruk hanya kerana yang dikaitkan itu artis atau orang politik atau orang yang tidak dipandang tinggi dalam agama. Dosa tetap dosa. Para wartawan hendaklah sedar. Jangan dalam keghairahan mengejar berita sensasi, mereka melanggar hak-hak insan yang dipelihara agama.

Para ulama juga bukan sedikit yang menjadi mangsa penyelewengan fakta. Cumanya fitnah terhadap tokoh-tokoh ilmuwan agama ini kebanyakannya lahir dari sentimen ketaksuban sesama golongan agama itu sendiri. Hal ini mengenai pelbagai tokoh termasuk al-Imam al-Syafii, al-Bukhari, Ibn Taimiyyah, Muhammad bin Abdul Wahhab dan ramai yang lain. Contohnya, di sana ada kitab yang dusta mengenai al-Rihlah ila al-Rasyid (Kembara Menuju Harun al-Rasyid) yang disandarkan secara palsu kepada al-Imam al-Syafii. Dalam kitab tersebut banyak riwayat yang bohong dan karut. Antara ianya mencerita bahawa Al-Imam al-Syafii bertemu dengan al-Qadi Abu Yusuf (w 182H), tokoh utama mazhab Abi Hanifah di Baghdad, sedangkan al-Qadi Abu Yusuf meninggal sebelum al- Imam al-Syafii masuk ke Baghdad. Lebih buruk lagi ia menceritakan tokoh terkenal ulama Islam al-Imam Muhammad bin Hasan al-Syaibani (w 189H) dan juga al-Qadi Abu Yusuf merancang agar al-Imam al-Syafii dibunuh dengan membuat dakwaan terhadapnya di hadapan khalifah. Ini adalah fitnah besar terhadap kedua imam agung tersebut. Kedudukan kedua-dua imam itu memustahilkan mereka melakukan perkara yang seperti itu. Kisah ini semata-mata untuk memperlihatkan ketaksuban kepada imam al-Syafii. Semuanya datang daripada ‘Abd Allah bin Muhammad al-Balawi, seorang pendusta. Malangnya beberapa tokoh memetik apa yang diriwayatkannya tanpa menjelaskan pembohongan isi kandungannya. Sedangkan menurut kajian al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) al-Imam al-Syafii datang ke Baghdad pada tahun 184H. Beliau berdialog dengan al-Imam Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani di hadapan khalifah Harun al-Rasyid. Muhammad bin al-Hasan memuji al-Imam al-Syafii disebabkan kebijaksanaannya. Sehingga beliau memuliakan al-Imam al-Syafii dan mengambilnya sebagai tetamu. Adapun Al-Qadi Abu Yusuf telah meninggal setahun, atau dua tahun sebelum itu. (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 10/263, cetakan Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah, Beirut).

Demikian fitnah yang dikenakan kepada Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah. Hanya kerana hasad dan taksub. Di Malaysia ini pun ada ‘tukang penyebar fitnah terhadap Ibn Taimiyyah’. Tujuannya agar cubaan membawa Islam dengan lebih terbuka dan ilmiah dapat dihalang. Maka seperti biasa Ibn Taimiyyah dituduh sebagai wahhabi, padahal dia meninggal pada tahun 728H dan al-Imam Muhammad Abdul Wahhab lahir pada 1115H, iaitu hampir empat ratus sebelum kelahiran Muhammad bin Abdul Wahhab. Ilmu Ibn Taimiyyah juga jauh mengatasi keilmuwan Muhammad bin Abdul Wahhab. Ibn Taimiyyah telah membayar harga yang mahal untuk perjuangan pembaharuan yang dilakukan pada zamannya. Setiap kali gerakan perbaharuan berlaku, sejarah akan mengenangnya. Musuh-musuh pembaharuan pula akan membangkitkan semula fitnah terhadapnya. Pada zamannya musuh-musuh beliau dari kalangan ahli-ahli khurafat, syiah dan tarikat yang melampau telah menabur fitnah yang begitu dahsyat terhadap beliau. Dengan harapan, jatuhnya Ibn Taimiyyah, dapatlah mereka bermaharajalela. Tokoh dakwah terkenal Maulana Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi, dalam bukunya “Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyyah” menceritakan bagaimana golongan yang sesat berusaha agar Ibn Taimiyyah dipenjarakan. Apabila dipenjarakan, mereka kembali berani menyebarkan kesesatan. Maka, para ulama pada zaman tersebut mulai sedar betapa besar dan pentingnya peranan Ibn Taimiyyah. Mereka mula menulis surat, merayu dan membelanya di hadapan pemerintah, sehingga al-Nadwi menyebut: “Ahli bidaah dan hawa nafsu yang cuba untuk menonjolkan diri sebagai bermazhab Ahli sunah, untuk menipu para pemerintah dan hakim (agar menangkap Ibn Taimiyyiah). Sebaik sahaja berjaya penipuan mereka, maka orang ramai pun nampaklah kejahatan mereka, dan golongan tersebut mulalah menonjol dan tidak bersembunyi lagi.” (Abu Hasan ‘Ali al-Nadwi, Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyyah, Kuwait: Dar al-Qalam) Jika kita perhatikan tokoh-tokoh umat pada zaman lalu dan kini, mereka banyak mengambil manfaat daripada khazanah Ibn Taimiyyah. Lihat alNadwi yang saya sebutkan di atas. Demikian juga al-Syeikh Yusuf al-Qaradawi pernah menyebut “Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku.” (Al-Qaradawi, Kaif Nata‘amul ma‘a al-Sunnah, Mesir: Dar al-Wafa).

Justeru, kita hendaklah berhati-hati dengan fitnah dan khabar buruk yang disebarkan. Orang yang difitnah tidak rugi di sisi Allah selagi dia ikhlas dan lurus dengan Allah. Namun yang memfitnah dan menyebarkan fitnah, akan menanggung bebanan dosa itu. Janganlah kita jadi seperti masyarakat lalat hijau yang gemarkan bahan busuk, dan akan mati jika disiram air wangi. Dengari firman Allah (maksudnya): Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita dusta itu segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan mendapat hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri (sesama mukmin) dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.” (surah al-Nur 11-12).

Sumber: http://drmaza.com/?p=114

Read more...

Ucapan Nik Aziz di ECER - Tazkirah Mursyidul Am PAS kepada Presiden Umno




Bismillahir Rahmanir Rahim
"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (Maksud Surah An Nahl: Ayat 90).

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera
Yang Amat Berhormat
Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia dan isteri;

Yang Amat Berhormat
Dato' Sri Adnan bin Haji Yaakob
Menteri Besar Pahang;

Yang Amat Berhormat
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh
Menteri Besar Terengganu;

Yang Amat Berhormat
Dato' Haji Abdul Ghani Othman
Menteri Besar Johor;

YB Dato' Seri Mohd. Effendi Norwawi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri;

Yang Berhormat
Menteri-Menteri Kabinet;

Yang Berhormat
Ahli-Ahli Parlimen Serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri;

Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan-Kerajaan Negeri;

Dif-Dif Kehormat;

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Alhamdulillah. Dengan seizin Allah S.W.T., sekali lagi kita dapat menghirup udara nyaman pada hari ini.

Ini menandakan betapa kita masih terus dilimpahi nikmat dengan rahmat dan inayah dari-Nya untuk sama-sama menyaksikan pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur bagi Negeri Kelantan.

Sesungguhnya pelancaran ini boleh dijadikan titik tolak ujian keikhlasan kedua-dua belah pihak dalam berkongsi anugerah Allah S.W.T. yang dilimpahi-Nya kepada kita semua baik di Kelantan atau negara Malaysia pada amnya yang sama-sama kita kasihi selama ini.

Bahkan, ia adalah detik bersejarah yang mengesahkan lagi penerusan wujudnya jalinan kerjasama akrab sekian lama khususnya sejak 17 tahun negeri ini diperintah oleh Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini.

Tanpa pertukaran apa-apa, pelan yang bakal dilancar dan dilaksanakan nanti tidak memerlukan apa-apa perubahan nakhoda.

Kapal boleh berlayar dengan matlamat yang tidak berganjak yakni memakmurkan bumi Allah dengan segala ikhtiar yang tidak menyalahi syariat Ilahi.

Dalam semangat ini, mewakili Kerajaan dan rakyat Negeri Kelantan, izinkan saya mengalu-alukan kedatangan YAB Dato' Seri Perdana Menteri.

YAB Dato’ Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Tugas pemimpin laksana dasar Allah

Ayat Al-Quran yang baru saya baca dalam muqadimmah tadi biasanya dibaca di atas mimbar Jumaat, saya membacanya pada hari ini di atas mimbar masyarakat.

Di rumah Allah kita menjadi imam dan makmum, manakala di luar rumah Allah kita disebut pemimpin dan rakyat.

Orangnya masih sama. Khutbah dalam masjid menerangkan dasar-dasar Allah manakala ucapan di luar masjid adalah untuk melaksanakan dasar-dasar Allah.

Setelah 17 tahun saya diamanahkan untuk memimpin Kerajaan Kelantan dengan dasar Al-Quran Nul Karim sebagai Kalamullah, termasuk ayat yang saya baca sekejap tadi, petang ini saya dan Kerajaan saya seakan-akan terasa akan adanya perubahan baru.

Saya sedang berada di sebuah pentas buat pertama kalinya dengan pemimpin negara.

Alangkah manisnya hidup kiranya insan yang sengaja diciptakan Allah Azzawajalla dengan berlainan watak dan kerenah ini boleh patuh kepada ketetapan azali sejak Nabi Adam alaihissalam lagi.

Firman Allah S.W.T. ada membawa maksud berbunyi "Dan Kami berfirman: turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan. Kemudian (Adam dan Hawa) menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Kami berfirman: "turunlah kamu semua dari Syurga itu! Kemudian jika datang petunjukKu kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjukKu, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Surah Al-Baqarah: Ayat 36 - 38).

Mudah-mudahan langkah penyatuan pentas ini akan memulakan jalur-jalur gemilang yang sungguh-sungguh sebagai ganti kepada jalur-jalur hitam selama 17 tahun sebelum ini.

YAB Dato' Seri dan sidang hadirin sekalian,

Saya sempat juga mengikuti senarai projek-projek raksasa yang ada terkandung di dalam pelan induk yang disebut-sebut akan menelan perbelanjaan berjumlah RM112 bilion ini.

Antara lain ia akan memuatkan sebuah Universiti yang telah beberapa kali dilancarkan, Lebuh Raya Pantai Timur, Jeti di Tok Bali dan usaha untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai pusat penerbangan untuk rantau Asia Tenggara, termasuklah keinginan yang kuat untuk memunculkan satu kelas perdagangan dan perindustrian bumiputera.

Alhamdulillah, semua cadangan ini telah lama dikenalpasti dan menjadi sebahagian dari Pelan Jangka Panjang Pembangunan Strategik Negeri Kelantan yang telah kami dokumenkan dan tandatangani sejak 2 Mei 2000; kira-kira 7 tahun yang lalu.

Bahkan memahami pembahagian dan pengkhususan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri melalui 2 rancangan lima tahun yang telah kita lalui.

Projek-projek cadangan ini telah dikemukakan kepentingannya untuk diberikan perhatian Pusat dari masa ke semasa.

Mungkin kerana kesuntukan kewangan, ia tidak diberikan perhatian.

Kali ini Kerajaan Negeri wajar berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana telah sudi mengiktiraf apa yang kami kenalpasti sebagai projek-projek mustahak selama ini dan akhirnya telah diberikan perhatian.

Pastikan pelan ECER realistik bukan hipokrasi

Menyentuh tentang peruntukan yang mencecah RM112 bilion untuk ECER, RM177 bilion lagi untuk Koridor Utara dan RM47.6 bilion lagi di Wilayah Pembangunan Iskandar, rakyat menjadi sedikit kagum dengan jumlahnya.

Semakin hairan mereka apabila duit yang diisytiharkan ini boleh menjangkau Rancangan Malaysia ke 9, 10 dan boleh pergi sejauh RMK sebelas.

Apapun, jika duit ini memang ada dan tidak menjadi masalah, maka kita perlu mengucapkan sebesar-besar syukur. Alhamdulillah, syabas.

Dalam banyak buku ilmiah, saya ada juga terbaca bahawa sesuatu pelan yang berkesan ialah pelan yang dapat diterima tanpa curiga oleh kumpulan sasar.

Ciri pelan yang berjaya juga ialah pelan yang dapat dilaksanakan.

Biasanya pelan pembangunan yang baik harus bertolak dan bermula dari bacaan mengenai senario ekonomi dunia semasa yang teliti berasaskan unjuran yang tepat mengenai turun naik harga petrol, emas dan lain-lain komoditi yang utama.

Realiti dan waqi' persekitaran yang berubah ini biasanya akan menentukan pula angkubah-angkubah yang memungkinkan sebuah pelan yang realistik itu dapat diisytiharkan.

Saya berandaian, semua aspek ini telah diambil kira dalam segenap segi sehingga ia tidak menjadi sebuah impian dan bukan sekadar 'satu lagi pelan'. Sememangnya indah untuk berada sekadar di alam mimpi kerana ia mengasyikkan:

Anak Cina memetik selasih
Anyam rotan dibuat timba
Tiada yang indah dalam berkasih
Mimpikan bulan jatuh ke riba

Dalam banyak hal, apa yang mustahak ialah pelan yang dapat menghasilkan kenyataan.

Siapalah yang tidak bergembira untuk mendengar janji yang akan datang dalam ratusan bilion ringgit.

Ini lebih-lebih lagilah apabila janji itu dipenuhi.

Sudah banyak kita saksikan betapa janji yang indah kadang-kadang boleh menjadi musuh besar apabila ia gagal dipenuhi. Kebocoran, siling runtuh, rasuah dan pecah amanah, inflasi dan hipokrasi adalah antara musuh-musuh bersama yang boleh menghambat cita-cita murni.

Emas hitam anugerah Allah yang dipinggirkan dalam ECER

YAB Dato' Seri dan sidang hadirin sekalian,

Walaupun cadangan pendaratan gas dan minyak di pesisir pantai kita masih tidak diberi perhatian dalam ECER, saya masihlah memandang kepentingannya sebagai sesuatu yang bersifat mendesak.

Pada kami, ia sepatutnya diletakkan sebagai paksi asas dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri.

Seperti yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri sejak 10 tahun lalu, kami masih merayu agar gas dan minyak didaratkan di Pantai Senok.

Bukan senang deposit emas hitam ini boleh terbentuk.

Dengan penuh susah payah Allah S.W.T. telah ratusan jutaan tahun memeram, mengatur dan memprosesnya secara sebab musabab jauh di kerak bumi.

Dengan segala percaturan kimia melalui mendapan humus, fosil dan tindak balas haba di perut bumi, Allah S.W.T. telah dengan segala ehsan menyimpan lalu menganugerahkan bumi Kelantan dan laut Kelantan dengan bahan semahal ini.

Mensia-siakan nikmat namanya apabila ia seolah-olah dibuat-buat 'terlepas pandang' dan tidak ditimbangkan untuk dimasukkan ke dalam pelan induk pembangunan Wilayah yang sebesar dan sepenting ini.

Setakat ini, kami hanya berputih mata melihat khazanah bumi kami dipunggah dan dihirup sepuas-puas oleh golongan amir politik tanpa didaratkan di pantai Kelantan sendiri walaupun sesudu teh.

Dalam feqah Islam, telah lama ditulis "hukmul fa il wal khu roji wa rriqaz".

Bahkan zakat yang dipungut daripada sesebuah perkampungan tidak boleh dipindah zakat itu ke tempat lain kecuali terlebih dahulu diagih-agihkan kepada al mustahiqiin tempatan.

Ini adalah hukum Allah dan Rasul. Tak disempurna di dunia oleh pihak al-umara', ia akan disempurna juga oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak.

"Sesungguhnya hari keputusan (hari kiamat) itu adalah waktu yang dijanjikan bagi mereka semuanya." (Surah Ad-Dukhaan: Ayat 40).

Untuk menyatakan komitmen Kerajaan Negeri terkini, kita telah meluluskan penubuhan sebuah jeti penghantar (supply base) di Pengkalan Kubur, Tumpat, khusus untuk sokongan kerja penggerudian minyak dan gas di Joint Development Area (JDA) dengan Thailand dan Vietnam, di luar pesisir pantai Kelantan.

Kerja pembinaan Jeti tersebut mulai Oktober ini dan ianya akan menjadi pemangkin kepada satu industri yang dapat mengembangkan ekonomi negeri dan membuka peluang pekerjaan.

Dalam keadaan-keadaan yang seperti inilah, relevannya kita mengetepikan sentimen politik bersifat kepartian.

Tidakkah boleh kita menjadikan maudhu' ini sebagai perkara bersama untuk dikongsikan secara pintar bagi tujuan yang sama.

Saya masih ingat betapa murninya ketika KUB menandatangani persefahaman ini bagi pihak Pusat dizaman Tun Dr. Mahathir pada tahun 1996 dahulu.

Ini kekal terlipat dalam sejarah; kisah benar sebuah 'pelan indah' yang tidak menjadi hingga sampai ke hari ini.

Pembinaan modal insan tidak berjaya kecuali dengan tarbiyah Islam

YAB Dato' Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian.

Dalam hubungan Kelantan yang telah dikenalpasti sebagai Pusat Pembangunan Modal Insan berteraskan ilmu pula, saya bermohonlah untuk memberikan sedikit peringatan.

Mustahil insan itu boleh dibina tanpa agama. Ilmu Al-Quran mengajar kita tentang adanya dua perkara dalam setiap insan itu yakni jasad dan roh.

Membina roh insan adalah memberi faham kepada mereka tentang dosa dan pahala, adanya taat dan maksiat, adanya malaikat dan adanya iblis, adanya hisab dan adanya hari pembalasan, adanya Syurga dan adanya Neraka.

Ini soal asas yang tiada khilaf. Ini konsep tarbiyyah bawaan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul alaihissalam serta para tabi'in dan wali-wali zaman berzaman.

Jika Kelantan mahu diiktiraf sebagai pangkalan terpenting modal insan, maka kita jangan abaikan aspek pembinaan roh.

Elemen rasuah, dedah, dadah, belasah dan menolak hukum Allah adalah manifestasi kekacauan fikrah.

Betapa kacau bilaunya acuan dan tertib tarbiyyah kita yang telah dirangka oleh negara selama ini.

Ikut cara kami bangunkan negara bersama Islam

Untuk itu, mari kita cuba menjadi lebih ikhlas dengan cuba sama-sama memperbetulkan keadaan, memikul amanah agama demi memulihkan manusia untuk kembali kepada nilai-nilai fitrah keinsanan sejati selaras dengan prinsip asal 'ubudiyyah' sejak asal kita semua dijadikan.

Bagi kami di Kelantan, kita telah lama mengisytiharkan konsep 'Membangun Bersama Islam', berasaskan dakwah bil hikmah wal mauizotul hasanah.

Dalam rangka konsep ini, kami memuatkan prinsip ubudiyyah yakni semua orang wajib kembali kepada pengabdian yang tidak berbelah bahagi kepada Allah S.W.T.

Bagi mereka yang belum Islam, mereka diajak untuk hidup dalam kesedaran ketuhanan.

Kami juga memuatkan prinsip mas'uliyyah yakni bekerja dengan penuh sedar bahawa setiap manusia tanpa mengira pangkat, bangsa dan budaya akan disoal jawab oleh Allah Taala sendiri tanpa sebarang jurubahasa.

Manakala Itqan yakni bekerja dengan penuh berkualiti untuk menghasilkan apa sahaja nilai amalan dan aktiviti dari jenis yang terbaik.

Seluruh sekolah milik Kerajaan Negeri Kelantan telah dan sedang merangka dan melaksanakan kurikulum dan kokurikulum untuk menggunakan ruang lingkup kesedaran yang keseluruhannya berteraskan ketaqwaan kepada Allah Robbuljalil.

Dalam semangat pesan memesan (Watawa soubilhaq watawa soubissobr), alangkah tepatnya jika pelan pembinaan insan yang termuat dalam ECER ini mampu dengan jujur membuat pengisian-pengisian yang semurni ini.

Jika tidak, percayalah walau secemerlang manapun pelan pembinaan insan kita, tanpa agama, rakyat akan hidup sebagai insan yang bermentalitikan haiwan kerana dia cuma takutkan polis dan BPR, undang-undang, tali gantung dan peraturan dan dia akan hidup dan mati dalam kekeliruan.

Di sana nanti dia akan terpinga-pinga dalam suasana yang salah menyalah "maka, berkatalah pengikut kepada pemimpin dan pemimpin kepada pengikutnya" sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran Nul Karim. (Sila semak dan tadarrus sendiri maksud Surah Al-Baqarah dari Ayat 166 hingga 167).

Menyentuh tentang tumpuan pertanian yang khabarnya hanya akan diberikan tumpuan yang sangat minimum oleh Pelan Wilayah Timur ini, saya kira sekali lagi kami perlu membuat teguran.

Sejak dari dahulu, Kelantan dikenali sebagai negeri pertanian. Apa erti mengisytiharkan istilah-istilah seperti "halal hub" atau Jelapang Makanan Negara jika perhatian ke atas sektor ini sekadar bersifat batuk di tangga? Sekali lagi saya mengharapkan sesuatu yang lebih singnifikan dapat dilakukan ke arah pembetulan ini.

Mari bermuafakat elak ganggu Kelantan

YAB Dato' Seri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Sudah lebih 17 tahun kita menjalin hubungan kesetiakawanan dalam ikatan konsep persekutuan.

Setakat yang saya ingat, tidak pernah satu kalipun lagi terganggu sebarang projek yang diluluskan oleh Pusat di Kelantan baik kecil mahupun besar mengalami gangguan atau dihalang oleh Kerajaan Negeri.

Melalui permuafakatan dan rundingan, ia sentiasa disambut oleh kami dengan penuh keterbukaan.

Bagaimanapun beradablah ketika melangkah. Bukankah ini Wilayah Timur. Setiap rumah ada tuannya. Masuk berpintu. Keluar bertangga. Kadang-kadang, ya. Terasa juga.

Makan sirih berpinang tidak
Buah keranji atas perahu
Singgah tidak kenang pun tidak
Sampai hati buat tak tahu

Hanya inilah kali pertama saya diberi kesempatan untuk berucap di majlis yang dihadiri oleh YAB Dato' Seri Perdana Menteri. Apapun jua, syukurlah. Saya mengucapkan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pelancaran ini.

Dengan nama Allah, saya sudahi dengan Wabillahi taufiq Wal hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(TEKS UCAPAN YAB TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN DI MAJLIS PELANCARAN PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER) PADA 17 SYAWAL 1428/29 OKTOBER 2007, JAM 2.30 PETANG DI KOMPLEKS SEKOLAH-SEKOLAH WAKAF MEK ZAINAB, KOTA BHARU, KELANTAN)

Read more...

Peluang 'Last Minute' & Lailatul Qadar

>> Khamis, 4 Oktober 2007





Sedar tidak sedar, kita telah menamatkan separuh bulan Ramadhan, berbaki lagi 15 hari sahaja. Allah s.w.t sahaja yang mengetahui samada prestasi kita dalam 15 hari yang berlalu adalah cemerlang atau temberang. Kita juga mungkin mempunyai sedikit 'clue' tentang prestasi kita sendiri.

Semenjak dua menjak ini soalan-soalan agama yang sampai kepada saya menunjukkan minat orang kepada ilmu Islam secara agak luar biasa, mungkin kerana ia merupakan bulan Syaitan dibelenggu. Alhamdulillah. Kita mengharapkan prestasi dan minat yang sama akan berterusan setelah tamatnya Ramadhan nanti.

Tidak terkecuali juga, soalan-soalan yang menggambarkan agak keringnya umat Islam kini dari ilmu Islam. Dari bentuk soalan-soalan yang diutarakan, seseorang pasti dapat mengandaikan tahap ilmu dan kefahaman seseorang.

Saya tiada masalah dengan soalan sebegini, cuma adakalanya merasa sayu dengan pengetahuan si penanya. Jangan bimbang saya tidak kenal anda, tidak perlu merasa malu. Lebih penting adalah kesungguhan dan minat yang masih berbaki untuk pelajari, ia jauh lebih baik dari menjadi orang yang langsung tidak mengendahkan keredhaan dan ketetapan hukum yang ditentukan Islam. Tahniah.

Pendekatan Last Minute & Sujud Akhir

"Orang kita memang suka benda-benda 'last minute' ni" kata seorang rakan saya

"Study last minute"

"Buat kerja suka dan lebih bersemangat bila last minute"

"Solat last minute, sujud pun nak tunggu last minute"

Sehingga timbul kefahaman yang meluas di kalangan masyarakat bahawa sujud terakhir dalam solat adalah waktu yang paling maqbul doa.

Setakat pencarian saya dalam ensaiklopedia gabungan puluh ribuan kitab Fiqh yang muktabar, Tafsir dan Hadith, tidak ada sebarang bukti dari Al-Quran atau hadith nabi atau yang menyatakan doa dalam sujud terakhir adalah yang paling maqbul.

Nabi hanya beritahu bahawa ketika sujud doa adalah maqbul, tetapi tiada dikhaskan sebagai 'Keistimewaan Sujud Terakhir' . Jika ada yang tahu, haraplah memaklumkan sumber sohihnya.

Apa yang ada adalah sabda baginda Nabi s.a.w ketika menyebut :

وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا في الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ

Ertinya : Dan adapun sujud, maka berusahalah memperbanyakkan doa kerana ia amat hampir dan boleh mendapat kemustajaban bagimu" ( Riwayat Muslim, 1/348 )

Jika melihat huraian dan syarahan hadis ini oleh Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar, kita akan mengerti bahawa sujud yang maqbul itu adalah semua jenis sujud terutamanya dalam solat fardhu. Tiada sebarang pengkhususan kepada sujud akhir.

Wallahu 'alam, tiada juga dijumpai dalam kitab Fiqh yang muktabar akan cadangan sujud akhir ini. Jika benar-benar tiada, justeru ia mungkin pengaruh tabiat 'last minute' kot..sehingga terbawa-bawa dalam ibadah.

Memang benar tidak semua jenis pendekatan 'last minute' itu tidak tepat, salah, terkeji dan tidak berasas. Dalam sesetengah keadaan ia terpaksa dilakukan, tapi yang dirisaukan adalah kualitinya mungkin boleh tergugat.

Kini, kita ada peluang kita untuk meraih ganjaran dan hasil Ramadhan semakin sampai ke minit terakhir. Bagi memastikan ramai yang berjaya, sayangnya Allah s.w.t kepada kita yang lemah ini, diberinya lagi peluang minit-minit terakhir ini dengan sesuatu yang lebih istimewa. Ia bertujuan memberikan motivasi kepada kita agar mampu menjadi insan bertaqwa serta dengan segera membina tembok iman yang kukuh sebelum keluar dari bulan mulia Ramadhan.

Peluang ibadat dalam 10 malam terakhir Ramadhan telah sedai diketahui ramai. Pengkhususan berkenaan kehebatan dan tawarannya juga bukan lagi ganjil dari minda umat Islam sedunia.

Kehebatan Malam Al-Qadr

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

15 Ramadhan 1428 H

27 September 2007

Read more...

Isu Nuklear Iran dan Konflik Iran-U.S

>> Selasa, 2 Oktober 2007





Isu Nuklear Iran dan Konflik Iran-U.S

Nuklear wujud dibumi Iran ketika pemerintahan diktator beraja, Shah Jehan yang merupakan sekutu rapat U.S lagi, sekaligus menandakan Amerika sangat makruf mengenai jumlah dan nilai kekuatan Iran yang sebenar. Namun kepentingan atau nilai ancaman Iran kepada U.S, sekutu utamanya, Israel atau blok Barat tidaklah seperti bahayanya Iraq kepada kepada Israel. Jumlah simpanan minyak Iraq juga jauh lebih banyak berbanding apa yang terdapat dibumi Iran. Tindakan-tindakan U.S dan Barat terhadap Iran berkaitan isu nuklearnya sebelum ini sangat rapuh dan ringan sebagaimana yang diakui oleh Setiausaha Luar negara itu, Condolezza Rice.

Kita juga melihat betapa gahnya Iran berkali-kali mempersenda-sendakan resolusi PBB sehingga dunia boleh membuat kesimpulan bahawa Iran adalah sebuah negara yang kuat dan hebat. Tidak kurang pula menyatakan U.S ‘takut’ berhadapan dengan Iran sedangkan realitinya Iran masih dalam ‘membikin’ senjata itu bersama Russia, bahkan sebaliknya Amerika sudah lama mencuba senjata berbahaya itu ke atas bandar Hiroshima dan Nagasaki dalam sesi perang dunia yang lalu, sebagai bukti kekuatan sebenar U.S.

Timbul persaoalan ialah jika benar hasrat U.S dan Barat benar-benar ingin menghapuskan Iran pada masa akan datang, maka secara logiknya negara itu U.S bukanlah sebuah negara yang cerdik kerana sanggup mengambil risiko dengan menunggu nuclear Iran siap baru mengambil peluang untuk menyerangnya, sedangkan peluang terbaik sudah lama terhidang sebelum ini. Sedangkan media Iran pada pertengahan tahun ini telah mengumukan Iran baru sahaja menjadi antara 10 negara kuasa nuclear terbesar dunia.

Jika serangan terhadap Iran berlaku, juga akan menjadikan U.S sebagai negara terlalu bodoh kerana tidak mengambil pelajaran dari Iraq yang langsung tidak memiliki WMD tetapi memberikan kesan yang amat besar kepada U.S dari segi jumlah kematian tenteranya, perbelanjaan tahunan negaranya, persenjataan malah telah menjejaskan parti Bush sendiri yang tumpas dalam pilihanraya baru-baru ini.

Konflik atau hubungan sebenar U.S, Barat atau Israel – Iran terus akan menjadi propaganda media kerana bukti-bukti sejarah telah menyatakan :

a) Presiden Reagan bersama Bush Tua yang menjadi timbalannya mempunyai hubungan yang rapat dengan negara Iran yang diketuai oleh bapa Revolusi, Ayatullah Khomeini dalam ‘tragedi Oktober’ atau ‘October Surprise’ pada tahun 1980 di mana mereka semua berpakat untuk mengurung 52 diplomat Amerika selama setahun di Teheran bagi tempoh kempen pilihanraya Presiden di Amerika. Sebagai balasannya ialah Iran mendapat bekalan senjata untuk berperang menentang Iraq selama lapan tahun dalam hubungan yang dikenali sebagai Iran Contra yang menjadi sungguh kontroversi. Kejadian ini berlaku dalam mana Iran dilabel sebagai musuh utama mulai hari pertama Revolusi Iran dan dilabel sebagai paksi kejahatan oleh Presiden Reagan pada Julai 1985.

b) Iran bekerjasama dan menghulurkan bantuan dengan U.S dan Britain dalam kempen menentang kelompok Taliban di Afghanistan sebegaimana yang diakui oleh Presiden Hamid Karzai dalam media barat baru-baru ini. Media perancis AFP turut melaporkan pengakuan yang sama dari bekas Presiden Iran, Mohamed al-Khatami di Perancis. Media-media Arab pada tahun 2002 turut menyatakan pengakuan Mohamad Ali al-Abtahi, bekas menteri Iran semasa Presiden Khatami dengan katanya, “Jika tidak kerana Iran, tidak akan jatuh Kabul dan Baghdad (ke tangan Amerika)’. Kerjasama Iran dalam menumbangkan Taleban bermula dengan Persidangan Bonn yang dianjurkan oleh PBB.

c) Iran telah menghulurkan bantuan tanpa hadnya kepada U.S dan Barat di Iraq melalui kerjasama dengan Britain. Menurut media Iran, Iraq Press Service, Pegawai Britain bernama Jack Straw merupakan orang tengah Iran-Britain bagi mengatur strategi menumbangkan Saddam di Iraq. Iran merupakan penaung kepada pemimpin buangan Saddam di Britain, U.S dan Iran. Ketika pembentukan jawatankuasa untuk menumbangkan Saddam, FCC di Britain, Amerika hadir bersama wakilnya, Zalmay Khalilzad berbincang dengan wakil-wakil Iran dan para pemimpin buangan Iraq di Britain termasuk Ahmad Chalabi yang merupakan sekutu rapat U.S bagi merangka kejatuhan Saddam. Ahmad Chalabi seorang Syiah Iraq, ialah ketua pembangkang yang begitu rapat dengan Iran dan Amerika persis watak Manoucher Ghorbanifar, warga Iran ketika hubungan sulit Iran-Amerika ketika Iran Contra dahulu.

d) Media Arab melaporkan asal usul kelahiran beberapa pegawai Israel termasuk bekas menteri Pertahanan Israel, Shaul Mofaz yang lahir di Iran. Persepsi dunia Arab sungguh pun berbaur sengketa Sunnah-Syiah, boleh diterima kerana media barat turut melaporkan keadaan penduduk Sunnah di Iran yang ditindas, di bunuh, di tahan hak sosio-ekonomi, pendidikan malah hak untuk mendirikan masjid di Teheran selain diusir ke sempadan utara sejak lampau. Berbanding dengan keadaan warga Yahudi yang dilayan begitu istimewa dengan hak mendirikan kuil-kuil mereka, berpolitik (Iran memiliki wakil parlimen bangsa Yahudi) selain Iran sendiri memiliki siaran televisyen berbahasa Hebrew untuk tatapan masyarakat Yahudi di negara itu. Sekalipun selepas isu panas ‘holocoust’ dari ucapan Ahmadinejad bagi tujuan propaganda media bagi melambangkan permusuhan Iran-Israel. Secara hakikatnya, tidak pernah berlaku permusuhan antara kaum Iran Parsi menentang Israel dalam sejarah dunia sejak zaman Purba.

Kesimpulannya, Isu nuclear Iran tidak akan bertukar nadanya selagi Iran tidak menjadi penting kepada sumber bekalan minyak Amerika dan selagi Iran tidak menggugurkan bom di bumi Israel sebagaimana Saddam melakukannya pada krisis teluk yang lampau. Dengan mengambil contoh Iraq yang langsung tidak memiliki senjata nuclear, bukti serangan boleh direka bagi menghalalkan serangan ke atas ratusan ribu manusia yang tidak berdosa. Serangan terhadap Iran melebihi bukti untuk dilaksanakan kerana Iran sudah lama memiliki nuclear. Tetapi perkataan paksi kejahatan atau terrorist perlu diterjemah dahulu oleh Amerika sebagai sebagai ‘kepentingan minyak’, ‘bahaya kepada Israel’ dan ‘Muslim Sunnah’ (Iraq dan Taleban). Iran tidak termasuk dalam kategori mangsa selagi tidak menepati tiga perkataan yang tersebut. Iran juga berbeza dengan Iraq malah lebih berjasa kepada U.S dan Barat dalam kejatuhan Iraq dan Taleban Afgnaistan. Data-data media perlu dikaji dari sumber-sumber Iran, Barat dan Arab bagi menjelaskan keadaan sebenar hubungan dan kepetingan masing-masing.

Mohd Samsuddin bin Harun.

Bandar Bukit Mahkota, Bangi.

Read more...

Islam larang main mercun




Isu mercun cukup sebati dengan musim perayaan. Saban tahun setiap kali musim perayaan, pasti ada kes berkaitan mercun atau tragedi malang membabitkan kanak-kanak menjadi mangsa mercun.

Isu ini sudah sebati dalam masyarakat, malah seolah-olah menjadi tradisi setiap kali menjelang Ramadan dan kes sedemikian sepatutnya dapat dielakkan itu masih berlaku.


Pelbagai usaha diambil kerajaan untuk mengatasi masalah ini melalui Akta Bahan Letupan 1957. Seksyen 4 (2) akta tersebut memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang, memiliki dan mengimport mercun atau bunga api, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, tangkapan kerana kesalahan memiliki, menjual dan menyeludup mercun juga dibuat pihak penguat kuasa tetapi penjualan dan penyeludupan mercun masih berleluasa.

Buktinya, setiap kali Ramadan tiba, pasti ada penjualan bahan mercun, malah penjual tersebut terang-terang mempamerkan bahan larangan tersebut di khalayak ramai.

Orang ramai masih kurang mengambil berat dan menyedari bahaya bermain mercun. Ada segelintir ibu bapa memainkan peranan membeli mercun untuk anak-anak tanpa menyedari kemungkinan barang larangan tersebut mengundang padah.

Dalam hal ini, pendekatan agama boleh dilakukan bagi menyedarkan masyarakat bahaya bermain mercun dan jelas ia mengundang bahaya yang boleh memudaratkan diri sendiri. Islam

sebagai agama yang merangkumi segala aspek dan ruang kehidupan baik di dunia mahupun di akhirat. Islam menjelaskan tatacara hidup yang lengkap dan mempunyai prinsip tersendiri

dan selari dengan kehendak syariah bagi menjamin objektif syariah (maqasid al-syariah) dalam erti kata yang sebenarnya.

Sebenarnya apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dengan penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang bahan letupan adalah tanggungjawab kerajaan. Perkara ini telah diiktiraf oleh Islam melalui konsep al-masalih al-mursalah. Oleh itu, menjadi kewajipan kita semua mentaati dan memahami apa yang telah digariskan oleh kerajaan.

Al-masalih al-mursalah bermaksud kepentingan dan kepentingan yang tidak disebutkan oleh secara jelas dan terang dalam nas iaitu al-Quran dan hadis. Oleh itu, kepentingan dan keperluan undang-undang yang berkaitan dengan bahan letupan itu selari dengan kehendak ajaran Islam.

Sekiranya perbuatan bermain mercun dilihat dari perspektif maqasid al-syariah ia boleh dikategorikan dalam konsep pemeliharaan nyawa (hifzu al-nafs).

Amanah

Islam menyuruh menjaga nyawa kepada kelangsungan kehidupan manusia supaya dapat terus menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi. Maka, tujuan ini memberi kepastian bahawa perbuatan-perbuatan yang menjejaskan nyawa dan tubuh badan adalah dilarang.

Oleh itu, perbuatan bermain mercun yang membabitkan kecederaan yang serius sehingga ada mangsa yang cacat, malah ada yang buta akibat bermain mercun adalah dilarang keras oleh Islam. Hakikatnya, maqasid al-syariah telah menggariskan panduan hidup untuk manusia sejagat di dalam semua aspek kehidupan.

Sebaliknya, sebarang usaha untuk menyelamatkan nyawa manusia atau memperbaiki tahap kesejahteraan dan kesihatan manusia adalah amat digalakkan manakala perkara-perkara yang boleh memudaratkan, melakukan perbuatan yang boleh mengundang padah dan mencacatkan anggota badan adalah dilarang sama sekali.

Dalam konteks yang lebih luas dapat difahami bahawa bermain mercun merupakan satu perbuatan yang salah dan dilarang oleh Islam kerana impak dan akibat amalan bermain mercun jelas membawa kepada kemudaratan kepada pemain mercun itu.

Akan tetapi, masyarakat hari ini memandang ringan dan remeh berkaitan bermain mercun seolah-olah ia tidak menjadi kesalahan. Tahap kesedaran masyarakat khususnya ibubapa masih kurang, malah di tahap membimbangkan.

Inilah penyakit yang menjadi barah dalam masyarakat yang belum dapat diubati. Saban tahun pasti kedengaran ada mangsa akibat bermain mercun. Apa yang mengecewakan dan menyedihkan ialah rata-rata mangsa terdiri daripada kanak-kanak pertengahan umur.

Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk peribadi dan sahsiah anak-anak. Ibu bapa adalah pelindung kepada anak-anak. Perlu diingati bahawa yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang tidak tahu erti kecelakaan. Ada pula sesetengah ibu bapa bersikap lepas tangan tanpa mempedulikan apa yang anak lakukan. Rasionalnya, ibu bapa bertanggungjawab secara mutlak menjaga keselamatan anak-anak.

Firman Allah yang bermaksud: Dan belanjakanlah (harta benda kamu ) di jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. (al-Baqarah: 195)

Dapat difahami bahawa Allah melarang kita melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kecederaan, kemusnahan dan penderitaan. Amat jelas perbuatan bermain mercun sudah tentu boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain.

Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas yang bermaksud, “tiada mudarat dan tidak boleh membalas sesuatu kemudaratan dengan mudarat. (Sunan Ibnu Majah)

Secara ilmiah, hadis tersebut menerangkan kepada kita adalah menjadi kewajipan menolak kemudaratan atau kemusnahan sama ada pada diri sendiri atau orang lain.

Oleh itu, perbuatan bermain mercun yang boleh mendatangkan kecederaan anggota tubuh adalah dilarang sama sekali. Kebarangkalian mendapat kecelakaan amat besar. Oleh itu, tindakan menjauhi daripada bermain mercun mestilah diutamakan.

Tindakan kerajaan melarang menjual mercun adalah tepat dan selari dengan kehendak syariah. Menjadi kewajipan kita semua mentaati arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Sewajarnya masyarakat mengetahui bermain mercun adalah dilarang oleh ajaran Islam.

Usaha yang berterusan mesti diteruskan bagi menjelaskan kepada orang ramai melalui pelbagai pendekatan termasuk pendekatan agama supaya gambaran tentang masalah ini dapat diperbetulkan.

Masyarakat perlu dijelaskan tentang garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam melalui prinsip-prinsipnya dan tujuan-tujuan syariah (maqasid al-syariah) yang terkandung di dalamnya.

Menjadi tanggungjawab masyarakat, pihak kerajaan dan ibu bapa di dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni dan seterusnya dapat menjamin kehidupan yang lebih sempurna.

* HASBULLAH MAT DAUD ialah pelajar Sarjana, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Read more...

Pandangan al-Qardhawi Terhadap Beberapa Isu Ramadhan

>> Isnin, 1 Oktober 2007





Pandangan al-Qardhawi Terhadap Beberapa Isu Ramadhan

Alhamdulillah, kita sudah sampai ke hari yang keenam di dalam bulan Ramadhan. Moga Allah menerima puasa dan amalan kita di dalam bulan ini.

Di sini dikongsikan beberapa pandangan Dr. Yusof al-Qardhawi tentang beberapa permasalahan berkait dengan ibadah di bulan Ramadhan. Pandangan-pandangan ini saya ambil dari laman web beliau http://www.qaradawi.net/. Untuk menjimatkan masa saya menulis dan memudahkan pembaca memahami pandangan beliau, saya hanya mengambil pandangan beliau tanpa membawa sekali hujah-hujah dan khilaf ulama’ yang beliau nyatakan sekali di dalam laman web tersebut. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami perbincangan ulama’ berkenaan topik-topik tersebut sila rujuk di laman web beliau. Moga bermanfaat kepada semua.

Adakah boleh ditetapkan awal Ramadhan melalui kiraan falak?

Dr. Yusof al-Qardhawi menyetujui pandangan Imam Taqiyuddin al-Subki, salah seorang ulama’ mazhab Syafie yang mengatakan bahawa apabila kiraan falak menyatakan kemustahilan dilihat anak bulan dengan pandangan mata, maka persaksian sesiapa yang mendakwa melihat anak bulan akan ditolak.

Beliau mengatakan bahawa ini juga adalah pandangan Syeikh Al-Azhar Muhammad Mustafa al-Maraghi dan pandangan seorang ulama’ hadis, Syeikh Syakir. Selain itu beliau juga membawakan kata-kata Ibnu Sarij yang mentafsirkan hadis: “Jika tidak jelas bagi kamu (cuaca buruk yang menghalang dari melihat anak bulan), maka taqdirkanlah” sebagai ‘jika tidak jelas bagi kamu, maka lakukanlah kiraan turun naik bulan.”

Dr. Yusof al-Qardhawi menyatakan bahawa kiraan falak boleh dijadikan sekurang-kurangnya sebagai hujah untuk menafikan awal Ramadhan. Dengan itu jika ahli falak mengatakan bahawa pada hujung hari ke 29 bulan Sya’ban, anak bulan mustahil akan kelihatan, maka tidaklah perlu dikumpulkan orang ramai dan dikeluarkan kos untuk meneropong anak bulan. Sebaliknya umat Islam hendaklah terus menyempurnakan 30 hari Sya’ban.

Beliau menguatkan hujahnya dengan sabda Rasulullah s.a.w.: “Kami kaum buta huruf yang tidak pandai mengira dan membaca.” Beliau menafsirkan hadis tersebut sebagai keadaan dan sebab kenapa di zaman Rasulullah s.a.w., awal Ramadhan ditentukan dengan melihat anak bulan.

Adapun hadis: “Berpuasalah apabila melihat anak bulan dan berbukalah apabila melihat anak bulan. Jika tidak jelas bagi kamu, sempurnakanlah 30 hari Sya’ban.” Beliau mentafsirkan hadis ini berdasarkan kaedah fiqh bahawa hadis ini menyatakan matlamat yang tetap dan wasilah yang boleh berubah. Matlamat yang tetap adalah penentuan awal Ramadhan. Wasilah yang berubah adalah persaksian anak bulan dengan menggunakan mata. Jika ada cara yang lebih baik dari persaksian mata, maka wasilah itu diterima. Kiraan falak di zaman ini sudah tentunya lebih tepat dan lebih baik dari persaksian mata.

Apakah hikmah puasa diwajibkan berdasarkan pusingan bulan (tahun hijrah) dan bukannya pusingan matahari (tahun Masehi)?

Dr. Yusof al-Qardhawi menerangkan bahawa di antara hikmah puasa tersebut diwajibkan berdasarkan pusingan bulan:

1. Tahun Islam diasaskan di atas pusingan bulan. Begitu juga hukum hakam yang lain seperti haul zakat, ibadah haji, iddah seorang wanita yang diceraikan suami dan sebagainya.

2. Ia lebih tobi’ie dan lebih mudah untuk dikira berdasarkan kemunculan bulan dan saiznya pada waktu malam.

3. Ramadhan kadang-kadang akan berselisih dengan musim panas atau musim sejuk atau musim-musim yang lain. Dengan itu seorang muslim kadang-kadang akan berpuasa pada waktu sejuk dan kadang-kadang pada waktu panas terik. Kadang-kadang di waktu yang siangnya panjang dan kadang-kadang di waktu siang pendek. Ia lebih seimbang dan mengukuhkan ketaatan seorang muslim kepada Tuhan dalam setiap keadaan.

Adakah puasa tetap sah jika seseorang melakukan maksiat ketika dia sedang berpuasa?

Dr. Yusof al-Qardhawi menolak pandangan Ibnu Hazm yang mengatakan bahawa maksiat akan membatalkan puasa seseorang seperti makan dan minum. Walau pun begitu beliau mengatakan bahawa maksiat yang dilakukan oleh seseorang yang berpuasa akan menghilangkan hasil yang diharapkan dari puasa tersebut.

Dengan itu yang terbaik adalah seseorang itu sentiasa berusaha untuk mencontohi puasa salafussoleh yang menjaga diri bukan sahaja dari makan dan minum tetapi sebaliknya dari perkara-perkara haram dan melalaikan.

Adakah wujud sebenarnya ‘waktu imsak’?

Dr. Yusof al-Qardhawi menyokong pandangan al-Hafiz Ibnu Hajar yang berkata: “Di antara bid’ah mungkar adalah apa yang dilakukan pada hari ini; iaitu dilaungkan azan sepertiga jam sebelum azan Subuh di dalam bulan Ramadhan dan dipadamkan api sebagai tanda haramnya makan dan minum bagi orang yang akan berpuasa. Mereka menyangka bahawa itu lebih berhati-hati di dalam ibadah. Tiada yang mengamalkan itu kecuali manusia-manusia awam (ulama’ tidak mengamalkannya). Cara berfikir sebegini juga telah menyebabkan mereka tidak azan kecuali setelah beberapa ketika selepas tenggelam matahari. Mereka melambatkan berbuka dan mengawalkan sahur. Dengan itu mereka melakukan amalan yang bercanggah dengan sunnah (melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka).”

Dr. Yusof al-Qardhawi menegaskan bahawa ‘waktu imsak’ tersebut adalah suatu yang tidak perlu kerana ulama’ silam makan dan minum sehingga azan Subuh berkumandang.

Manakah yang lebih afdhal bagi seseorang yang musafir; berpuasa atau tidak berpuasa?

Dr. Yusof al-Qardhawi berpendapat bahawa seorang bermusafir boleh berbuka puasa walau pun perjalanan yang ditempuhi itu tidak memberikan apa-apa masyaqqah (keberatan dan beban) kepadanya. Ini kerana illah (sebab) diharuskan berbuka adalah perjalanan itu sendiri dan bukannya masyaqqah (keberatan dan beban).

Walau pun begitu yang manakah yang lebih afdhal?

Dr. Yusof al-Qardhawi merumuskan bahawa kaedah syara’ menyatakan bahawa mengambil rukhsah (keringanan) lebih afdhal dari tidak mengambilnya. Dengan itu seseorang yang bermusafir itu perlu untuk mengukur di manakah rukhsah (keringanan) bagi dirinya.

1. Jika beliau merasakan bahawa lebih ringan baginya untuk berpuasa bersama-sama orang Islam lain di dalam bulan Ramadhan lalu dia tidak perlu menggantikannya di luar bulan Ramadhan, maka afdhal baginya untuk berpuasa.

2. Jika beliau merasakan bahawa berbuka dan kemudian menggantikan puasa tersebut di luar Ramadhan lebih ringan, maka berbuka puasa lebih afdhal baginya.

Bilakah waktu berbuka bagi seseorang di dalam pesawat?

Dr. Yusof al-Qardhawi menegaskan bahawa waktu berbuka puasa bagi seseorang yang berada di dalam pesawat tidak sama dengan waktu berbuka puasa bagi mereka yang berada di atas daratan. Kesilapan sering dilakukan oleh peramugari dan juruterbang yang mengisytiharkan masuknya waktu Maghrib berdasarkan waktu di daratan.

Beliau mengatakan bahawa sebagaimana waktu Maghrib berbeza dari satu tempat berbanding tempat yang lain disebabkan oleh perbezaan kedudukan tempat tersebut (garis lintang dsb) di atas muka bumi, begitu juga waktu Maghrib berbeza berdasarkan ketinggian. Kemungkinan waktu Maghrib sudah masuk bagi penduduk satu-satu bandar , tetapi bagi penduduk yang tinggal di tempat tinggi di bandar yang sama masih lagi dapat melihat cahaya matahari dengan jelas.

Inilah juga fatwa Ibnu Abidin, salah seorang ulama’ mazhab Hanafi: “Sesiapa yang tinggal di kawasan yang tinggi seperti menara Iskandariah, beliau tidak boleh berbuka selagi tidak tenggelam matahari di tempatnya, manakala bagi penduduk negeri tersebut boleh berbuka jika matahari telah tenggelam di tempat mereka. Begitulah juga halnya dengan terbit matahari bagi sahur dan solat Subuh.”

Bilakah malam Lailatul Qadr?

Dr. Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa tidak ada pendapat yang pasti di dalam menentukan bilakah malam lailatul qadr. Al-Hafiz Ibnu Hajar mengatakan bahawa terdapat 46 pendapat ulama’ di dalam masalah ini.

Apa yang pasti ia adalah pada 10 malam yang terakhir dari bulan Ramadhan. Pendapat yang kuat adalah ia pada salah satu dari malam-malam ganjil dan kemungkinan tidak sama di antara satu tahun ke satu tahun berikutnya.

Jika Ramadhan tahun itu 30 hari, maknanya 10 malam terakhir itu bermula dari malam ke 21. Jika Ramadhan tahun itu 29 hari, maknanya 10 malam terakhir itu bermula dari malam ke 20.

Bolehkah zakat fitrah dikeluarkan di awal bulan Ramadhan (bukan sebelum solat Aidil Fitri seperti yang diamalkan oleh sebahagian umat Islam)?

Dr. Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan Imam Syafie di dalam masalah ini. Imam Syafie berkata: “Harus dikeluarkan zakat bermula dari awal bulan Ramadhan kerana illah (sebab) kewajipan zakat adalah puasa dan berbuka.”

Dr. Yusof al-Qardhawi juga menambah bahawa masyarakat pada hari ini jauh lebih luas dan lebih rumit dari masyarakat di zaman Rasulullah s.aw. Ditambah pula jika zakat itu dikutip dan diagihkan oleh badan kerajaan atau mana-mana badan swasta, sudah tentulah ia memerlukan masa untuk menguruskan pengagihannya agar ia betul-betul dapat memenuhi keperluan si penerima zakat di hari Raya nanti.

Bolehkah wang menggantikan beras atau gandum di dalam zakat fitrah?

Imam Ahmad, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah tidak membenarkan beras atau gandum tersebut diganti dengan wang tunai. Dr. Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan Ibnu al-Munzir yang mengharuskannya.

Di antara hujah yang diberikan oleh Dr. Yusof al-Qardhawi:

1. Rasulullah s.a.w. mewajibkan zakat fitrah dikeluarkan dalam bentuk tanaman kerana itu adalah yang termudah pada masa itu kerana wang pada zaman itu tidak banyak dimiliki oleh orang ramai

2. Wang akan berubah nilainya dari masa ke semasa sedangkan sukatan makanan lebih mudah untuk diukur

Dengan itu Dr. Yusof al-Qardhawi merumuskan bahawa bentuk pengeluaran zakat yang paling afdhal bergantung kepada yang manakah yang mudah dan lebih memenuhi keperluan penerima zakat. Apa yang jelas adalah wang lebih memenuhi keperluan penerima zakat kerana kerana wang bukan sahaja dapat memenuhi keperluannya kepada makanan sahaja sebaliknya boleh digunakan untuk membeli pakaian, keperluan Ramadhan dan keperluan hari raya.
Posted by Ustaz Muhammad Fauzi

Read more...

17 Ramadhan: Wasiat Terakhir Saidina Ali r.a.








Alhamdulillah kita sudah sampai ke pertengahan Ramadhan. Moga Allah menerima puasa dan qiam kita. Malam ini adalah malam ke 17 Ramadhan. Rasanya tidak ramai yang tahu bahawa selain dari peristiwa perang Badar, ada satu lagi peristiwa penting di dalam sejarah Islam yang berlaku pada 17 Ramadhan. Peristiwa tersebut adalah peristiwa kematian Saidina Ali r.a., Khalifah keempat setelah dibunuh di dalam satu pengkhianatan oleh Ibnu Muljam. Peristiwa ini berlaku di Kufah, ibu negara Islam pada masa itu.

Ketika Saidina Ali r.a. sedang nazak kesakitan, beliau memperbanyakkan membaca zikir ‘la ilaha ilallah’. Di hujung hayatnya, beliau telah memberikan wasiat kepada anak-anaknya, Hasan dan Husain r.a. Wasiat tersebut telah di tulis oleh mereka.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ini adalah wasiat Ali bin Abu Talib. Dia nak saksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah. Tiada sekutu bagiNya. Dan bahawa Muhammad adalah hambaNya dan rasulNya. Allah mengutuskannya dengan hidayah dan agama yang benar agar agama ini menang ke atas semua agama walau pun dibenci oleh orang-orang musyrik.

“Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal pertama.” (Al-An’am: 162-163)

Aku mewasiatkan kamu wahai Hasan, semua anak-anakku dan sesiapa sahaja yang sampai kepadanya wasiatku ini agar bertakwa kepada Allah, Tuhan kamu. Jangan sekali-kali kamu mati kecuali kamu Islam. Berpeganglah kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Sesungguhnya aku mendengar Abu al-Qasim s.a.w. bersabda: “Hubungan manusia yang baik itu lebih baik dari solat dan puasa keseluruhannya.”

Lihatlah saudara mara kamu dan hubungkan diri kamu dengan mereka agar Allah meringankan hisabNya ke atas kamu. Demi Allah, Allah bersama anak-anak yatim. Jangan biarkan mereka lapar dan jangan cuaikan mereka. Demi Allah, Allah bersama jiran kamu. Sesungguhnya itu adalah wasiat Nabi kamu. Nabi s.a.w. terus menerus memberikan wasiat (agar berbuat baik terhadap jiran) sehingga kami menyangka bahawa jiran akan mewarisi harta. Demi Allah, Allah bersama al-Quran. Jangan orang lain mendahului kamu di dalam mengamalkan al-Quran. Demi Allah, Allah bersama solat. Sesungguhnya solat adalah tiang agama kamu. Demi Allah, Allah bersama rumah Tuhan kamu. Jangan kamu asingkan diri dari rumah Allah selagi kamu masih hidup. Sesungguhnya rumah Allah jika ditinggalkan kamu tidak akan dipandang. Demi Allah, Allah bersama bulan Ramadhan. Sesungguhnya puasa di bulan Ramadhan adalah pelindung dari neraka. Demi Allah, Allah bersama jihad di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Demi Allah, Allah bersama zakat. Sesungguhnya zakat memadamkan kemurkaan Tuhan. Demi Allah, Allah bersama umat di bawah tanggungan Nabi kamu. Jangan kami menzalimi mereka di hadapan kamu. Demi Allah, Allah bersama sahabat Nabi kamu. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kamu agar berbuat baik terhadap mereka. Demi Allah, Allah bersama golongan fakir miskin. Sertakan mereka di dalam kehidupan kamu. Demi Allah, Allah bersama hamba-hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya perkara terakhir yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah: “Aku berpesan terhadap kamu agar berbuat baik terhadap dua golongan yang lemah; isteri-isteri kamu dan hamba-hamba yang kamu miliki.”

Jagalah solat. Jagalah solat. Jangan kamu takut celaan orang yang mencela dalam menjalankan agama Allah. Cukup Allah bagi kamu untuk melindungi kamu dari orang-orang yang ingin berbuat jahat terhadap kamu dan melakukan perlampauan ke atas kamu. Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah ke atas kamu. Jangan tinggalkan amar makruf dan nahi mungkar. Jika kamu tinggalkan, orang-orang jahat akan menjadi pemimpin kamu dan ketika itu jika kamu berdoa, Allah tidak akan makbulkan.

Hendaklah kamu saling berhubungan dan bekerjasama. Jauhi dari khianat dan berpecah belah. Tolong-menolonglah di dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa. Jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat pedih azabNya. Moga-moga Allah memelihara ahli keluarga Nabi dan memelihara Nabi kamu. Aku tinggalkan kamu dan mendoakan kesejahteraan ke atas kamu. Moga-moga Allah akan merahmati kamu.

Selepas wasiat ini, Saidina Ali r.a. tidak mengucapkan kalimah lain selain ‘la ilaha ilallah’. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beliau membaca firman Allah:

“maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Az-Zalzalah: 7-8)
Posted by Ustaz Muhammad Fauzi

Read more...

A RAMADHAN LETTER TO OSAMA BIN LADEN






A RAMADHAN LETTER TO OSAMA BIN LADEN

Sheikh Salman b. Fahd al-Oadah, the general supervisor of IslamToday.net, delivered the following address to Osama bin Laden live on NBC television on 14 September, 2007, which corresponds to the second say of Ramadan in Saudi Arabia:

Brother Osama:
How much blood has been spilled?

How many innocent children, women, and old people have been killed, maimed, and expelled from their homes in the name of “al-Qaeda”?

Are you happy to meet Allah with this heavy burden on your shoulders?

It is a weighty burden indeed – at least hundreds of thousands of innocent people, if not millions. How could you wish for that? – after knowing that Allah’s Messenger said: “Whoever as much as kills a sparrow in vain will find it crying before Allah on the Day of Judgment: ‘My Lord! That person killed me in vain.


He did not kill me for needful sustenance.” This religion of ours comes to defense of the life of a sparrow. It can never accept the murder of innocent people, regardless of what supposed justification is given for it. Didn’t you read where the Prophet (peace be upon him) said: “One of the prophets once sat under a tree and was bitten by an ant. Because of this, he burnt the ant’s nest.


Thereupon, Allah inspired to him: ‘Why not only the one ant?’ ” [Sahîh Muslim] Allah revealed to that prophet: “What? Just because one ant had bitten you, you have set fire to an entire nation that extols Allah’s glory!” [Sahîh Muslim (2241)] If this is the case for a nest of ants, consider how much worse it must be to visit harm upon human beings. Who is responsible for all of those young Muslim, who are still in the bloom of their youth, with all the zeal of their age, who have strayed down a path they have no idea where it is headed? The image of Islam today is tarnished. People around the world are saying how Islam teaches that those who do not accept it must be killed.


They are also saying that the adherents of Salafi teachings kill Muslims who do not share their views. However, the reality of Islam is that our Prophet (peace be upon him) did not kill the treacherous hypocrites in his midst, even though Allah had revealed to him who they were and informed him that they were destined for the deepest depths of Hell. Why did he stay his hand? He gave the following reason: “I will not have people saying that Muhammad kills his companions.” Brother Osama, what happened on September 11 – crimes that we have condemned vociferously since that very day – was the murder of a few thousand people, possible a little less than three thousand. This is the number that dies in the airplanes as well as in the towers.



By contrast, Muslim preachers – who remain unknown and unsung – have succeeded in guiding hundreds of thousands of people to Islam, people who have ever since been guided by the light of faith and whose hearts are filled with the love of Allah. Isn’t the difference between one who kills and one who guides obvious? Our Lord tells us: “Whosoever kills a human being for other than manslaughter or corruption in the Earth, it shall be as if he had killed all mankind, and whoso saves the life of one, it shall be as if he had saved the lives of all mankind.” [Sûrah al-Mâ’idah: 32] Guiding one soul to knowledge and faith is a momentous achievement. It is what will earn us great blessings.


Brother Osama, what is to be gained from the destruction of entire nations – which is what we are witnessing in Afghanistan and Iraq – seeing them torn them with plague and famine? What is to be gained from undermining their stability and every hope of a normal life? Three million refugees are packing into Syria and Jordan alone, not to mention those who are fleeing to the East and the West. The nightmare of civil war which now reigns supreme in Afghanistan and Iraq brings no joy to the Muslims. When the Prophet (peace be upon him) heard about a man named Harb (meaning “war” in Arabic), he promptly changed his name to something else, because the Prophet hated war. Allah says: “Fighting is prescribed for you, though you detest it.” [Sûrah al-Baqarah: 216] War is something hateful that must only be resorted to under the most dire and compelling of circumstances when no other way is found.




Who stands to benefit from turning a country like Morocco, Algeria, Lebanon, or Saudi Arabia – or any other country for that matter – into a battlefield where no one feels safe? Is the goal to obstruct the government? Is that, then, the solution for anything? Is this the plan – even if it is achieved by marching over the corpses of hundreds of thousands of people – police, soldiers, and civilians, even the common Muslims? Are their deaths to be shrugged off, saying: “They will be resurrected in the Hereafter based on the state of their hearts.” Indeed, all of those who are slain will be resurrected based on the state of their hearts. The question we must ask ourselves, however, is in what state are we going to be resurrected? How are we going to find ourselves when we meet our Lord? How will it be for someone who has all those countless deaths weighing down upon him, whether he wants to own up to them or not?


The concern for conveying Islam’s message to humanity is one that can influence others and convince them. This is a far greater and far weightier concern than that of using brute force and violence to bend others to one’s will. “Allah sent His Messenger (peace be upon him) as a guide for humanity, not as a tax collector.” as `Umar b. `Abd al-`Azîz used to say. Who is responsible – brother Osama – for promoting the culture of excommunication which has torn families asunder and has led to sons calling their fathers infidels? Who is responsible for fostering a culture of violence and murder that has led to people to shed the blood of their relatives in cold blood, rather than nurturing the spirit of love and tranquility that a Muslim family is supposed to have? Who is responsible for the young men who leave their mothers crying; who abandon their wives; whose small children wake up every day asking when daddy is coming home? What answer can be given, when that father may very well be dead, or missing with no one knowing of his fate? Who is responsible for Western governments pursuing every charitable project in the world, so that the orphans, the poor, and the needy throughout the globe are deprived of food, education, and other essential needs? Who is responsible – brother Osama – for filling the prisons of the Muslim world with our youth, a situation which will only breed more extremism, violence, and murder in our societies?


Muhammad (peace be upon him) – my source of guidance as well as yours – is what he came with not enough for you? He was sent as a mercy for all humanity. Allah says: “And We sent you merely as a mercy for all humanity.” [Sûrah al-Anbiyâ’: 107] The word “mercy” is not to be found in the lexicon of war. Where is the mercy in murdering people? Where is the mercy in bombing places? Where is the mercy in making people and places into targets? Where is the mercy in turning many Muslim countries into battlefields? The Prophet (peace be upon him) brought all of Arabia under his sway without a single slaughter, despite all of the battles that were waged against him. The number of people who were killed during the twenty-three years of his mission were less than two hundred people.


The Muslims who were killed during that time by their enemies were many times in excess of that number. What do a hundred people in Algeria, or double that number in Lebanon, or likewise in Saudi Arabia hope to achieve by carrying out acts of violence – or as they say, suicide attacks? These acts are futile. Let us say – purely hypothetically – that these people manage to take power somewhere in the world. What then? What can people who have no life experience hope to achieve in the sphere of good governance? People who have no knowledge of Islamic law to support them and no understanding of domestic and foreign relations? Is Islam only about guns and ammunition? Have your means become the ends themselves? That ideology that so many young people have embraced in many parts of the world, is it revelation from Allah that cannot be questioned or reconsidered? Or is it merely a product of human effort that is subject to error and to being corrected? Many of your brethren in Egypt, Algeria and elsewhere have come to see the end of the road for that ideology.


They realize how destructive and dangerous it is. They have also found the courage to proclaim in their writings and on the air that they were mistaken and that the path they had been on was the path of error. They admit that it cannot lead to anything good. They have sought Allah’s forgiveness for what has passed and have expressed their sincere regrets for what they had done. Those with brave hearts need just as much to have courageous minds. Do you not hear the voices of the pious scholars, those who worship Allah day and night and are truly heedful of Allah – don’t you hear them crying out with the very same words that the Prophet (peace be upon him) used when Khâlid b. al-Walîd, the commander-in-chief of his army, acted in error: “O Allah! I plead my innocence to You from what Khâlid has done.” These same words still echo after 1400 years in the cries of the scholars of Islam: “O Allah! I plead my innocence to You from what Osama is doing, and from those who affiliate themselves to his name or work under his banner.” Life, Osama, should not be a single lesson. We must face numerous lessons throughout our lives, and these lessons are of a great variety.


I am no different than that of a lot of other people who are concerned with Muslim affairs. My heart pains me when I think of the number of young people who had so much potential – who would have made such great and original contributions to society, who had so much to offer that was constructive and positive – who have been turned into living bombs. Here is the vital question that you need to ask yourself and that others have the right to demand and answer for: What have all these long years of suffering, tragedy, tears, and sacrifice actually achieved? I ask Allah to bring everyone together upon the truth and right guidance. I pray that he guides us all to what pleases Him. –



Salman b. Fahd al-Oadah


To contact the Press Office of Sheikh Salman al-Oadah, dial:
(+966) 55-122-2632 Or

Read more...

K A M U S

..::: AL QURAN :::..

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

..::: AL HADITH :::..

Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP